Thursday, December 29, 2011

Cuti Mid Sem

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt.

Cuti start daripada Jumaat hari tu dan start Jumaat lepas jugaklah, saya dok galas beg pulang ke syurga dunia, my sweetest home *setakat single nie lah*. Bukan galas beg kosong semata-mata, tapi siap dapat task berjela-jela... Name je dapat task berjela-jela, asal kat umah dok depan lappy, mule lah dok korek-korek, mane link cite-cite yang agak-agak hot kat wayang, nak download. Not forgotten, my MasterChef. Baru ada sampai Episod 46. Huhhuuuu Belom campor lagi dengan jari yang sangat laju tapi blog *macam assignment law and others dah siap je lagaknye..phewww* Tapi tue lah nak cerita.

Dan selain dari itu, saya sungguh bersemangat makan-dan-makan-dan-makan-lagi sepanjang tempoh beberapa hari ditempatkan di sini. Walaupun barang kat dapur rumah tak sentiasa penuh macam dapur MasterChef *bolehlah, sponser punye pasal kan...* den tetap gak korek-korek ape yang ada nak masak. Pastu, pegi amek penimbang berat badan, timbang. Mulelah bercita-cite nak jadi wanita ideal tegar *tapi sekadar cita-cita sesaat* sebab lepas tu, rasa nak masak dan masak itu membuak-buak *walhal bukan masak hebat macam MasterChef pun. ape den peduli, ape ade, den bedal je lah.*

Ok, sekarang pulak bercita-cita nak stay up lah malam nie *konon-konon nak siapkan ape keje yang patut* tapi mungkin tinggal harapan sebab mata sekarang dah mula pedih-pedih macam mengantuk *bukan macam tapi MEMANG*

Ok, thanks for reading this nonsense postage! ^__~

Tuesday, December 27, 2011

Cinta Diamku

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku...
Jika dia bukan milikku..
Redhakanlah hatiku dengan ketentuan-Mu...
-Permata Yang Dicari: De Hearty-


Dia gadis berkrudung merah 
Hatiku tergoda tergugat
Tak cuma parasnya yang indah
Dia baik dia solehah
Dia gadis bertudung merah
bawalah diriku padanya
Tak akan habisku berdoa
Jadi kekasih halalmu...
-Kekasih Halal, Wali Band-


Aku menyanjungimu, mengagumimu dalam diamku kerana andai aku berbicara, mungkin akan mendatangkan fitnah kepadamu dan yang lebih teruk, fitnah ke atas hati yang lemah ini. Hanya doa yang tulus mengiringimu. Kita merancang dan Allah juga merancang, dan sebaik-baik perancang itu adalah Allah SWT. Semoga segala rancanganku mengikut rentak-Nya.

Aku Anak Imam

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...

Entry kali nie, saya nak share satu cerita buat semua pembaca. Semoga kita dapat hayati cerita nie.

Aku seorang anak imam. Ayah aku memang terkenal, dengan wara'nya. Aku tumpang bangga dapat ayah macam nie. Disegani. Aku buah cinta ayah dan ibu. Aku dilahirkan dan disayangi dengan secukupnya. Ibu seorang yang sangat tegas dalam pelajaran. Dan disebabkan itu, aku sentiasa menjadi bintang yang paling kemilau di angkasa. Keputusan sekolah rendah sangat membanggakan. Aku antara top student di sekolah, cikgu-cikgu kenal, malah ingat aku sampai sekarang. Aku selalu mengharumkan nama sekolah dalam sebarang acara. Waktu itu, aku yakin, akulah pahlawan di medan persekolahan. Dengan keputusan yang aku dapat, aku melanjutkan pengajian menengah aku di sebuah sekolah ternama. Di situ, aku mula mengenali erti berdiri atas kaki sendiri. Di situ, aku mula diterapkan nilai-nilai sopan yang selama ini aku abaikan. Di situ, aku mula mengenali batas auratku menurut panduan Islam.

Dan secara jujurnya, ayahku seorang imam tapi tidak pernah menekankan kepadaku, tudung wajib labuhkan, stokin wajib pakai, handsocks itu perlu, baju jangan ketat-ketat, dengan sepupu kena pakai tudung, dengan pak cik belah ayah *adik-beradik kandung ayah* takpe tak pakai tudung dan macam-macam lagi. Semuanya aku belajar sendiri. Bermula di sekolah menengahku, aku mula mencuba memakai tudung labuh. Mula-mula aku malu, sebab aku rasa hipokrit. Lepas tu, aku belajar pula cara untuk istiqamah memakai stokin. Kemudian, aku belajar memakai tudung apabila berkumpul bersama-sama sepupu lelakiku yang boleh aku kahwini. Walaupun ketika mula-mula aku memakainya, seluruh mak cik-mak cikku di kampung menggelakkanku, berkata, "Kenapa nak pakai tudung jugak? Dalam rumah je, takde sape nak tengok." Mak aku pun marah bila aku pakai tudung di kampung. Aku dengan muka selambe nye buat tak tau je. Aku tercari-cari, mana ayah? Ayah tak nak ke bela aku, bahawa tudung itu wajib di hadapan yang bukan muhrim? Tapi, ayah hanya tengok dari jauh. Dalam hati aku sedih, aku tenangkan hati, takpe, benda baik memang ada ujian. Kena sabar. Nak istiqamah itu susah.

Di sekolah itu juga, aku paling suka bila dengar kuliah, tak kisah lah kuliah Maghrib ke kuliah Subuh. Benda yang paling aku takkan miss bawak dalam beg telekung aku, pen dan buku nota. Bukunya kecik je. Mula-mula aku bawak buku kecik. Bila makin besar, start Form 4, cinta aku pada kuliah makin mendalam, so aku beli hard cover book, aku balut cantik-cantik, aku jaga elok-elok. Ilmu kan.. Sayang tau! Aku dilantik menjadi salah seorang barisan Badan Dakwah di sekolahku. Aku sangat gembira. Memegang microphone sambil menyuarakan kebenaran. Namun, dalam aku tak sedar, ada benda yang aku tersalah method. Cintaku pada sebarang majlis ilmu tak pernah malap, malah makin menyala.

Aku yang sekarang sangat merindui peribadiku yang dulu. Solat jemaah, majlis ilmu. Sekarang, alhamdulillah aku masih mampu istiqamah dalam menjaga auratku. Cuma aku tak mampu untuk istiqamah dalam solat jemaah. Mungkinkah masa yang menyebabkannya? Tapi, aku tidak boleh kalah atas alasan masa kerana aku tahu, semua orang diperuntukkan jumlah masa yang sama. Aku juga kurang aktif dalam mengikuti taman-taman syurga di pengajianku kini. Lantaran alasan lebih senang untuk study di bilik. Lepas solat, study, berhenti solat lagi dan sambung study. Sebab masaku sangat padat dengan deretan tugasan sekarang.

Beberapa hari yang lalu, DIA buka pintu hati ini untuk melangkah kaki ke masjid. Duduk di taman syurganya seketika. Pintu hati diketuk keinsafan sesaat. Duduk di majlis ilmu begitu menyenangkan, banyak ilmu yang aku tidak tahu, aku peroleh. Namun dalam masa yang sama, aku berkali-kali melihat jam, "Bile nak habis kuliah nie, nak solat, nak balik." Aku pergi ke surau berdekatan rumahku, kemudian ada yang bertanya, "Anak siapa nie?" Segan aku nak jawab. Maklumlah, aku memang jarang nak ke surau. Tapi aku jawab jugak, "Anak Imam sini..." Dengan sebuah senyuman yang aku rasa, soalan itu begitu tajam padaku.

Sesekali aku berfikir, kenapa aku makin teruk? Banyak masa yang aku ada, aku sia-siakan pada perkara yang tidak sepatutnya. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, kupohon rahmat-Mu, tetapkanlah imanku, kukuhkanlah pendirianku. Didiklah aku dengan cara-Mu, agar aku bisa kuat dengan nama-Mu, agar matiku berakhir dengan lafaz nama-Mu. Biarlah awal hidupku dimulai dengan bisikan nama-Mu di telingaku namun ingin sekali aku mengakhiri hidupku, dengan menyebut nama-Mu yang Maha Suci. Mampukah aku???

Semoga kite same-same dapat manfaat dari cerita nie.
Wassalam ^__^

Monday, December 26, 2011

Aku Dibius Cinta!

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt..

Nak masuk bulan Januari 2012 nie, saya dapat 2 jemputan kahwin. Nak sangat attend both. Sorang best frend sekolah menengah, sorang lagi cousin pada junior sekolah. Best sangat. And kak sini, saya nak share satu cerita yang saya baca.

M: aah btol3 insya Allah kte akn cube. Yup, cinta DIA yg paling utama. kadang rasa mcm xbape nak layak suka dy sebab kite rse dy hebat. akk pun kdg2 risau gak sbb bile lah mse nk wt istiharah, klas mlm mmg deret, blik mst penat. eh nak tny. kalo istikharah mmg msti tido ke lps tu? plg kompius rse nye kaifiyyat istikharah

F: xdela.. xde dalil ckp mesti.. kite istikharah ni nk minta ptunjuk Allah.. dgn solat sunat tu perbuatan yg mnunjukkan kta bsungguh2 nk mnta kt Allah.. sbenanye dgn doa n mohon tu pun kita beristikharah pada Allah.. mnta ptunjuk.. yela kak, klu org tu x boleh solat..kita dpt cuti kan..thats mean kita xleh istikharah ke? hee.. insyaAllah dgn cara kita mohon sungguh2 dlm doa pun istikharah juga.. tp klu dpt luangkan istikharah malam lg best.. tenang waktu tu..lebih khusyuk dan lg dekat rasanye dgn Allah.. haaa~ buru cinta DIA.. pasti DIA beri kita cinta sebenar cinta..

M: aah mmg rse seronok sgt bgun mlm dgn DIA... insya Allah, time ksh byk2 ats perkongsian

F: hee.. insyaAllah.. pegang cinta selepas Allah dan Rasul tu adalah cinta selepas pernikahan dgn yg halal~ insyaAllah.. sy tringin nk rasa..

M: xpe..dh xlama lg dh kan... mujahadah mmg sush scra jujurnya.. tp kalau itu yg kite nak, xkan ada mlsh kan sweet dh dy nk jd isteri org..

F: Amiiinnn..insyaAllah smoga kita istiqamah dan terus brmujahadah.. nak sribu daya..xnk sribu dalih.. (masuk pepatah mlayu skali..ehehehe) insyaAllah doakan tau kak.. scara jujur sy x kenal pun bakal suami.. walaupun 1 kolej.. smpi skrg kalau brtmbung kt kolej.. masing2 wat x kenal.. sgt klaka..

M: owhho ye ke... haha sweet lah mcm tue. kalo kte nmpk cm dh kenal, mcm akan naik pnykt hati. mse tunang nie lg kuat kene jaga kn? ujian mcm2

F: aha.. masing2 aktif dlm program.. skadar kenal sbagai mainboard program.. x sgka ade yg memerhati dlm diam.. huhuhuhu.. ~_~ btul kak..msa tunang ni kne jaga btul2.. tp Alhamdulillah kt kolej slagi bleh elak..slagi tu elak dari btembung.. huhu.. risau.. cuma 1 ujian besar lg.. handphone.. smpai rase nk tukar no la.. risau 'rasa' nk sms ngn bakal.. kdg2 smpi dh tekan2 hp tu.. pstu padam balik.. kt situ baru terasa ujian nye.. doakan ye kak.. xpe dh halal nnti taip la sms byk mna pun.. smoga trus kuat..

M: aah btol3. kagum dgn F sbenarnya. smoga kuat juga menanti detik-detik yang bakal tiba.
doakan kite juga

F: eh jgn kagum dgn sy..wlu cmne pun kite sume tetap sama.. ade kelemahan dan kelebihan masing2.. ok insyaAllah..sy nk siap2 gi klas dh ni.. kls kul 10..heee~ insyaAllah smoga Allah mudahkan sgala2nya.. bleh chat lg lain kali..salam'alaik..

See? This story remind us to put OUR trust to Allah. Allah. Hanya pada DIA aku harap cinta ini bertunjang kukuh. Pernah pulak saya terbaca satu pendapat cakap, orang yang bercouple ialah orang yang tak yakin dengan Allah yang dah tentukan jodoh dia dengan siapa. Sampai tahap macam tu sekali. Sebab masa couple nie, banyak sangat proses ta'aruf yang tak sepatutnya dah berlaku. Better taaruf lepas sesi pertunangan, dengan adanya ibu bapa, nampak lebih proper.

Cinta sesama insan akan kita rasa manisnya selepas kita terlebih dahulu merasai nikmatnya cinta DIA. Kita WAJIB mencintai orang yang nikahi BUKANNYA wajib menikahi orang yang kita cintai. Renungkan ayat ini dalam-dalam. Kali nie, rasa nak bawak lagi artikel soalnya hati.

Hati merupakan aset kita yang amat bernilai. Dari hatilah kita membentuk peribadi, tempang ataupun tegak. Hati itu kalau suka, kalau sayang, kalau cinta itu biasa. Itu fitrah. Perasaan itu tidak bersalah, malah perasaan itu sebenarnya suci sekali. Yang bersalah ialah macam mana pengurusan hati kita bila datangnya perasaan itu. 



Betul, bukan mudah untuk bermujahadah. Bersungguh-sungguh menyimpan rasa dalam diam. Harus ada rasa yang kuat, harus pohon kekuatan itu dari DIA. Luahkan segenap rasa itu hanya pada DIA. kadang kita tersilap, menyambut salam cinta yang telah dicemari fitrahnya. Jangan wahai wanita. Jangan jadikan dirimu sebagai senjata fitnah yang melumpuhkan keimanan seorang mujahid abad 21. Sudahlah para pejuang semakin kurang bilangannya, jangan kita menjadi salah satu asbab, melumpuhkan semuanya.

Kurenung ke dalam diri, terlalu banyak kekurangan pada sekeping hati, dalam sebuah peribadi. Hasrat dalam hati, ingin sekali melahirkan kembali sejarah kegemilangan seperti zaman Salahuddin al-Ayyubi atau zaman Sultan al-Fateh. Mampukah aku andai diri ini juga banyak silapnya?



Hanya pada DIA, aku mohon dibiuskan cinta sepenuhnya. Dipasakkan iman yang kukuh dan teguh. Ditegakkan peribadi yang mujahadah dan tegas dalam urusan agama. Biar jasad ini terkorban, asalkan nama agamaku tidak sesekali tercemar. Cukup sudah penghinaan demi penghinaan pada umat Islam masa kini, kekejaman demi kekejaman pada umat Islam, kehancuran muda-mudi di tanah air sendiri. Memilukan...

Semoga DIA terus menguatkanku pada setiap jalan yang kulalui. Semoga DIA memberikanku kekuatan, membuang duri di tengah jalan, menebas semak di persimpangan. 
Wallahu a'lam...

p/s: nak share sikit rangkap nie, sebagai ubat kepada hati-hati yang sedang mengharap seorang 'dia'. "Ya Allah, jika 'dia' benar untukku, dekatkanlah hati'nya' dengan hati'ku'. Jika 'dia' bukan milikku, jauhkanlah 'dia' dari pandanganku dan peliharalah aku dari kekecewaan." ^_~

Friday, December 23, 2011

Makan Berdua!

Assalamualaikum semua!

Just a short writing here.
Dah 3x keluar dengan kawan kelas mase Diploma, keluar makan berdua. Seyes! Memang best! Rasanya lagi best dan alhamdulillah aman dari fitnah. Boleh gurau-gurau. Boleh story-mory. Owh sangat rindukan mereka dan sangat menyukai makan berdua dengan every single angle of my classmate *girl only!*

Last Friday keluar dengan Zunairah, g makan Nandoo *eh betul ke eje nye nie?* and Subway. Nandoos biasa-biasa je, tapi Subaway, TERBAEK!!! Coz i love bread, cheese! Duduk makan dekat tepi air yang boleh nampak ikan *tak kirelah ikan ape, macam sembilang, macam keli* dah lah ikan tu besar, terasa-rasa cam scary kot-kot lah tengah makan pagar jatuh ke... Then dengan aku-aku sekali jatuh, bukan ke situ g makan kang tapi aku yang jadik makanan ikan. Hahaha. Kua g Mines semata-mata Jalan-Jalan Cari Makan je! Wuhhuu Nampak sangat nak lepas penat belajar *ewah, poyo je!*

Last Wednesday, date dengan tanaa pulak. Gi makan kat Nasi Kandar Tapah. Name je dok kuis, nak ke tapah pun payah. Dulu men pinjam je moto dari Saini, pastu merempit dengan Fad. Sekarang...nak merempit sorang-sorang rase macam... Huhu... So, kua makan-makan dengan Tanaa pun best! She'd made a promise to take me to Subway at kajang. Yezzaaa Subway again!! 

Hari nie tadi, jumpe pulak Iera mase nak balik dari kuis ke Klangm kat ktm Bangi. Sampai KL Sentral turun, then saje je tanye Iera dy nak g mane sebab aku cakap "Ra, ko nak gi mane pasni? Aku cam lapa nak g Mc D." Then Iera kate, "Jom, aku belanje! Aku pun nak g Mc D nie." Alamak! Dah segan dah tapi sebab dy nak belanje, dan memang kebetulan tengah lapar and sangat mengidam nak makan cheese burger, so tadi makan berdua lagi! ^__^

Ok dah ngantuk.
Tata
Salam

Sunday, December 18, 2011

Tulis Sekejap.

Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum semua.

Dalam ribut assignment berderet, dalam kata esok ada kuiz, dalam kata nota banyak lagi tak buat, dalam kata buku banyak lagi tak selak, dalam kata cuti tak lama lagi nak datang, kelas ganti berderet-deret tunggu turn. Owh! Dunia degree semakin sibuk! Ditambah lagi dengan penekanan rohani di KUIS. Bukan tak bagus, tapi dalam kesempitan masa, terasa semput dihimpit kejaran tugasan. Tapi, terngiang-ngiang pesanan Ustaz Muhidin, that is your job as a student. Okey, tu memang tak dinafikan. ^__^

Ramai orang kata, best lah ko, dia suke kat ko. Dia nak kat ko. Dah lah dia keluarga kaya, family dia jenis alim. Itu orang ramai kata. Orang ramai tak rasa apa yang kita rasa. Bagi saya, buat apa nak kejarkan kaya kalau perangai tak semenggah mana. Buat apa kejarkan engkau bekas pelajar tahfiz kalau fikrah kita berbeza. Buat apa kejarkan keluarganya yang alim, belum tentu dia yang alim. Teringat kata-kata seorang tokoh Islam, lelaki yang hebat itu tidak akan memberitahu kepada orang bahawa ayahku seorang yang hebat, ayahku seorang yang alim, ayahku seorang yang kaya, tetapi dia akan memberitahu apa kehebatan yang dia lakukan. Dan itulah ciri-ciri yang kucari.

Petahnya engkau berbicara, namun ada bicaramu yang salah dan bila dibetulkan, kau masih tegar menegakkan benang yang basah. Di mana kelenturan hatimu tentang membenarkan yang benar?

Limpahan hartamu mengelilingi, namun ada ketika engkau memandang hina insan yang membantumu. Di mana hatimu memuliakan semua insan yang tidak berpangkat?

Bukan itu yang aku cari tetapi seorang lelaki yang berdikari, seorang lelaki yang bersungguh dalam menuntut ilmu dan Islam, seorang lelaki yang hatinya ditambat di masjid. Wallahi, aku bukanlah wanita sempurna untuk mendapatkan lelaki yang soleh namun aku masih belum buta membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

Wallahu a'lam...



Wednesday, December 14, 2011

Aku Tidak Mencintaimu

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum semua!

Hai-hai-hai. Tajuk asyik nak pasal lebing-lebing je neh. Aishhh Bahaya nie! Saja nak tulis-tulis kejap pasal sedang tensyen dengan line broadband (yang disponsor oleh adik bilik) terlalu L A J U. Dahl ah nak buat keje translation, esok ustaz nak. Hah, yang sepanjang last week, dok men air je. Ayah bawak jugak ke A Famosa Water Theme Park hari Ahad hari tu. Lepas je ke Melaka, terus kitorang balik ke Pahang. Yang paling best nye, hari Isnin tu patah balik Selangor. Sebelum balik ke Selangor, ayah bawak kitorang lagi sekali singgah kat Hutang Lipur Lentang, sempadan antara Pahang dengan Selangor. Terbaeeeeeeeek! May be ayah nak ganti janji nak bawak kitorang mandi sungai kot. Adalah satu kewajipan balik ke Pahang, dok berkubang kat dalam sungai. Di samping kapasiti yang tak berapa nak ada orang, memudahkan kami adik-beradik melakukan pelbagai aksi-aksi terjunan dan juga membolehkan yang tak berapa nak pandai berenang, semput-semput belajar.

Eh, panjang lah pulak intro nye. Huhhu. Sekarang saya paling suka dengar lagu Ya Taiybah, nasyeed yang pure arab, walaupun dalam kelas masadir ada jugak ustaz bagi teks yang da diubahsuai untuk lagu Ya Taiybah nie. Erm, mase otw dari Pahang ke Selangor, saya bukak lagu tu dalam kete suh adik-adik saya dengar. Saya tak suka budaya nyanyi lagu merapu-meraban dari adik saya yang darjah 4 bawak. Maklumlah, budak sekolah kan, mesti banyak tau lagu. Pulak tu, lagu sekarang kalau best nak dengar takpe, nie hah memang langsung tak best lah nak dengar. So, saya cakap dengan dorang, "Tengok nie, dalam lagu nie, kanak-kanak dah pandai nyanyi lagu dalam arab. Semua nyanyi lagu berfaedah." Saya bukak lagu tu dan semua dengar. Alhamdulillah, dorang boleh terima. Paling best sebab adik bongsu saya suka. Nuna sampai tertidur dekat pangku sambil dengar lagu tu. Kanak-kanak, aset yang paling kene jaga. Jangan masukkan nilai-nilai Barat sebagai corak hidup mereka. Bahaya. Di sinilah cinta saya tertumpah. Pada keluarga, agama dan bangsa.

Masa online facebook semalam, dua status yang sama saya terbaca. Lebih kurang macam nie, "Jangan sangka orang yang kita cinta itu adalah jodoh kita, dan jangan sangka orang yang kita benci itu tidak boleh menjadi joodoh kita." Terus seram saya baca. Kebetulan berkait dengan situasi terkini. 

Aku tidak mencintaimu, buat mana-mana lelaki untuk saat ini. Sekeping hati ini belum terbuka lagi untuk menerima rasa suka atau cinta dari mana-mana lelaki buat masa sekarang. Fokus utama ialah memenuhi impian keluarga. Kerana mereka yang bersusah payah, bergolok bergadai demi masa depanku. Tak pernah ada orang lain yang datang menghulur bantuan atau tolong mengurangkan beban keluarga. Semua ditanggung dengan gagah oleh ayah dan dengan lembut oleh mama. Jadi tolong, jangan hampiriku untuk sebuah cinta palsu yang tidak menjamin apa-apa. Jangan berlembut madah denganku kerana hati ini keras untuk menolang sebarang pujuk rayu.

Cintaku tertumpah buat keluarga, agama dan bangsa. Aku ingin sekali melihat bangsaku bebas dari menjadi boneka Yahudi. Yang lelaki teguh di Masjid. Srikandi pula tak lelah berbakti. Aku masih belum mampu melakukan apa pun. Jadi biarkan aku mengejar cintaku pada agama dan bangsa.

Yang paling penting, hati ini masih belum ampuh dengan cinta-Nya. Mana mungkin aku menerima cinta apa yang DIA ciptakan selagi aku masih belum mampu memenuhi takar hati dengan cinta-Nya. Ampunkan aku Ya Allah. Banyak sudah kekhilafan diri ini. Belum lagi masanya untuk aku menerima cinta ajnabi.

Bukan aku membencimu, tapi aku tidak mencintaimu. 



Saturday, December 10, 2011

Bila Hati Disentuh...

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt semua! ^__^

Hari yang sentiasa ceria bersama family dan juga berkat doa mereka dan sahabat-sahabat lain, alhamdulillah. Tak tau pasal ape yang ceria sangat. Ok, inilah topik yang saya dah janjikan dalam entry-entry sebelum nie. Sena nye, dah start dah tulis pasal H A T I nie tapi bile bace balik cam merapu je, so i'd decide to write others. Tajuk nie pulak, Allah bagi baru enam saat yang lepas. Hehe Bile bace balik tajuk nie, ala-ala cite febret saya, Ketika Cinta Bertasbih. Tapi, tak nak lah sejibik pulak dengan cerita tue, takkan nak letak Ketika Hati Disentuh pulak. Ewah, cam sambungan cite KCB lah pulak kan... Ok stop! Dah termerapu.. Sorry...

Sekeping hati yang dikurniakan oleh Illahi merupakan amanah yang saya rasa besar dan berat untuk dijaga. Hati nie satu anggota yang merasa sesuatu perasaan. Camne eh nak terangkan. Ni bukan terfokus untuk babak loving-loving je ye... Simple word, kita akan rasa benci bila orang buat sesuatu yang kita tak suka. Kita akan rasa suka bila pendapat kita didengari. Kita akan rasa ceria bila hasil kerja kita dihargai. Kita akan rasa sedih bila orang yang kita sayang sudah tiada. Kita akan rasa kagum dengan keperibadian seseorang. Kita akan rasa macam-macam dan dari mana datangnya rasa? Sudah tentu dari sekeping hati, bukan?


Hati ni, dah jelas diterangkan dalam sebuah hadith yang berbunyi:

إن في جسد ابن آدم مضغة إذا صلحت صلح الجسد كله و إذا فسدت فسد الجسد كله ألا و هي القلب

Yang bermaksud: di dalam jasad anak Adam itu terdapat seketul darah. Jika ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya tetapi jika ia rosak, maka binasalah seluruhnya. Dan ia adalah HATI.

Nampak? Dah serang lagi bersuluh, hadith dinyatakan bahawa hati nie memang mainkan peranan yang sangat penting dalam hidup kita. Dari sekecil-kecil perkara sampai sebesar-besar perkara, kita akan bertindak melalui apa yang hati kita rasa. Sebab tu bak kata pepatah Melayu, "Ikut hati mati, ikut rasa binasa" So nak ikut apa? Off course ikut Quran dan Sunnah forever.

Nak cakapnya kat sini, hati nie benda paling berat nak jaga. Andai ia tersentuh, mintalah ubatnya dari Rabb yang Maha Agung. Kerana hanyalah DIA pemilik hati yang teragung. Senario sentuhan hati itu lebih sukar diubati daripada sentuhan tangan. Bila hati disentuh, maka berdoa pada-Nya, minta dijauhkan daripada perkara yang DIA benci.

Hidup takkan lari daripada dugaan yang berkaitan sekeping hati kan? Saya sebagai seorang wanita, remaja yang sudah melangkah ke alam dewasa, dengan senario yang biasa dilihat sekarang nie, senario lelaki menyentuh hati perempuan dengan cara yang tidak bermaruah. Maaf kalau perkataan yang saya guna nie nampak biadab. Tapi itulah hakikatnya. Sang lelaki yang Allah taklifkan sebagai pembimbing wanita, sepatutnya lebih tegas memainkan peranan menjaga hati, tapi itulah sesuatu yang amat sukar dilakukan. Hati seorang lelaki sekarang kebanyakannya mudah goncang pada dunia. Pada kuasa, pada harta, pada wanita. Memang betul, wanita dicipta untuk lelaki dan begitu juga sebaliknya. Tapi, adakah dengan menyentuh hati seorang wanita yang amat lembut itu dengan madah berbunga-bunga, tanpa dipagari iman dan malu? Bukankah yang digariskan Islam, meminta izin dari wali seorang gadis itu perlu, daripada mencerobohi zon ketenangan si gadis?


Hakikat dunia kini, bermesra bermanja bersama berpacaran perkara biasa. Tidak terdetik rasa dosa, tidak terdetik rasa binasa. Tika kita merasakan manisnya cinta yang tidak halal buat kita, ingatlah binasa itu sentiasa menunggu. Orang akan cakap, "Alah, mak ayah aku kenal dengan boypren aku. Dorang pon tak sebok-sebok macam ko nak ceramah itu tak boleh ini tak boleh." 


Di sini jelas menunjukkan, ibu bapa pun perlu mainkan peranan dalam pembentukan peribadi anak-anak. Kisah cinta mereka sebelum kahwin yang diturunkan kepada anak-anak akan menjadi "pembakar semangat" dan "pedoman" mereka dalam menjalani urusan hati sebelum akad.

Bercakap memang mudah, tapi melaksanakannya memang payah. Itu lebih hakiki. Semua orang pernah melakukan salah dan silap, tapi bila Allah panggil kita pulang pada-Nya, bersyukurlah kerana kita masih ada DIA yang tak pernah curang dan kurang kasih-Nya pada kita, walau kita sering melupakannya saat kita bertemu seorang 'dia'. Duhai hati insan-insan yang berjiwa fitrah, kembalilah pada Illahi. Baik engkau seorang mujahid atau mujahidah, mujahadahlah dalam urusanmu. Mujahadah itu sukar tetapi kesannya sangat manis. Percayalah. Balutkan sekeping hatimu yang telah DIA kurniakan, dengan mencintai hanya DIA setiap detik. Hanya Allah dalam ingatan. Dan ingatlah, Allah akan menyampaikan cintamu pada seseorang yang turut menyintai-Nya, kerana itulah hadiah terbesar dari-Nya. DIA takkan pernah mahu kau terleka dengan cinta dunia, dengan meninggalkan cinta-Nya yang abadi.

Yang haq itu tidak akan sekali-kali boleh bercampur dengan yang batil. Ibarat minyak dan air, takkan pernah bersatu walaupun diletak di dalam bekas yang sama. Jangan dengan alasan nak tutup title zina hati, kau membenarkan istilah couple Islamik. Tak pernah wujud istilah couple melainkan lepas akad. Suci dan tulus berkat redha-Nya. Contoh yang cinta Islamik, engkau melaksanakan ibadah puasa Ramadhanmu dengan lelah dan kau sulami dengan bacaan Quran namun sayangnya, kau akhiri puasamu dengan 'iftar jama'ie' dengan kekasihmu. Dengan alasan mengeratkan ukhwah. Apa yang kau cari sebenarnya? Barakah puasa atau kenikmatan berbuka bertentang mata dengan sang kekasih. Sama-sama kita renungkan, mana yang haq mana yang batil.


Jangan kau sangka kebenaran ibu bapa untuk kau berpacaran, berdua-duaan merupakan sesuatu yang benar di sisi syara'. Ibu bapamu mungkin tersilap kata, rujuklah kembali pada agama. Bertanyalah pada guru yang sedia ada, yang sedia membantu. Ingatlah salasilah manusia, sesungguhnya Iblis itu licik dan manusia itu lemah. Telah Allah rakamkan buktinya melalui al-Quran, dalam kisah bapa kita, Nabi Adam yang telah lemah dan termakan dengan pujukan rayu syaitan, akhirnya terlanjur memakan buah larangan. Dicampakkan ke bumi dan baginda menyucikan dirinya di bumi dan melahirkan generasi terawal iaitu Habil dan kembarnya dan Qabil dan kembarnya sebagai penyambung generasi khalifah.

Jagalah hati, jangan kau cemari dengan murka Illahi. Takutlah dengan azab yang menanti. Kelak kau yang berduka hati.

Wahai lelaki acuan al-Quran, ingatlah. Jangan kau memurahkan dirimu dengan menyentuh hati seorang wanita dengan cara yang tidak bermaruah. Gagahkanlah peribadimu selari dengan al-Quran dan as-Sunnah, qiyas dan ijma'. Pinta kekuatan hanya dari-Nya untuk meneguhkan iman dan hatimu. Andai sudah sampai masanya hatimu tersentuh dengan solehahnya 'dia', pinta bantuan Penciptamu, apakah pasti 'dia' yang terbaik buatmu. Jika pasti, maka risiklah mengikut garis panduan Islam.


Wahai wanita penyambung warisan, lembutmu bukanlah erti kau mudah dijual beli. Malah kau lebih kuat dari lelaki sejati. Tanpa kekukuhan rahim yang dibina oleh Tuhanmu, maka tidak akan lahirlah para syuhada' yang gagah menegakkan syahadah. Kuatkanlah didingan hati dengan cinta Illahi. Tepislah dugaan cinta ajnabi yang tidak pasti. Andai terbayang seorang soleh yang memikat hati, tanya dulu pada Illahi, benarkah dia lelaki yang dinanti? Jangan mudah hanyut dengan madah cinta seorang lelaki.Jika benar dia lelaki pilihan Illahi, maka sesudah ijabnya, bersatulah cintamu dengannya. Cinta yang halal dan terhindar dari fitnah hati.


Thanks for reading, Wassalam. ^__^


I Love My Family!

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, dapat jugak online. Tadi baru lepas habis sembang sakan ngan mama, Amer, Ajiq. Masing-masing dok cerita kisah kecik-kecik. Yang Ajiq ngan Amir barulah pecah tembelang, dlu rajin sangat ponteng kelas kalo macam kelas muzik camtu, nyorok kat meja perpustakaan lah, dalam almari lah, dalam stor. Terkekek-kekek dengar. Saya tukang komen. Sebab saya kan dak pempuan, tak de lah sampai kes nyorok-nyorok camtu. Mama punya cerita saya nak gelak. Sebab mama cerita, masa mama kecik, mama memang antara best student. Dapat sambung ke sekolah agama, kira antara student yang lepas interview, cuma mama sorang wakil student perempuan dengan dua orang lagi student lelaki yang lepas. Arwah mbah lanang tak kasik mama nak masuk sekolah agama, sampai mama kene keja dengan parang, mama melompat dari tangga ke tanah, lari nyorok dalam parit. Memang kelakar kitorang dengar. Sebab arwah mbah lanang tak kasik belajar agama dulu, sebab orang yang bidang agama nie susah nak dapat keje kerajaan. Biaselah mentaliti orang dulu-dulu. Walhal, arwah mbah lanang sendiri pun kire ustaz kat kampung tue. Sedikit kompius jugak saya.

Ok, kali nie tak de nak cerita apa. Cume seronok dapat kumpul dengan keluarga walaupun abang takde. Kumpul dengan family, gelak ketawa dengan family lebih bahagia, menenangkan. Walaupun dalam otak dah susun deretan kerja yang nak kene buat.

Besok, ayah sepatutnya ada function kat Melaka, tapi ayah pun macam tak sure je nak g ke tak. Pasalnye ayah nak bawak kitorang balik kampung Pahang. Pastu hari Isnin, trus anta aku balik ke KUIS. Whoaaaaaaaaaa Tidaaaaaaaaaaaaakkkkkkk Tak dapat lah den nak manfaatkan tenet kat umah... Ngeh3 Tapi tadi tibe-tibe ayah kate, "Apa kata kita sekeluarga pegi je kat Melaka tue, lepas tue tengok kalau banyak tiket kosong, masuk je semua sekeluarga.. Habis dari Melaka baru balik Pahang." Wow!! Bunyi macam seronok! Nice! harap-harap ayah bawak g Melaka dulu, baru lah balik Pahang. Memang Le Tour De Malaysia lah aku jawab nye... Alhamdulillah... Best3!! ^__^

Yang pasal entry yang saya janji nak tulis tu bukan nie, insya Allah entry lepas nie. Okey, nak out dulu. Kang den dah online, den sambung cite yang janji tue. Salam... ^_^

Friday, December 9, 2011

Hadiah Graduation Dari Mama & Ayah







Hadiah yang paling bernilai daripada mama dan ayah. Biarpun kepingan gambar, tapi ia lebih bermakna dari barangan berharga yang lain. Sangat berharga. Mungkin kejayaan selama diploma nie takkan pernah setanding dengan apa yang mama ayah bagi.


Gambar kedua, sila jangan salah faham ye. Tu gambar anak first dengan anak last. Kikikiki Enam lagi kat tengah2 tapi tak dapek nak masuk dalam gambar pasal my second brother at UiTM Perak... So, insya Allah gambar sekeluarga saya nak buat masa Degree n jugak mase abang grad Diploma die... Hope mase die grade saya takde halangan nak datang...

Ok, on the way nak kongsi cerita. Wait for the next post guys! ^__^
Thanks for reading.

Sunday, December 4, 2011

Who Is Your Soul Mate?

In the name of Almighty Allah, I praises on You..

Hello readers! Here I would like to share to you about this postage. This is not from somewhere that i get the entry and paste here but this is an entry, that I will try o complete it by myself, totally in English. Because for this semester, I have to sit on Intermediate English, BLEI 2111. My lecturer, Sir Rosdy from Sarawak. He is cute and look-a-like Chef Wan. I'm sure that both of us know who is the famous Chef Wan.

Ok, this entry is not talking about his cutest or his personality but I would like to share about A QUESTION that he had  highlighted when he ask us to introduce ourself, is about YOUR STATUS. He need us to be frank to him and the classmate to admit whether you are SINGLE and AVAILABLE or SINGLE but NOT AVAILABLE or ENGAGED or MARRIED. No one in my class is married but two of them already engaged. Of they are girls! And most of us are SINGLE and AVAILABLE.

Sir Rosdy shared to us that he already married when he is 20, at UK. He keep on asking us, why we are single now and he promote to us that the university is the best place for us to find our soul mate. I just laughing *but slowly of course*. And, when my turn is ready to introduce myself, he asking me, "Didn't you want to choose one from this side (boy side)?" I said no. Then, he ask me more, "Why? Is it because you already know their habits?" I say yes. Simple answer from me. Off course I know their habit, if they are my classmate. I totally hate the lazy man, playboy (off course), smoking, leave praying on time, a man who always need woman's help event hough for a small thing! Find a girl just to share your problem, after your problem had settled, you didn't ever chat or call or text like others friend, just shut up. This is the most i hate.       

All people will not have the same stories of love, right? One of my best friend already married when she is 20. The other one of my best friend will be marry this January 2012. Then I make my conclusion, why I still single till now, not to marry nor engaged? I have my own stand. I seriously can't to give full commitment IF now I am looking for my soul mate. I don't want to live with unpeace world. If you can come with you partner to marry, that is the best way. But if you just come with your partner, just as a couple, dating, hanging out together, romantic dinner, sorry. That thing that made me feel not ready to have a partner.

As a student, we should now our duty, our function. For me, if you still disable to manage yourself perfectly, don't dare to try to manage others. If you cannot love yourself and your family and the most important is Almighty Allah, don't dare to waste your love to others. Your couple or your partner is not something that permanent. Put your love to Allah first, then he will spread His love to you, and letting you to know your perfect one. Don't worry and believe in Him. Those people that involve in couple actually they are not believe with His best gift in our life.

Don't waste your credit, your time, your tears for nothing but do something to increase your love to Allah. By loving Allah, you will feel safe and peace, without have to be in anxious to think with whom your beloved chatting today, did he try to betray you and chasing his ex-girlfriend back. Oh no! Seriously these things are the messy things, decrease your focus in study. Don't worry dear, Allah already have SOMEONE for you. We just need to make a full preparation, by learning cooking, managing emotion, managing household, managing money, loving kids and so on. The most important thing to be learned is loving Allah, increase you trust on Him and He will give the best for you along the rest of your life. Give a full commitment in household with your partner is the best than coupling and dating. 



Smile and happy if you still single and available, because Allah looking the best partner for you! ^__^
Thanks for reading. If you can trace any grammatical error, please report to me because this is my first full-English entry.Thanks again!

Saturday, December 3, 2011

KUIS 14th Convocation.

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt semua ^_^

Lame rasenye tak update cerita kat sini. Sibuk dengan macam-macam agenda. Last week, start Rabu dah busy dengan kawan-kawan lama; Fad, Bie, Syue, Dayah. Tue pun start melepak dengan dorang hari Khamis pasal hari Rabu tue ada kelas malam. Tak berapa nak best sangat lah nak lepak-lepak. By the way, bukan lepak macam orang tak tentu hala tau! Last week tue, kami dok urus untuk konvo, 26 November 2011. Rase RINDU SANGAT dekat dorang. Yelah, sume dah kat UniSZA. Saya yang kat KUIS. So, bile dorang dating ke KUIS, kire macam saya nie tuan rumah lah kan… Hehehe

Bila dah jumpa, macam-maca cerita keluar. Pengalaman dorang kat sana. Corak belajar kat sana. Saya tumpang gembira dengar khabar mereka. Bergelak ketawa dengan mereka. Masa yang sikit cuba saya manfaatkan semaksima mungkin. Bersama teman-teman tersayang, yang menguatkan saya kala saya lelah. Tak segan silu juga saya berkongsi cerita saya di KUIS. Name je saya sambung tempat yang sama, tapi saya rasa macam sambung kat tempat lain. KUIS dah mengalami transformasi, tak macam dulu.

Ok, bila dah amek jubah konvo, mule lah macam-macam komen keluar. Ada yang kata cam perhimpunan PKR lah, macam nursing lah, macam doctor lah. Saya paling terkejut tengok tudung yang KUIS supply kan. Mula saya rasa macam tak sesuai je tudung tu. Last-last, lepas saya try pakai dengan baju and jubah konvo, NICE!! Saya suke tudung tue. Mula lah start part kami photo shot kat tasik ngan kawan-kawan. Nyrah bagi hadiah coklat, Fad bagi hadiah keychain ngan bekas pencil, Syida kasik bunga. Part bunga tu memang tak leh belah. Kikiki Seumur hidup baru merasa dapat bunga sejambak kan. Seb bek ada kawan nak kasik. Hidup memang terumbang ambing lah mase hari konvo. Sampai sekarang terasa-rasa lagi bisa kat badan. Walhal bukan ada buat apa pun. Tak tau lah ape yang penat sangat kan…

Cuma yang saya memang rasa, memang nak menangis jugak mase nak konvo tu. Ini lah hasil saya belajar selama 3 tahun. Inilah hadiah buat mama dengan ayah saya, pelaburan mereka unuk saya selama 3 tahun. Saya secara jujurnya tidak berpuas hati dengan pencapaian saya, masih berada di tahap biasa-biasa. Tak Berjaya menggarap sebarang anugerah buat hadiah terbaik kepada mama dan ayah. Cuma mampu berbintang dua pada nama. Nak dapat bintang tiga pun…sipi je lagi… Terkilan jugak tapi… past is past. Sekarang saya kat degree phase. Tak leh main-main. Kene fokus yang lebih tinggi.

Anyway, congrate to Aisyah DSPI B, Aina DSPI C. Dorang tak yah kelas A pun tapi dorang tetap leh dapat anugerah! Terbaik!! And not forgotten to Syed Husaini & Sakina Fairuza. Geng-geng Syria yang mantop! Insya Allah, degree nie saya pulak yang amek anugerah Sultan Selangor ^__^

Nie hadiah dari Zunairah. Comel kan? Cekelat yang adik-adik aku dok rebut nk

Nie kawan-kaan tersayang. Selain aku, dorang sume kat UniSZA. Aku tak sependek tue ye... Gaye menggile jap.. Sayang sangat ngan mereka...

Memang my style kalo gambo tak pandang lense, sebab terase cam cun! Wahahaha

Nie pun, dak UniSZA gak. Ex-roomate. Dlu bleh lah suh dy wat Almon London sebekas, ku jugak yang melantak nye sorang2.. Rindu... ~.~

Dalam dewan konvo. AKu berjaya menyeludupkan kamera kat dalam dewan nie... Hehehe


Satu-satu baju yang paling aku sayang sebab aku baju jubah hitam pertama yang paling cantik aku pernah ada. Walaupun baju neh dah lame, aku bawak gak g konvo.

Aku memang suka buat aksi sengal

Ayah & Mama. Terima kasih untuk semuanya. Kakak akan cuba lebih baik untuk degree nie, insya Allah..

*Nie tengah orang laen kelam kelibut dok wat soklan tutor law, punya lah rilex gile ak, walhal ape pun tak buat lagi neh. Sempat lagi update blog, kat cc plak tue! ^_~*
Gambar tak berapa sempat nak upload. Len kali ye… ^__^
Wassalam…


Saturday, November 12, 2011

Hitam & Putih

Assalamualaikum semua! Writing and writing again and again...

Kali ni cam nak tulis pasal ape ye? Okey, mungkin setakat word pendek yang mungkin kite boleh fikirkan maksudnye kan? Kali nie saya nak buat quote camnie lah, "Dunia ini ada hitam ada putih." 

Eh, jangan salah faham. I didn't mean yang dunia ni hanya tercipta dengan dua kaler nie sahaja. Tapi, warna nie lah yang selalu mewakili dunia kita. Tak percaye? Ok, kalo orang jahat, kita selalu akan labelkan dengan warna hitam, orang baik kale putih. Orang yang berlakon macam ala-ala jin ke bomoh ke, mesti baju die kale hitam, yang berlakon ala-ala malaikat mesti kale putih. Hitam ni kale orang berkabung, orang sedih *cube tengok kalo orang Kristian kan, pengebumian dorang pakai kale hitam, ISLAM jangan tiru pulak*. Kale putih orang pakai untuk baju akad nikah. Erm...banyak lah lagi. Tapi, apa yang saya cakap nie, betul kan? ^_~

Sebab tu jugak saya namekan blog saya Dunia Hitam & Putih. Actually nama baru, tibe-tibe dapat inspirasi nak namekan cmtu. So just go through je lah kan... Dunia tak setiap mase cerita yang menggembirakan hati. Ada masa kita gembira, ada masa kita ketawa sampai menangis-nangis *nie memang tahap kronik punye gelak lah nie* Ada masa yang lain juga, menangis-nangis sampai susah nak berhenti sebab rindu orang yang dah meninggal *rindu kat arwah pak cik, arwah wan...*

Memangis pun boleh describe macam-macam perasaan tau! teringat Ustaz Kamarul Khidzir cakap, dalam kitab fiqh yang beliau belajar masa kat Jordan, beliau kata air mata itu sendiri tidak boleh dikatakan sebagai suatu perasaan gembira. Air mata yang mengalir tetapi sejuk rasanya, itu tandanya gembira. Dan air mata yang mengalir, kita rasa panas, itu tandanya kesedihan. Masa saya tau, muke eksaited lah siket. Sebab tak penah tau pasal mende-mende nie. Luasnya ilmu Allah... Banyak sangat benda yang saya tak tau.

Tapi, tak semestinya orang sentiasa bahagia pada yang putih dan orang akan berduka pada yang hitam je kan? Manusia jugak akan bersedih bila kita melihat insan yang kita sayang pergi bertemu Illahi... Dengan dibaluti kain berwarna putih... Barisan korporat merasa gah dengan kot hitam di tubuh sebagai suatu tanda pengenalan diri, perbezaan taraf dengan manusia yang tidak berpangkat. See? Warna memberi tafsiran yang berbeza. Tak semua orang gembira dengan warna kebiasaannya dan tak juga sentiasa sedih dengan warna yang biasanya melambangkan kesedihan. *Saya takkan sedih bila tengok hitam pasal warna pebret! It was too gojes!!*


Thanks for reading mende-mende merepek. Esok pulang ke kampus. Dont know lah bie nak balik pasal lepas nie akan menjadi lebih sibuk... Mohon doa semua.. ^__^

Cukup SATU Tapi Berkualiti.

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum to all readers!

Ewah-ewah, perasan macam banyak fans lah pulak kan! Heee Okeyh sebenarnye dah dua minggu melangkah ke alam Bachelor. Dengar bunyi macam gah tapi sebenarnya iman, hati dan semangat kena lebih gagah supaya bukan setakat nak gah. Haaa paham tak?

Masuk je dalam jurusan pilihan hati dengan redha Allah dan kedua ibu bapa, maka saya memilih untuk meneruskan perjuangan dalam bidang syariah perundangan. Satu bidang yang sangat susahlah nak jumpe kat IPTA. Seriously! IPTA mane je yang tawarkan course nie? UIA, UKM, UM SAHAJA. Dan lagi satu, KUIS. Waaa memang yuran KUIS mahal, siap masuk paper! Tak dinafikan tapi, tak yah nak bandingkan dengan IPTA lain ye... IPTA lain, dorang dapat SEPARUH tajaan yuran daripada government. Tue yang pakat-pakat murah kat IPTA. Kalau tak, same je ngan KUIS mahalnye...

Entry nie bukan isu yuran ke ape, tapi saya nak cakap pasal "Cukup SATU Tapi Berkualiti." Tibe-tibe saya terfikirkan ayat nie, masa tengah duduk-duduk tadi. Dalam dunia ni kan, jarang kita nak benda banyak buat collection kite, dah tu pulak cepat rosak. Please hands up sape yang suke barang banyak dan cepat rosak? I don't think it so... 


Cube kite fikirkan dalam-dalam, diam-diam... Mula dengan sekecil-kecil perkara sampai sebesar-besar perkara... Contohnya pen, kita ada 5 batang pen dalam pencil case, tapi semua dakwat semput. Dapat tugasan yang banyak, nak kena buat semua, tapi pen tak memberangsangkan. Best tak ada pen banyak tapi semua dakwat semput? Kita ada satu laptop. Tapi, keyboard dia rosak. So kene lah dok sambungkan ngan keyboard pc. Best ke ada dua keyboard kalo yang sedia ada tak berfungsi, sampai kene guna back up untuk buat keje? Mesti tak selesa kan? Kita banyak baju, tapi sehelai terarik kat tangan, sehelai koyak kat lengan, sehelai lagi kat kain terkoyak pasal tersemangat iron. Best ke? Kite dah siapkan satu assignment, tibe-tibe lecturer suh kita buat balik sebab yang kita buat tu kurang berkualiti. Tak best kan?


Kita luaskan lagi skop dengan dunia realiti sekarang. Kita ada ramai gf or bf dalam satu masa, tapi sume ada kerenah masing-masing. *Erk, ade ke orang camnie eh??*  Kan lagi aman kalau ada seorang SUAMI atau ISTERI, dijamin halal dan kurniaan terbesar kasih sayang-Nya. Tibe-tibe cakap pasal kawen, apekah? Baru je start masuk blaja... Hahaha Takde niat ape-ape, just sekadar berfikir dengan apa yang boleh dikaitkan.


Tapi yang paling penting, cukuplah Allah YANG SATU dalam hati ini, sebelum mampu kumencintai yang lain selagi aku belum sempurna di mata-Nya... Semoga Allah menjaga kita semua dengan limpahan kasih sayang-Nya. Kejarlah cinta Illahi dulu, cukupkan dalam diri, sebab itu urusan kita. Tapi bicara soal jodoh, itu urusan Illahi, kerana DIA mengurniakan seorang pelengkap hidup kita, dengan bagaimanakah kita sekarang...


Thanks for reading this, readers! ^__^
Wassalam...





Tuesday, November 8, 2011

Penulisan

Assalamualaikum wbt... 

Kembali mencoret sedikit sebelum berangkat pulang ke KUIS. Alahai, ayat cam nak balik dari Mekkah je. Best nye kalau betul-betul dapat balik dari sana kan... Mungkin belum masanya lagi... 

Semalam, mase satu family pegi jalan-jalan kat Shah Alam, adik ketiga saya tanya, "Kak, kamu kan penah masuk pertandingan menulis yang masuk paper mase sekolah dulu kan?" Saya tersenyum, "Aah, kenape? Jeles lah tue..." Amir tanya saya, "Kamu tulis tentang ape ye dulu?" Saya pun jawab, "Pasal bahan bacaan.Lebih kurang pasal membaca lah... kamu tak minat ke menulis-nulis nie ,Mer?" "Bukan tak minat, kadang tak tau nak buat ayat bombastik." Saya senyum lagi, "Menulis tue ape yang kita fikirkan, apa yang kita perhatikan sekeliling kita. Sebnelum nak buat penulisan yang best, kita kene banyak membaca. Membaca banyak isu. Tau banyak fakta. Dalam masa yang sama, kalau kita pernah baca tentang satu fakta tue, bila kita buat esei yang ala-ala bahan yang kita pernah baca, kan senang sikit idea nak keluar. Lagipun, ayat bombastik senang nak keluar bila kita banyak membaca."

Panjang pulak lah syarahan saya kat dia. Hahaha Naseblah... Dah saya memang suke bercerita kan...

Kesimpulannya, menulis perlukan pembacaan dan membaca menghasilkan penulisan. Waaaa cam sedap pulak ayat ni. Jangan tiru tau! ^__~



Monday, November 7, 2011

School of Life

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

First of all, Salam Hari Raya Qurban buat semua penganut agama Islam. Semoga 'ibarh daripada cerita yang dirakamkan Allah dalam kalam-Nya mampu kita serapkan ke dalam hati yang paling dalam... Insya Allah...

Sekarang, dah masuk fasa baru. Dah memulakan langkah ke alam seterusnya bidang pengajian. Kat tempat yang sama. Suasana yang berbeza. Rasanya, agak tertekan sikit suasana baru. Peraturan terasa macam menyerabutkan. Orientasi tak menyuntik semangat. Aku kah yang ego atau memang khilaf dari mereka? Menjadi salah seorang daripada barisan 'ex-senior' bukanlah satu tiket nak berlagak. Tapi bila bagi pandangan, kami bercakap dengan yang atasan dengan cara terhormat, tapi kami pulak dimaki. Walhal kami tak pernah buat masalah disiplin datang lewat ke, attire tak ikut ke... Tetap kami gak kene. Huhu Tahan je lah. Nak-nak pulak, ada lagi balance 3 hari explorace bagai untuk minggu orientasi... Alahai... Sungguh tak suke! 

Ok, malas nak panjang cerita yang memang tak berapa nak suka.

Masuk new phase nie, terasa kurang bersemangat. Sebab ape ye? Bukan pasal tengok list subjek. Bile tengok list subjek, saya rasa cepatlah mula kelas! Baru rasa kaw-kaw betul amek syariah law, bile tengok every sem amek 2 paper law! Harus lebih gigih dan berusaha berganda-ganda dari diploma. Mohon kawan-kawan doakan saya semoga dilapangkan dada dari apa yang tak sepatutnya bersarang.

Saya sangat minat dalam bidang penulisan. Bagi saya, bidang penulisan tempat kita mengolah apa yang kita baca, apa yang bersarang dalam kotak fikiran kita. Lebih suka pada penulisan ilmiah daripada cerita. Tapi dulu lagi suka tulis cerita dari bahan ilmiah. Hihihi Korang penah tak tengok kat syarat-syarat pertandingan menulis,  mesti akan dia highlight kan mendalah nie, *DILARANG SAMA SEKALI MENYENTUH HAL SENSITIVITI SEPERTI BANGSA, AGAMA DAN KAUM.* Kadang-kadang masa nak start menulis pun saya dok pk 5, 6 kali. Sejauh manakah tafsiran sensitiviti kat sini? 

Saya sendiri pernah baca, orang Melayu nie paling pantang diusik dengan maruah bangsanya, dia mudah naik angin. Betul! itu realitinya. Dan kadang-kadang saya sendiri bila telah membuat satu tulisan, saya akan baca berulang-ulang kali. Ada tak tulisan saya nie menyentuh apa-apa sensitiviti? Dan adakah bila saya menulis mengenai sesuatu sensitiviti, adakah saya akan dipenjarakan, sebab setahu saya, perkara tu tidak bercanggah dengan peruntukan bawah Perkara 5, Perlembagaan Persekutuan. Mintak betulkan kalau saya silap.

Kadang nak tulis pasal politik, saya secara jujurnya memang pantang dengan politik sekarang. Saya memang tak suka lah sikap politik ORANG MELAYU. Kita tak sedar, kita sekarang berparti atas dasar politik Melayu, bukan politik Islam. Saya jugak ada parti pilihan saya tapi tak perlulah sampai satu tahap nak kene berlaga, saling bermakian, saling rasa KAU yang sentiasa betul. Kalau BN tuduh PAS merapu-rapu, then PAS pun balas bende yang merepek-repek, tak ke kita nie same je semuanya?? Kau macam dia, dia macam kau. Ingat, realitinya sekarang, bila kita ikut mana-mana parti sekarang, kita sorang buat silap, satu parti kene bahan. So? Fikir-fikirlah wahai part Melayu... Bila nak jadi PARTI ISLAM? Nama tak payah parti Islam pun takpe bagi saya yang penting MISI nya Islam...

Teringat masa orientasi, engok slide show dari Ustaz Safuan. Beza zaman sahabiyyah dan zaman kita sekarang. Zaman pemerintahan Salahuddin al-Ayyubi, tak ada sorang pun yang berpecah. Zaman sekarang? Engkau, engkau... Aku, aku.... Anak kecik dok besepah dalam longkang. Mak ayah hilang kewarasan bunuh zuriat sendiri akibat emo. Hurm... Teringin nak rasa dunia yang aman damai... Tanpa pergaduhan, tanpa perpecahan, tanpa kata-kata nista dan dusta.... Bilakah masa sekarang akan mampu jadi seperti zaman kegemilangan para sahabat dan para ulama'?

Muhasabah diri seketika. Kitalah yang perlu berubah kalau nak zaman akan datang berubah.


Esok dah balik KUIS, pasnie tak tau bile nak update lagi. Mohon doa semua. Wassalam..