Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, saya telah meneruskan pencarian saya mengenai isbal yang bermaksud melabuhkan pakaian. Saya ingin berkongsi mengenai isbal ini berdasarkan daripada suatu laman web yang telah saya layari untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai hukum melabuhkan pakaian...
(http://jomfaham.blogspot.com/2008/12/hukum-melabuhkan-pakaian-isbal.html)
Isbal - melabuhkan pakaian hingga menutupi jari kaki, ada ulamak yang mengatakan orang yang melabuhkan pakaian seperti itu adalah lambang orang yang sombong berjalan di muka bumi.
Tetapi ada juga ulamak yang mengatakan bahawa ia bergantung pada niat, sekiranya tujuannya untuk menyombong maka ia dilarang.
Keterangan dari ustaz al bakistani :
Dr ’Ali Jumaah pernah berkata bahawa ulama usul fiqh menyatakan, hukum yang lahir dari Nas, terbahagi kepada dua, iaitu "Al-hukm Lizatih" dan "Al-hukm lighairih".
"Hukum lizatih" bermaksud, hukum yang sememangnya wujud pada diri atau zat sesuatu nas, seperti pengharaman arak, kewajipan solat, berpuasa dan sebagainya.
Adapun "hukum lighairih" pula adalah, hukum yang difahami dari sudut yang lain, iaitu tidak memadai dengan merujuk kepada sesuatu nas sahaja, seperti hukum pengharaman terhadap memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali.
Merujuk kepada hadis-hadis nabi SAW, didapati bahawa Nabi SAW melarang memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali. Antara hadis tersebut adalah;
لَا يَنْظُرُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى مَنْ يَجُرُّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ
Maksudnya;
"Pada hari kiamat nanti, Allah tidak akan melihat mereka yang melabuhkan pakaiannya dalam keadaan sombong" (Muwatta’ : 1425)
Dari sudut "hukum Lizatih", daripada hadis ini, maka ulama mengeluarkan hukum bahawa haram memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali. Pun begitu, jika difahami hadis ini dari sudut "Al-Hukm Lighairih”, pengharaman itu bukanlah dari sudut semata-mata melabuhkan pakaian, tetapi pengharaman itu bersebab wujudnya unsur sombong dikala memakai pakaian yang labuh.
Justeru itu, ulama menyatakan, keharaman melabuhkan pakaian bukannya bersifat mutlak, tetapi bersifat "Lighairih" iaitu pengharaman yang mempunyai "sebab", iaitu "sombong".
Dengan itu, apabila seseorang memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali, tetapi tidak terdapat unsur sombong, maka ketika itu, hukumnya tidak haram.
Diterangkan juga di dalam laman web era muslim :
dan ada juga hadith yang menyentuh mengenai isbal ini iaitu :
“Siapa yang memanjangkan pakaiannya karena khaila’(karena sombong dan bangga diri), Allah tidak melihatnya pada hari kiamat.” Abu Bakar As-Shiddiq ra berkata, “Ya Rasulullah, kainku ini longgar namun aku tetap menjaganya.” Rasulullah SAW bersabda,”Kamu bukan termasuk orang yang sombong dan bangga diri.” (HR Bukhari dan Muslim)
syukran 'alaik asy ats info ni..xpernah pun tahu pasal isbal ni..niat mmg nak baju kawen cantik2..biar meleret-leret..ada flower girl plak tlg angkt2kan..tp alhamdulillah..jumpa post ni sblm kawen..hehe..
ReplyDeletehehehe
ReplyDeletejgn syera...
kikiki
tukg angkat ko xpe
jgn ad tukg agkt bju ko
;p