Bismillahirrahmaniirahim....
Mula-mula sekali nak panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT sebab menguatkan i'tiqad saya dan pilih saya sebagai salah satu perserta yang dapat menghadiri program 'Gila-Gila Remaja'. Ahli panelnya Imam Muda Asyraf & Ukhti Rafidah (GAMIS).
Saya memang dah agak dari awal yang Audi AI akan penuh. (sebenarnya ade rase kesal kenapa tak diluluskan program nie kat PKK? Kesian ramai yang kena berdiri dalm Audi AI)... Saya memang dah jangka akan padat dan sendat mungkin disebabkan oleh salah satu panelnya, Juara Imam Muda. Imam Muda??? Tak pernah saya ikuti proram tu dari awal sampai habis (yelah dah takde Astro). Kalau ikut flow betul2, saya malas sangat nak pergi sebabnya saya sorang je yang pergi, kawan bilik yang lain meeting and kena siapkan presentation untuk esok. Ditambah pulak dengan selesema sebab terkena hujan lebat mase habis kelas Nizham tadi... Tapi, saya kuatkan semangat jugak untuk pergi. Yelah, dahlah jarang nak datang program ilmu kan? Lagi pun, saya nak jugak tengok macam mana and apekah ciri-ciri yang buat dorang sume attract dengan Imam Muda Asyraf. dari gambar saya tengok not bad... So, just look and see...
Bila panel dah ada atas pentas, rupa-rupanya dua-dua panel nie lagi cantik dan handsome dari gambar dalam poster (tapi malangnya tak tangkap gambar sebab tak bawa kamera) . So, saya nak kongsilah secara detailnya apakah yang telah diperbincangkan malam tadi dalam diskusi 'Gila-Gila Remaja' nie... Moga kita sama-sama mendapat berkatnya, insya-Allah. Lepas nie, Ukhti Rafidah akan disebut sebagai Panel 1 & Ustaz Asyraf sebagai Panel 2 dan Moderator sebagai M (cewahhh macam buat affidavit penyampaian pulak ;p)
SOALAN M:ADAKAH REMAJA SEKARANG INI PERLU MENJADI GILA-GILA?
PANEL 1
PANEL 1
أصيكم بالشباب الخير
"Aku telah berpesan kepada kamu untuk berbuat baik kepada pemuda-pemuda"
Remaja perlu dibimbing supaya dia boleh tarik lebih ramai mad'u.
من قال لا اله إلا الله فهو داعي
"Siapa yang mengatakan Tiada Tuhan yang Disembah melainkan Allah ialah seorang da'ie"
SOALAN M: SIAPAKAH CONTOH REMAJA YANG GILA-GILA?
PANEL 2
PANEL 2
Kalau kita nak ambil contoh, ambillah orang yang sudah meninggal dunia kerana jika dia baik, memang pastilah kebaikannya. Janganlah menjadikan orang yang masih hidup sebagai contoh kerana orang yang masih hidup, jika dia baik sekarang, belum tentu hingga akhirnya dia akan menjadi baik.
Antara contoh remaja yang gila-gila zaman rasulullah SAW ialah Ali bin Abi Talib, yang mara ke hadapan menyambar pedang daripada Rasulullah SAW untuk memerangi musuh seorang diri dan juga Abu Dujjanah bin Sima' yang juga tampil untuk mengambil pedang daripada Rasulullah kala ditawarkan kepada umum, siapakah yang mahu mengambil pedang ini ke jalan Allah....
"Mereka adalah pemuda-pemudayang beriman dengan Tuhan mereka dan Allah akan menambahkan iman mereka"
(maksud dari ayat al-Quran, maaf tak tahu ayat berapa and surah apa....)
(maksud dari ayat al-Quran, maaf tak tahu ayat berapa and surah apa....)
Ibnu Kathir telah mentafsirkan ayat ini sebagai satu golongan yang tidak mengenali datang dari kumpulan yang sama tapi bila diseru atas nama Allah SWT, maka mereka bergabung dengan kasih sayang.
Hidayah Allah merupakan hadiah yang paling tinggi nilainya kepada kita.
SOALAN M: ADAKAH KES ROGOL MASA KINI HANYA MENUNDING JARI KESALAHAN ITU KEPADA PIHAK LELAKI SAHAJA?
PANEL 1
PANEL 1
27% daripada remaja di MALAYSIA telah melakukan seks luar nikah. Berdasarkan statistik dar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), bermula pada tahun 2000 hingga 2008, sebanyak 257 411 000 kes anak yang didaftarkan tanpa bapa dan 30,000 darripada jumlah tersebut adalah dariapada ORANG ISLAM.
Kes seks luar nikah nie membabitkan kedua-dua belah pihak, baik lelaki mahupun perempuan. Jadi tak boleh salahkan mana-mana pihak sebab tepuk sebelah tangan takkan berbunyi...
Pesanan buat wanita, kalau pandai jaga diri, insya Allah kita tidak akan diusik oleh lelaki-lekai yang keji berdasarkan hadis:
"Seindah hiasan adalah wanita solehah"
"Wanita yang solat 5 waktu disamping solat sunat, berpuasa dalam bulan Ramadhan, taat pada suami akan diberi pilihan untuk masuk ke dalam syurga melalui mana-mana pintu yang disukai"
SOANALN M: SIAPAKAH YANG LAYAK JADI IKON SEKARANG NI?
PANEL 2
PANEL 2
Setipa orang akan mencari-cari ikon untuk dijadikan contoh. Kenapa kita tak pilih Rasulullah SAW sebagai contoh teragung kita??
Pada zaman Imam Malik, para sahabatnya mahu menjadikan beberapa orang yang masih hidup di situ sebagai ikon mereka namun, Imam malik menjawab, kamu boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan ikon kamu namun, tiada contoh yang lebih hebat melainkan mencontohinya (sambil jarinya ditunjukkan kepada kubur Nabi SAW)
لقد كان قدوة الحسنة
Professor Que Key Kie menyatakan sebab mengapa kita perlu menoleh pada sejarah. Hidup ini ibarat memandu kereta, kereta perlu berjalan ke hadapan namun cermin sisi perlu dijaga untuk melihat, takut-takut yang belakang akan memotong atau melanggar kita.
Zaman remaja nie memang selalu diuji dengan cinta. Memang susah nak melawan naluri semulajadi ini tapi carilah cinta Allah kerana ianya cinta abadi.
SOALAN M: APAKAH CABARAN YANG REMJA HADAPI?
KESIMPULAN
PANEL 1
Cabaran Zaman Rasulullah SAW boleh tengok contoh ashabul kahfi yang bangkit ditengah-tenmgah ucapan raja Rom yang terhormat, mengatakan bahawa TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH. Begitu juga dengan kehebatan yang wajar dikagumi oleh Sultam Muhammad Fateh yang telah menawan Kota Rom Constatntinople.
Cabaran Zaman Ibu Bapa ialah zaman kesusahan mereka membiaya kita dan menjaga kita degan sepenuhnya.
Cabaran Zaman Remaja ialah teknologi terkini, bagaimana mewujudkan remaja yang betul gila-gila menurut Islam.
KESIMPULAN
PANEL 1
Sahih Fikrah
Multi-Skill
Akhlak yang tinggi
Ruhaiyah yang tinggi
Thaqafah yang tinggi
PANEL 2
Zaman yang palin payah untuk ditempuhi ialah zaman remaja, macam-maca rintangan yang perlu dihadapi namun ingatlah firman Allah:
"Sesungguhnya, kamu akan kembali kepadaKu seorang diri sebagaimana Aku menciptakan kamu seorang diri"
Memang mantap-mantap betul tapi saya miss 1 set daripada Ustaz Asyraf sebab tertidur....
kesal jugak tapi nak buat macam mana....
Hehe
Kalau difikir2 valik, rasa kurang sangat ilmu yang saya ada berbanding mereka-mereka yang sedang berbicara iini.... ya Allah... Ke manakah masaku telah kuhabiskan ya Allah......
Bimbinglah aku ke jalan-Mu rabbi...
No comments:
Post a Comment