Thursday, December 16, 2010

Sesi Soal Jawab Program Gila-Gila Remaja

Assalamualaikum wbt...
Postage kali ni sepatutnya saya dah buat lame @ seiring dengan postage saya yang bertajuk 'Gila-Gila Remaja' tapi disebabkan masalah line terlampau 'laju', saya pun postpone lah postage yang sepatutnya. Hehehe... Postage nie jugak atas permintaan jiran bilik saya, merangkap TYDP saya, Nabilah Farhana bt Zainudin. =)
(PANEL 1: Ukhti Rafidah, PANEL 2: Imam Muda Asyraf)

SOALAN: Nak jadi wanita solehah tapi boleh tak nak jadi gila-gila?
JAWAPAN: Kenapa tak boleh asalkan dia tak hilang norma-norma seorang wanita dan juga betul tujuannya untuk jalan dakwah. (panel 1)

SOALAN: Ada orang yang jenis suka cakap, tapi tak buat apa yang dia cakap, macam mana tuh?
JAWAPAN: يا أيها الذين لما تقولون هذا تفعلون
Manusia ni tak ada yang perfect. Tapi wajib tegur sesama sendiri. Dia buat ke tak ke ape yang dia cakap itu belakang kira. Itu urusan  dia dengan Allah SWT. (panel 2)

SOALAN: Kes merokok nie macam mana ye nak selesaikan?
JAWAPAN: Hukumnya HARAM. Saya pernah jumpa seorang ustaz nie, saya tanya pada dia, apa hukum merokok? Dia kata haram. Sedangkan ustaz tue merokok. Saya tanya pada dia, kalau haram kenapa merokok? Ustaz tue kata, hukum adalah hukum dan aku tidak boleh melawan hukum kerana jika aku melawan hukum, maka rosaklah aqidahku. Tapi, saat ini aku merokok adalah kerana kelemahan imanku, bukan kerana aku mengaburi hukum-Nya. (panel 2)

SOALAN: Macam mana nak halang orang yang suke kondem kita bila kita nak berubah jadi lebih baik?
JAWAPAN: Berubahlah dengan ikhlas kerana perubahan yang ikhlas itu kekal. Tak yah kisah apa orang nak cakap sebab kalau kita dengar apa yang orang cakap, sampai bila pun kita takkan betul. (panel 2)

SOALAN: Saya terpikat dengan seseorang melalui radio. Saya tidak pernah menyatakan hasrat saya kepadanya kerana melalui pesanannya di radio, carilah cinta kepada Allah sebelum kamu mencintai manusia. kata-katanya telah menyelamatkan saya daripada terus hanyut.
JAWAPAN: Benar, cinta Allah amat sukar dicari. Hayatilah tafsiran daripada surah an-Nur ayat 30 hingga 31... (panel 2)

30. Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".

31. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.

Moga dapat kita jadikan panduan bersama...
Wassalam...

No comments:

Post a Comment