Wednesday, December 15, 2010

Pensabitan Nasab Anak Syubhah dan Hak-Haknya: Satu Kajian

Alhamdulillah....

Allah merezekikan saya hari nie suatu yang berharga... (sepatutnya postage nie di post pada tarikh semalam tapi sebab line yang mengalahkan siput, terpaksa post pagi nie....)
Saya mesti akan tersenyum dan bahagia bila Allah merezkikan hal ini...
Saya rase sangat bertuah bila Allah mempermudahkan urusan untuk thesis saya di'approve'. Alhamdulillah... Bersyukur sangat... Kiranya, saya alhamdulillah dah berjaya siapkan thesis saya sampai bab 4.

Sekarang tinggal rangka-rangka yang depan macam senarai transliterasi tapi semua tu pun dah buat, tunggu nak hantar di'approve' pada Ustazah Huda. Jika direzkikan ustazah approve saya punya draf keseluruhan thesis saya, insya Allah saya boleh membukukan thesis diploma saya tak lama lagi.... Insya Allah... Doakan ye semua...(nak share bukti thesis dah siap sampai bab 4 tapi bukan tujuan untuk riak..)


Saya nak cerita sikit mengenai thesis yang alhamdulillah saya dah buat. Saya nak ceritakan sinopsisnya terlebih dahulu.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, penulis menumpukan kajian mengenai pensabitan nasab anak syubhah dan hak-hak yang layak diterima oleh mereka. Kajian ini telah dibuat berdasarkan pembacaan penulis dan juga berdasarkan statistik kes ini di seluruh mahkamah syariah di negeri Selangor. Latihan ilmiah ini mengandungi empat bab iaitu bab satu sebagai pendahuluan,bab dua mengenai konsep anak syubhah, bab tiga pula kajian tentang pensabitan nasab anak syubhah dan hak-haknya dan yang terakhir, bab empat berkenaan dengan kesimpulan dan saranan daripada oenulis bagi kajian ini.

Di dalam bab satu, penulis membincangkan mengenai latar belakang masalah, objektif kajian, hipotesis kajian, skop kajian dan metoodologi kajian. Metodologi kajian yang digunakan oleh penulis adalah termasuklah metode penentuan subjek, metode pengumpulan data dan metode penganalisisan data.

Bab dua pula, penulis telah menerangkan bagaimana terhasilnya anak syubhah, punca-punca yang boleh menyebabkan terjadinya wati’ syubhah dan pandangan para ulama’ mengenai status anak syubhah dan perbezaan kesahtarafan anak syubhah menurut sudut pandangan fiqh, perundangan kekeluargaan Islam di Malaysia dan perundangan sivil.

Penulis mengupas mengenai cara pensabitan nasab bagi anak syubhah menurut pandangan fiqh dan pengaplikasian pensaban tersebut melalui perundangan kekeluargaan Islam di Malaysia di dalam bab tiga. Selain itu, penulis juga turut menyertakan beberapa hak yang layak diterima oleh anak syubhah. Beberapa kes terdahulu dan kes terkini telah dikepilkan oleh penulis di dalam bab ini.

Bab yang keempat pula menjelaskan tentang kesimpulan yang dibuat melalui kajian ilmiah ini dan saranan yang diberikan bagi mengatasi masalah-masalah yang timbul berdasarkan dari kajian yang telah dilakukan.

Rasanya ramai yang  tak berapa tahu tentang ANAK SYUBHAH berbanding dengan ANAK LUAR NIKAH. Bukan setakat tu je, mesti ramai jugak yang akan ingat, ANAK SYUBHAH tu SAMA DENGAN ANAK LUAR NIKAH. 

Saya nak explain ckit kat cni... Anak syubhah nie anak yang terhasil daripada hubungan suami isteri yang pada dasarnya tidak sah kerana kehilangan salah satu rukun nikah. Namun, pada ketika perkahwinan tersebut dilangsungkan, mereka tidak mengetahui bahawa status nikah mereka pada dasarnya adalah tidak sah. Mereka kemudian menjalankan rutin harian kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri, kemudian mempunyai cahaya mata. Mereka hanya akan menyedari bahawa anak mereka merupakan anak syubhah kerana pasangan suami isteri tersebut akan menghadapi masalah dalam proses mendaftar kelahiran anak. Nama bapa tidak dapat didaftarkan dalam surat kelahiran anak tersebut kerana sijil pernikahan tersebut bermasalah, sama ada sijil nikah dikenalpasti palsu atau sijil nikah yang tak sah. 

Rentetan peristiwa ini, maka pasangan suami isteri tersebut perlulah hadir ke mahkamah untuk disiasat status perkahwinan mereka, sama ada sah atau pun tidak. Sekiranya perkahwinan tersebut sah di sisi syara' dan perundangan Malaysia, maka perlulah mereka mendaftarkan perkahwinan mereka di Pejabat Agama Islam. Jika perkahwinan mereka didapati fasid (rosak), maka pihak Mahkamah akan mengeluarkan satu perintah faraq atas pernikahan tersebut. Kemudian, untuk mendapatkan sah taraf anak, mereka perlulah mendaftarkan di Mahkamah bagi memohon pengesahan taraf anak di bawah kod kes mal 006. Setelah disiasat mengenai fakta perkahwinan pasangan suami isteri tersebut, barulah Hakim akan menentukan sama ada anak tersebut berhak mendapat status 'sah taraf' atau pun tidak....

Status sah taraf anak adalah berdasarkan tempoh hamil yang telah ditetapkan oleh al-Quran:

“Dan mengandungkannya hingga menyusukannya selama tiga puluh bulan.”
Al-Ahqaf (46): 15
“Dan menyusukannya selama dua tahun.”
Luqman (31): 14


Terdapat percanggahan pendapat di antara para fuqaha’ mengenai tempoh minimum bagi tempoh hamil. Misalnya, fuqaha’ Ja’fari, Zahiri dan Ziyadi telah menetapkan tempoh hamil paling lama ialah sembilan bulan atau kadang-kadang boleh membawa sehingga setahun namun perkara ini adalah jarang berlaku.

Perkiraan tempoh hamil bagi seorang wanita itu sekiranya di dalam perkahwinan fasid juga adalah berbeza-beza mengikut pendapat ulama’. Imam Muhammad bin Hassan al-Syaibani telah membuat kiraan tempoh hamil bagi perkahwinan fasid adalah bermula daripada tarikh pasangan tersebut melakukan hubungan persetubuhan bukannya bermula daripada tarikh ‘aqad nikah mereka. Namun, jumhur ulama’ pula tidak membezakan tempoh hamil di antara nikah fasid dan nikah sahih dalam pensabitan nasab kerana bagi mereka, pasangan yang nikahnya adalah fasid wajib dipisahkan hukumnya.

Berdasarkan muzakarah fatwa di Malaysia, para ulama’ telah menetapkan hukum bahawa mana-mana anak yang dilahirkan dalam tempoh enam bulan atau lebih yang dikira daripada masa suami isteri boleh bersatu melalui nikah yang sah, maka nasab anak tersebut disabitkan kepada suami wanita berkenaan pada zahir sahaja dan berjalanlah segala hukum-hakam nasab ke atasnya. Sebaliknya, jika anak tersebut lahir kurang daripada enam bulan, maka nasabnya tidak bersambung dengan suami kepada ibu atau wanita yang melahirkan anak berkenaan. Anak tersebut hendaklah dinasabkan kepada ibu yang melahirkannya sahaja atau ‘Abdullah atau salah satu daripada asma al-Husna. Hehehe...

Dah penat lah cerita... nak stop sini dulu ye... Kalau ada nak tanya apa-apa yang tak faham, diapersilakan.
Wassalam... =)

5 comments:

  1. perkongsian yang bagus... maknanya anak wati' syubhah tetap akan mendapat hak sebagaimana anak yg sah lain ke? seperti harta pusaka, hak wali n so on....

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...ukhti, syukrn sbb beri sedikit info mengenai kajian pensabitan anak syubhah ni, sbb ana skang tgh wat thesis mengenai pembahagian harta anak syubhah....jadi, anti punye kajian menjadi pnduan utk thesis ana..syukrn...semoga anti sudi berkongsi info2 yg berkaitan dgn ana...=)wassalam...

    ReplyDelete
  3. Salam,salah satu tajuk yg diperlukan utk kajian. Begitu juga dgn tajuk pensabitan anak TST yg perlu dikaji dan dipraktikkan dimahkamah syariah mengikut cara dan fahaman yg betul berlandaskan al Qur'an dan as Sunnah. Sila detailkan lagi baki isi kandungan fatwa yg telah dikeluarkan terutamanya penggunaan di Selangor utk lebih jelas.Tq

    ReplyDelete
  4. salam.. boleh tak saya nak maklumat lebih lanjut mengenai status, hak dan nasab anak yang lahir dari wat'i syubhah

    ReplyDelete
  5. tukar warna tulisan bleh x? sakit mata baca

    ReplyDelete