Thursday, December 23, 2010

Mampukah Aku???

Bismillahirrahamnirrahim....

Macam lama je dah tak tulis blog...
Sorry ye blog, saya bussy siket lately nie...
Sekarang nie pulak tengah urus masa nak balik tapi xsure lah lepas ke tak nak balik nie....

Ape yang membuatkan saya busy? Biasalah...dah final sem, banyak nak kena uruskan... Attend kelas macam biasa. Alhamdulillah thesis dah siap. Tunggu markahnya insya-Allah dapat hari nie atau esok atau minggu depan. 

Hari Jumaat lepas, Maryam ade gtau saya yang dah boleh tulis nama sape yang berminat nak sambung belajar ke Jordan... Allahu akbar... Dia and the gang dah siap2 tulis semua...
Semalam, dengan hati yang berkobar-kobar, saya dan Fad pegilah visit jap Pejabat AI untuk isi nama yang berminat DENGAR TAKLIMAT untuk belajar ke Jordan. Baru dengar taklimat ye... Belum betul2 nak ke sana... Saya pun dengan confident, tulus lah butir-butir yang dia nak dengan nama kawan-kawan lain yang berminat. Saya tengok kat kertas tu, just limit pada 45 ORANG JE!! Mak ai~~ Baru nak DENGAR TAKLIMAT... Kat situ saya baca, syarat-syaratnya, kena kredit subejk BM, PQS, PSI & BA & CGPA kena atas 3.0. Alhamdulillah, atas segala nikmat Allah, saya lepas untuk ciri-ciri yang ditetapkan... 

Petang semalam pulak hujan lebat. Lepas asar tak boleh pulak tdo (ini untuk mengelakkan kegilaan pada otak jika diamalkan.) So, tengah-tengah hujan tu, feeling2 lah kejap, tengok hujan sambil dengar lagu Maher Zain Thank You Allah, Insya Allah & Open Your Eyes... Time tue tibe2 rase sayu, syahdu dan sekaligus tertanya-tanya, betul ke saya nak ke Jordan?? Teringat mak cik saya dulu masa dia belajar kat Mesir, tak sempat tengok arwah wan yang meninggal sakit kanser. Yelah, dah belajar dekat oversea kan... Mane lah pulak ade mase nak balik urgent, duit bukan sentiasa ada... Saya bukanlah nak fikirbenda buruk tapi yelah... Saya nangis sangat time tue... Saya pk lagi, betul ke saya bersedia untuk hadapi macam-macam dugaan untuk belajar kat sana nanti? Lagilah saya sebak... Saya terus berfikir, ayah kerja keras untuk tanggung pelajaran saya... Air mata sederas hujan di KUIS... Hurmm....

Lepas tu, tiba-tiba saya dapat kekuatan. Saya seolah-olah dipujuk Allah... (bukan nak takabbur tapi inilah yang saya rasa). Sebab tu Allah selalu warning kita, cintailah Allah melebihi cinta pada makhluk-Nya. Makhluk dia bukan setakat boyfriend girlfriend tapi jugak termasuk keluarga. Walau setinggi mana pun kasih sayang kita pada diorang, tetap diorang akan dijemput Allah bila sampai masanya... Nabi Muhammad SAW lagi pahit diuji. Belum sempat lahir sudah digelar yatim, iaitu semasa 2 bulan dalam kandungan. Tak sampai 6 tahun emnegcap kasih ibu, baginda sudah memegang sandaran yatim piatu seawal usianya itu. Subhanallah... Nabi Muhammad lagi banyak rintangannya tapi baginda sangat kuat. Ape lah sangat nak dibandingkan dengan ujian yang baru sebutir Allah nak beri padaku?

Lagipun, inilah impian saya. Menyambung pelajaran ke Jordan dalam bidang fiqh... Peluang datang sekali, takkan lah saya nak biarkan peluang yang ada berlalu macam tu je... Tugas ibu bapa membanting tulang untuk menyara kita, kita manfaatkan dengan hadiahkan kejayaan terbesar buat mereka. Kejayaan kita tu lah sebenarnya pengubat lelah mereka. Bukan sekadar lelah mereka, tapi juga untuk kita... Langit cerah, secerah hati saya. Alhamdulillah ya Allah... Terima kasih atas kasih sayang-Mu....

Aku akan cuba sedaya-upaya melaksanakan tugasku sebagai anak yang berjaya dunia akhirat buat ibu bapaku, warganegara yang mampu mengubah corak pemerintahan negara sivil kepada Malaysiaku, penganut yang tegar menegakkan kalimah La Ilaha Illallah atas bumi ini dalam segala segi tingkah buat Islamku dan juga menghabiskan segala usiaku dengan mendapat barakah Illahi dunia akhirat insya Allah....

Wassalam...
=)

1 comment: