Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah... Bersyukur sangat-sangat kepada Allah sebab dah bagi banyak sangat nikmat pada saya walaupun saya tak banyak ingat Allah... Mudah-mudahan saya dapat memperbaiki kelemahan diri ini, insya Allah...
Semalam, saya attend Majlis Anugerah Dekan di PKK. Perasaan saya? Seronok tapi geram (sebab kitorang dah habis nak sem 6 baru nak buat...) Saya and classmate saya datang ke PKK untuk mendaftar and amek kupon breakfast pukul 8. Kalau ikut surat jemputan yang KUIS bagi, kena datang pukul 7 kat PKK.. Wah memang slumber gile!!! (Ktorang memang pakat datang lambat sebab tau event nie takkan on time jugak...hehehe) Pape pon, lepas makan kami masuk dewan, pukul 9 baru majlis mula. (nasib baiklah datang lambat.)
Majlis bermula dengan ucapan Timbalan Rektor (dah agak dah mesti de ucapan punye). Dalam rela dan tidak, terpaksalah dengar (hehehe teruk betul saya nie...) Saya cuba dengar dan hayati, walau tak banyak saya dengar at least, saya cuba untuk mendengar nasihat yang diberikan. Ini antara intipati ucapan beliau.
- Orang yang baik ialah orang yang memberikan manfaat kepada orang lain.
- Belajar bukan setakat belajar semata-mata tapi belajar sambil berdakwah. Contohi Imam Syafie, beliau belajar dan bekat kesungguhannya dalam pelajaran, beliau mampu melahirkan mazhab beliau dan menjadi pegangan umat masa kini.
- Tahap belajar tu tak hebat lagi selagi solat tak seimbang.
- Tahu cara belajar yang betul.
Erm...betul jugak... Tak dinafikan satu pun yang beliau ucapkan... Terima kasih atas pesananmu Timbalan Rektor. Insya-Allah akan saya jadikan pegangan.
Kemudian, berlangsunglah majlis penyampaian hadiah bagi para siswazah yang berjaya mendapat anugerah dekan. Alhamdulillah, saya sudah cuba buat yang terbaik sepanjang tempoh pengajian saya yang lepas, iaitu bermula daripada sem 1 sehingga sem 5. (nie adalah gambar kenangan-kenangan tentang saya je!! kawan-kawan kat atas tadi...)
Walaupun saya pernah miss sekali tak dapat dekan masa sem 2, namun saya bersyukur sekurang-kurangnya semangat saya untuk belajar tak pernah patah. Memang susah nak kekalkan pointer. Kadang-kadang saya rasa tujuan belajar nie nak kejar pointer yang terbaik. Habis, macam mana dengan pengamalan dan penghayatan ilmu yang diperolehi? Astaghfirullahal'azim... ya Allah, kau ingatkan aku bahawa perlunya IKHLAS dalam MENUNTUT ILMU-MU ya Rabb...
Sekadar ingin berkongsi, betapa susahnya untuk kita meningkatkan kualiti pembelajaran kita. Ini adalah pendapat saya. Saya belajar daripada kegagalan masa semester 2 yang tak dapat dekan. Faktor-faktornya, saya leka dengan kejayaan dekan yang dah saya perolehi masa sem 1, kurang study, banyak sangat makan maggi dan juga lalai dengan perkara-perkara yang tak sepatutnya... Masa tau dapat pointer yang 0.02 lagi nak dapat dekan, memang frust gile3!!!! Tak tipu... time tu, saya kat Syria tengah ikut Program Pertukaran Pelajar dan Kursus Bahasa Arab di sana dengan anjuran KUIS. Sedih sangat dan sejak daripada tu, saya berazam takkan kalah dan takkan fikirkan kekalahan yang lepas. Insya-Allah, sekarang saya dah sem 6. untuk sem nie, saya dah bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh, menghayati pelajaran dengan mata hati dan akan berusaha semampunya untuk mencapai 4 flat sem nie... Insya-Allah...
Untuk menghayati ilmu, bukan senang. Untuk mendalami juga tidaklah semudah yang dijangka dan dilihat. Ia menuntut pengorbanan yang SANGAT BESAR. Betul.... Tak tipu... Daripada apa yang saya alami sendiri lah... Start dengan thesis, bukan senang nak made-up thesis, nak rangka dan siapkan semua tapi alhamdulillah Allah dah permudahkan segala urusan saya mengenai thesis. Saya dah berjaya siapkan thesis saya sampai bab yang terakhir. Saya juga bersyukur, sebab apa yang saya buat, tak perlu banyak sangat pembetulan. So far, untuk setiap bab, saya just kena hantar 2x je untuk diapprove, alhamdulillah... Bukan nak bangga diri...
Ustazah Huda jugak banyak tolong saya daripada mula thesis ni, ustazah yang rangkakan isi kandungan untuk saya, saya just buat ikut guardline yang ustazah dah tetapkan. Ustazah jugak cakap, dia suka yang thesis macam mana dan macam mana. Saya cuba buat yang terbaik dengan sepenuh hati, di samping saya memang sangat meminati bidang-bidang penulisan ni. Alhamdulillah, sekarang saya tinggal nak hantar draf daripada awal, bermula dari muka depan sehingga ke bibliografi. Insya-Allah, lepas selesai, saya akan boleh terus jilidkan thesis saya. Saya pun ada jugak kepayahan untuk buat thesis ni, misalnya agak susah jugak nak jumpa dengan penyelia thesis saya. tapi seklai jumpa, alhamdulillah dipermudahkan Allah segala urusan saya... Bersyukur sangat.
Untuk pelajaran sem 6 nie, memang saya kena belajar dan pahat di hati buak sekadar di scan kat otak untuk final. Tambahan pula, lepas nie saya akan melanjutkan pelajaran peringkat Degree pulak insya Allah hajatnya nak sambing ke Jordan dalam bidang fiqh. Universiti Mu'tah or Universiti Yarmouk menjadi pilihan. Insya-Allah. Mohon doa semua agar saya terpilih untuk sambung ke sana dengan tajaan Lembaga Zakat Selangor. Amiin....
Teringat pesanan cikgu kaunseling saya masa saya di SBPI Sabak Bernam, Cikgu Rashid Kefele. Kat sekolah saya tue, best student batch saya namanya Aishah Mardhiah. So, saya selalu tanya pada cikgu kaunseling tu, saya cakap camni:
"Cikgu, saya rasa saya dah study hard tapi kenapa saya tak boleh excellent macam ecah? Saya tengok ecah tu sebok jugak dengan pertandingan hafazan quran semua, tapi saya tak sibuk pun."
Cikgu saya pun terangkan, "Asyrafiah, untuk berjaya macam Aishah Mardhiah bukanlah mudah. banyak masanya yang dia berkorban mungkin tak sama dengan awak. Misalnya dia buang majoriti masa untuk bersuka-ria dengan tengok tv atau berbual kosong. Walaupun dia sibuk, namun dia boleh menguruskan masa dengan baik, dengan menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar."
Betul!!!! So, saya nak simpulkan Key-of-Success:
- Korban masa senang anda untuk anda bersusah-susah dahulu supaya anda senang di masa hadapan.
- Tumpukan sepenuh perhatian untuk belajar. Jangan campur-adukkan masa bercinta dengan belajar sebab ianya adalah penyalahgunaan usia (nasihat Ustaz Muhyiddin)
- Buat mind-map untuk mudahkan belajar.
- Bertanya bila tak faham dengan pelajaran.
- Tambah ibadah sunat seperti solat sunat tahajud, solat sunat dhuha dan puasa sunat.
- Tawakkal kepada Allah setelah anda BERUSAHA SEMAKSIMUMNYA.
- Banyakkan bantu kawan-kawan yang susah (tak paham pelajaran atau apa-apa yang berkaitan.)
- Hormat ibu bapa dan minta doa restu mereka.
Setakat ini je dulu perkongsian saya.
Moga beri manfaat pada semua...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment