Friday, December 17, 2010

My Dream is What I Must Get!!!

Salam....

Hari nie, perasaan bercampur-baur...
  • SERONOK, bila thesis dah berjaya disiapkan, alhamdulillah
  • RISAU bile Ustazah Huda bagitau, markah akan dibagi terus sebab bila saya dah ready hantar dari awal sampai habis, maknanya dah bersedia untuk diberi markah. Mudah-mudahan dapat A+... Amiin...
  • TERKEJUT bila roomate bagitau yang dia nak balik umah rini... Sebab 2 lagi pegi Gunung Nuang, so tinggal saya sensorang kat bilik. Tak jadi masalah pun, insya-Allah. Bekalan makanan untuk Sabtu & Ahad pun dah siap dah. Masak je kat bilik, tak yah turun-turun beli makanan segala.
  • Yang paling penting, SEDIH bila tadi dapat tau yang student syariah law isn't welcome to further study at Jordan. Time tue lemah sangat segala lutut tau.... Sedih sangat tak dapat nak dibayangkan..... Semua nie disebabkan pelajaran yang diambil oleh student law adalah berbeza dengan syariah's tudent walaupun student syariah law ada belajar syariah.....

Give up pon ade jugak. Rasa macam dah mati sebelum masanya.... Tapi, saya akan cuba sedaya upaya untuk mohon dan sambung belajar ke sana. Rupa-rupanya, ramai lecturer yang suggestkan untuk belajar ke Universiti of Yarmouk, Jordan. Tadi saya surf internet untuk carik senarai universiti yang menawarkan pengkhususan fiqh di dunia. Ada 5 je universiti di dunia nie yang diiktiraf Malaysia yang tawarkan bidang fiqh... Allah....

  1. JORDAN : UNIVERSITY AL-ALBAYT: Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Undang-Undang (Fiqh & Usul dan Usuluddin)
  2. JORDAN : YARMOUK UNIVERSITY: Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Pengajian Islam (Fiqh & Usul, Quran & Sunnah, Aqidah & Dakwah)
  3. MALAYSIA : UIAM: Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Kepujian) (Fikah dan Usul Fikah)
  4. MALAYSIA : UM: Ijazah Sarjana Muda Syariah (Fiqh dan Usul) dengan Kepujian
  5. MALAYSIA : USIM: Ijazah Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian

Cakap pasal Universiti Yarmouk, teringat saya masa disoal oleh orang2 MQA yang datang tanya macam-macam untuk menilai semula taraf MQA di KUIS sama ada menepati ciri-ciri yang dikehendaki atau tidak. Time tue saya sem 4 lah rasenye... Dan saya teringat, untuk final question, panel MQA tue tanye setiap orang (lebih kurang 8 orang student Syariah Law untuk first session of MQA), ke universiti manakah yang masing-masing pilih untuk melanjutkan pelajaran. Geram dengan sorang budak nie (bagi saya macam kaki ampu) dok puji2 UKM, banding2kan UKM dengan KUIS, sebab 1 panel tu dari UKM. Geram je. Dah ampu-ampu, pastu bila ditanya nak sambung mana, budak tu pun jawab ke UKM. Hah elok sangatlah tu! Pastu sampai turn saya, saya dengan yakin jawab nak sambung belajar di Universiti Yarmouk di Jordan dalam bidang fiqh. YARMOUK??? Panel2 tue terkejut. Mungkin terkejut sebab yang lain nak belajar kat dalam negara je kot tibe2 saya je gtau nak ke YARMOUK. Dia siap cakap lagi, jalan ke Yarmouk tu bahaya. Saya dalam hati persoalkan, ape masalah bahaya ke tak? Kalau sampai ajal, tak payah tunggu kat Yarmouk, kejap lagi pun boleh.

Memang saya akui, saya kadang-kadang saya keras hati dan selalunya, apa yang saya nak, saya mesti dapat. Itu prinsip hidup saya yang kadang-kadang membuatkan saya tak peduli tentang orang lain. Prinsip itu jugak yang membuatkan saya kental semangat untuk terus belajar untuk mencapai kejayaan. Saya ingat lagi, semalam, Ustaz Muhidin buat test sape leh ingat sume benda yang dia tulis di white board, tulis dalam satu kertas dalam masa 10 minit. Habis masa, ustaz suruh berdiri sapa yang tak siap. Saya tak toleh tepi, lantaklah orang nak bangun ke tak, saya bangun. Last-last, satu kelas bangun sebab tak berjaya siapkan. Hahaha. Lepastu, kenalah berdiri dlm 5minit kot untuk sebab denda takde sape yang siap. Pastu ustaz de tanya soalan, dan saya tersalah jawab pulak. Ustaz kate tambah denda 5 minit pada saya. Ok, tak kisah. Dah memang saya yang salah. Then, Ustaz suruh smua duduk tapi saya tak duduk. Ustaz kata xpe ke nie tambah lagi 5 minit? Saya jawab xpe, sebab memang salah saya. pastu ustaz tanye lagi, tak malu ke dengan kawan2 len? Saya cakap tak smbil geleng kepala. Bagi saya, buat apa saya nak malu dengan mereka kalau memang saya yang salah dan tak faham soalan? Then, ustaz bagi duduk.

Huhu, bila saya pk2 balik, saya memang keras hati jugak kadang-kadang untuk dapat apa yang saya nak. And frankly speaking jugak, saya rasa kurang berminat untuk sambung belajar di Malaysia sebab ntahlah.... Erm...adalah sebab-sebab tertentu yang wat saya tak minat dengan IPTA. Apa-apa pun, masih berharap untuk dapat sambung pelajaran di Universiti Yarmouk... (tak moh lah Mu'tah dah...Huhuhu)
Mohon doa semua ye...
Wassalam....

No comments:

Post a Comment