Saturday, December 25, 2010

Bunga Bukan Sekuntum, Kumbang Bukan Seekor, TETAPI.....

Alhamdulillah saya baru lepas pulang daripada forum "Keagungan Cinta" yang sepatutnya dikendalikan oleh Fatimah Syarha & seorang lagi panel, Encik Razali bin Maarof, Eksekutif KTD. Namun, Allah lah yang menetukan sebaik-baik perancangan, Fatimah Syarha tidak dapat hadir kerana masala-masalah tertentu.

Ketika itu, hati & semangatku sedikit kendur namun segera kuingatkan diri ini, agar jangan memandang sesiapa yang bercakap sebaliknya ambillah isi daripada percakapannya.
Sebelum bermulanya sesi diskusi ini, kami diminta untuk berdiri dan mengalunkan asmaul husna. Tersentuh hati saya.... Rupa-rupanya, sekarang nie dah jarang dah saya nak baca asmaul husna. Teringat zaman sekolah dulu. Setiap hari ada perhimpunan, mase pembukaan tu lah kami akan baca asmaul husna... Rindu pulak zaman sekolah....

Kemudian, panel 'kumbang' ini pun naiklah ke atas stage Audi Pentadbiran dengan diiringi oleh Saudara Azrul  Aminurrashid, wakil Haluan Siswa Wilayah Tengah sebagai moderator. Moderator ini mengambil jurusan Medic, di mana? Saya pun tak tau. Saya lebih menumpukan kepada satu-satunya panel yang ada, wajahnya serius. Duduknya sahaja terus membuka komputer ribanya, untuk mencari bahan yang bersesuaian mungkin?  Tapi bile dia start aje ceramahnye, baru start, audience dah gelak gile2 sebab lawak yang dia buat and I'm not excuse... Hahaha... Ok, saya rasa malas nak panjang-panjang ulas, saya nak terus kongsi butir penting daripada diskusi tadi.


  • Cinta mampu mengubah manusia menjadi hebat atau lemah.
  • Berdasarkan ayat al-Quran, daripada surah asy-Syams, ayat 8 (maaf saya tidak mahu menulis ayat quran kerana bimbang tersalah ejaannya) yang bermaksud:
"Dan Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan juga ketaqwaan"

Ibnu Kathir telah mentafsirkan ayat ini, telah didahulukan perkataan فجور kerana cinta yang jenis nie ialah cinta yang tak payah dicari,. dia akan datang sendiri.

  • Bermula daripada zaman Rasulullah lagi, konsep cintanie dah ada, cuma kita contohilah cinta zaman Rasulullah yang berpaksikan cinta kepada Allah. Ada juga kes cinta-cinta tersasar pada zaman nabi, sebagaimana yang telah termaktub di dalam hadis yang pertama di dalam hadis 40 iaitu setiap amalan bergantung kepada niat.


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Maksudnya:

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Cinta yang remaja banyak terlibat sekarang nie, ialah cinta yang membinasakan.
  • Comparekan tahap kemampuan kita untuk cinta pada Allah dengan tahap cinta Rasulullah SAW yang sanggup bangun awal setiap pagi, bertahajjud dalam menemui cinta Illahi. sehingga Aishah RA menegur baginda, mengapa baginda terus melakukan solat-solat sunat sehingga bengkak kakinya sedangkan segala dosa-dosa baginda telah diampunkan oleh-Nya, malah dijanjikan syurga? Allahu akbar...
  • Imam Ghazali telah berpesan, terdapat 7 jenis zina yang kita dah lakukan tanpa sedar:
  1. Zina Mata: apa yang kita lihat
  2. Zina Telinga: apa yang kita dengar
  3. Zina Mulut: apa yang kita ungkapkan ketika ber'couple'
  4. Zina Tangan: apa yang kita pegang, taip, tulis...
  5. Zina Kaki: ke mana langkah kita
  6. Zina Kemaluan: melakukan perkara yang diharamkan Allah
  7. Zina Hati: bila hati terlalu kotor, hati akan hitam, kebenaran tidak mampu disingkap
  • Rasulullah SAW sangat menekankan pentarbiyahan pemuda-pemudi supaya tidak goyah dek cinta.
  • Kita tak sedar bahawa selama ni, kita tak pernah balas cinta Allah walhal Allah sangat mencintai kita. Kita dah khianat pada Pemberi Cinta Agung dengan menghadiahkan cinta tersebut kepada ORANG YANG TIDAK SEPATUTNYA
  • Kita akan mampu untuk tinggalkan cinta palsu kita bila kita dapat cinta Allah sebenarnya.
  • Kepada sesiapa yang belum bertemu cinta dengan manusia, yakinlah dengan janji Allah bahawa kamu telah ditetapkan seseorang untuk menjadi jodohmu, insya Allah.
  • Kepada yang sedang bercinta, ceraikanlah couple anda kerana anda tidak akan kehilangan apa-apa melaninkan CINTA PALSU. Ramai sekarang nie berani couple je, kalau suruh kawen tak berani, kenapa?

Ok. sekarang dah sampai sesi soal jawab pulak... =)

Macam mana nak tangani suami yang cemburu?
= Tengok balik pada base perkahwinan kita. Adakah berlandaskan syara; atau pun nafsu? Controllah ikut ajaran syara'.
= Realiti perkahwinan dan percintaan berbeza sangat. Dunia percintaan adalah dunai penuh lakonan dan dunia perkahwinan adalah realiti cinta sebenarnya.

Tips nasihatkan kawan yang dah couple?
= Jangan bangga diri yang kita nie tak couple lagi. So, tawadduk lah pada Allah dan terus mohon kepada-Nya agar diri kita terus dipelihara.
= Sebelum nasihat kawan, kita sayang dulu kawan kita sebabnya dia akan mudah terima nasihat kita kalau kita bagi dengan kasih sayang.
= Doakan kawan kita moga di buka pintu hatinya meninggalkan couple tue...

Cara nak cari cinta ikut citarasa?
= Jangan bezakan cinta zaman Rasulullah dan juga cinta zaman sekarang. Sebab tue lah mindset kita banyak terpengaruh dengan cinta-cinta seperti yang diuar-uarkan oleh Hollywood & Bollywood.
= Contohi kisah cinta Hanzalah dan isterinya, jamilah. Bapa Jamilah merupakan orang munafiq namun kerana cinta Jamilah kepada hanzalah (pengikut setia Rasulullah), Jamilah tetap menikahi Hanzalah. Pada malam pertama perkahwinan mereka, hanzalah sudah dipanggil untuk berperang dan panggilan itu telah disahut oleh Hanzalah dan juga didorong oleh Jamilah...
= Kalau pilih pasangan, jangan ikut citarasa sendiri tapi ikutlah apa yang Allah dah tetapkan...

Inilah antara serba sedikit intipati yang dapat saya kongsi. Conclusionnye, orang yang bercouple nie diibaratkan macam orang yang tak percaya dengan jodoh yang Allah dah tentukan. Kalau dia percaya jodoh Allah, kenapa nak cari cinta palsu? Bukankah lebih baik kalau masa untuk bercinta itu dimanfaatkan untuk berdakwah, menuntut ilmu seterusnya berbakti kepada agama, keluarga, bangsa dan negara?
Renung-renungkanlah...
Wallahu'alam...

2 comments:

  1. i like it:)
    asyrafiah is the best typewriter!!!!hehe
    thanks kongsikan ape yang dpt wktu forum tu..fza xdapat gi..ada hal pnting

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..
    xde tulis ape pun dlm blog nie~~
    ckit j ilmu yg ade ny~~
    tq faizah support

    ReplyDelete