Anak-anak merupakan satu anugerah yang tidak ternilai... Anak-anak ibarat kain putih yang akan dicorakkan oleh kedua ibu bapanya. Jika hitam coraknya, maka hitamlah jadinya ke atas si anak. Begitu juga jika dicorak menjadi putih, maka putihlah si anak. Jangan salah faham, bukan maksudnya kulit warna anak yang dicorak menjadi warna apa, tapi peribadi arab. Hukama' pun ada cakap, "anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang akan membentuknya sama ada menjadi Majusi atau Nasrani".
Walaupun saya masih belum mempunyai anak, atau pun sebarang ikatan perkahwinan atau pertunangan, dengan kata lainnya ialah SINGLE, namun saya terpanggil untuk membincangkan persediaan awal ke atas YANG MASIH BELUM BERKAHWIN, SUDAH BERKAHWIN ATAU BAKAL BERKAHWIN.. Persiapan yang sewajarnya untuk anak-anak masa depan...
Sejujurnya, saya kagum dengan kemampuan dan kesabaran kedua ibu bapa saya dalam menjaga dan membentuk 8 orang anak supaya berakhlak mulia dan menerapkan nilai-nilai positif (walaupun kami nie memanglah selalu degil dan bergaduh tapi banyak bergaduhnya sesama kami lah...) Dengan bilangan adik-beradik seramai ini, dah cukup untuk saya terus berfikir, mampukah saya nak bentuk anak-anak saya nanti macam mama dan ayah bentuk kami? Sampai kadang-kadang terlintas, nak bagi anak-anak saya nanti dijaga oleh mama and ayah tapi masa tue mesti dorang dah tak larat. Takkan saya nak susahkan dorang lagi kan?
Semalam, saya tengok idola kecil (kejap je sebab tak berminat sangat pun). Sebenarnya saya sedih sangat sebab tengok anak-anak kecil di MALAYSIA dah didik untuk aktif secara tidak sihat di atas pentas. Sewajarnya pada usia mereka yang masih muda, sepatutnya digalakkan kepada benda-benda yang baik seperti program menghafaz al-Quran.... Usia antara 7 hingga 12 tahun ialah usia yang mana ibu bapa perlu bertegas dalam mendidik anak-anak mereka, bukannya memberi peluang kepada anak masing-masing melibatkan diri dalam perkara-perkara seperti itu. Tengoklah sekarang Idola Kecil dah sampai 3 siri. Ni maksudnya, kerajaan jugak menyumbang kepada kejatuhan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak.
Bukan setakat level kanak-kanak je yang dah ditacuni dunia hiburan tanpa batas ni, malahan level remaja dan dewasa lagi-lagilah dah lama hancur. Buktinya, program Akademi fantasi sekarang dah sampai berapa siri? Hampir sepuluh!!!
Ini ke yang Malaysia nak banggakan? Bukan setakat AF je, banyak lagi program laen yang Malaysia MENCONTOHI barat, contohnya Malaysian Idol adalah berinspirasikan American Idol. Tak ada ke program2 ilmiah lain yang nak disiarkan buat jadi pegangan semua peringkat, bermula dari level ANAK-ANAK, REMAJA hinggalah IBU BAPA?
Ini ke yang Malaysia nak banggakan? Bukan setakat AF je, banyak lagi program laen yang Malaysia MENCONTOHI barat, contohnya Malaysian Idol adalah berinspirasikan American Idol. Tak ada ke program2 ilmiah lain yang nak disiarkan buat jadi pegangan semua peringkat, bermula dari level ANAK-ANAK, REMAJA hinggalah IBU BAPA?
Program nie bagi pendapat peribadi saya sangat bagus sebab dalam program nie, melatih anak-anak kecil tampil berani di atas pentas bukan untuk berdansa tapi untuk memperdengarkan kisah-kisah para nabi sebagai tontonan umum. Menang kalah belakang cerita. Yang patut kita contohi ialah ketekunan dan keprihatinan negara mereka dalam memilih program membentuk anak-anak kecil dengan nilai-nilai murnia Islam...
Tak dinafikan, Malaysia pun ADA BEBERAPA program yang bermanfaat seperti Akademi al-Quran dan juga menghasilkan movie tontonan Islamik seperti Saladin dan Utusan Terakhir. Ada juga cerita kartun di TV2 mengenai Ibnu Batutta... Saya sangat menyokong program Malaysia yang BEBERAPA ini. Walaupun bilangan penontonnya kurang daripada bilangan yang vote AF or Malaysian Idol, kire ok lah Malaysia ADA JUGAK buat perkara yang berfaedah. Tapi saya tetap pelik, kenapa channel2 yang hot macam TV3 or TV9 tak amek sangat part cerita kartun Islam ye?
Erm...apa-apa pun yang dapat saya katakan kat sini, kita sebagai 'ibu bapa masa akan datang' perlulah sediakan diri dan persiapkanlah bahan-bahan yang terbaik buat tontonan 'anak-anak' kita nanti...
Wallahu a'lam....
No comments:
Post a Comment