Salam semua...
Semalam, mase kelas nizham al-qadha', Allah dah berikan ilmu tentang peranan badan pemerintah, lalu terkeluarlah persoalan bagaimana sekiranya pemerintah di sesuatu negara tersebut tidak melaksanakan hukuman berdasarkan panduan yang telah ditetapkan Allah? Contoh mudah, Malaysia tidak melaksanakan hukuman hudud ke atas semua kesalahan-kesalahan hudud walhal seperti yang kita semua sedia maklum, kesalahan hudud adalah merupakan hak Allah dan tidak ada seorang pun yang boleh memberikan kemaafan ke atas kesalahan-kesalahan ini.
Berbalik kepada persoalan sebentar tadi, apakah jika para pemerintah tidak melaksanakan hukuman berdasarkan garis panduan syariat Islamiah, maka tugasnya akan berpindah ke atas rakyat? Dalam erti kata lain, rakyatkah yang bertanggungjawab untuk melaksanakan hukuman hudud atau sebarang hukuman yang SEPATUTNYA dilaksanakan oleh seorang pemerintah? Sejauh manakah kuasa pemerintah dan yang diperintah? Adakah sama atau berbeza? Jawapannya, SEKIRANYA GOLONGAN PEMERINTAH TIDAK MELAKSANAKAN PERUNDANGAN MENGIKUT KETETAPAN SYARA', MAKA RAKYAT TIDAK WAJIB UNTUK MELAKSANAKAN HUKUMAN TERSEBUT. Hal ini kerana bersalahan dengan bidangkuasa yang telah ditetapkan. Bukan sahaja bersalahan dengan bidangkuasa kerajaan Malaysia bahkan bertentangan dengan hukum Islam.
Nak bercakap tentang hukum bukan sesuatu yang mudah. Ramai orang boleh bercakap tanpa mengetahui butir bicaranya dan golongan seperti ini adalah golongan 'tin kosong' (moga kita tidak tergolong dalam golongan ini.) Kemudian, pensyarah saya terus menerangkan mengapa tidak jatuh kewajipan kepada rakyat untuk melaksnakan hukum-hakam yang tidak dilaksanakan oleh golongan pemerintah? Ini kerana bidangkuasa yang Allah tetapkan bagi pemerintah dan orang yang diperintah adalah berbeza. Sebab itulah wujudnya sistem demokrasi dalam proses pemilihan barisan pemerintahan dan juga disyari'atkan kepada kita untuk memilih yang terbaik dan memahami agama. bukan nak berkempen bukan nak berpolitik tapi inilah realiti. Jika kita nampak pada satu golongan yang berpaksikan La Ilaha Illallah, pilihlah mereka untuk memimpin kita.
Dan tanggungjawab kita sebagai rakyat juga tidak terhenti setakat itu sahaja. Kita sebagai rakyat bukanlah sekadar sami'na waato'na (kami mendengar dan kami taat) saja kerana rakyat juga perlulah berusaha untuk masuk ke dalam bahagian-bahagian yang berkaitan. Misalnya dalam hal pemerintah tidak melaksanakan hukuman mengikut syara', maka rakyat sewajarnya berusaha memperdalami dan memperkukuhkan dasar hukum-hakam itu terlebih dahulu kemudian menyertai cabang-cabang yang membolehkannya menyertai barisan perundangan. Golongan yang terlibat dalam meminda perundangan adalah penggubal undang-undang.
Ketika saya di semester yang pertama, saya telah bercita-cita untuk menjadi salah seorang daripada penggubal undang-undang kerana merasakan perundangan sivil yang majoritinya teraplikasi di Malaysia telah menyingkir secara total perundangan Islam, sejak bermulanya penjajahan Inggeris di Tanah Melayu. Kemudian, cita-cita itu terpendam buat seketika apabila saya berada di 'zon selesa' kerana mempelajari perundangan syari'ah dengan lebih mendalam. Semalam, ketika saya disedarkan semula mengenai sistem perundangan yang memegang majoriti kuasa perundangan tertakluk di bawah sivil, maka semangat saya untuk duduk di salah satu kerusi penggubal undang-undang kembali marak. Ya, saya mahu memperdalami ilmu-ilmu berkaitan fiqh. Alhamdulillah juga kerana Allah memberikan saya minat yang mendalam terhadap ilmu fiqh. Insya Allah jika tiada aral melintang, saya berhasrat untuk menyambung pelajaran saya dalam bidang fiqh di Universiti Mu'tah, Jordan insya-Allah.... Mohon doa dari semua...
=)
Wassalam...
No comments:
Post a Comment