Sekadar singgah sebentar mencoretkan isi hati... ^_^
Alhamdulillah, selepas attend sesi diskusi cinta yang dikelola oleh Encik Razali bin Ma'arof, rasa hati semakin tenang, tak segusar dulu... Maklumlah, sebagai hamba yang biasa, kadang-kadang terfikir, bile nak sampai jodoh ek? Hihihi... Inilah kenyataan.... Mane tak nye, kengkawan ramai dah yang 'berpunye' tapi pelik bile ditanya bile nak kawen, jawab tak tau pulak...
Erm...macam-macam mehnah dunia....
Alhamdulillah jugak, kawan2 bilik saya bukan lah jenis ber'boypren2' sekaligus membantu menguatkan semangat saya untuk nyah cinta b4 kawen....
Sekarang apa yang saya rasa, saya mampu untuk lagi tenang bile saya teringatkan kata-kata azimat dari Encik Razali tue,
"Kamu jangan risau. Allah dah tentukan jodoh yang terbaik untuk kamu. Jadi sekarang nie, sementara kamu belum ada komitmen nie, kamu tumpu pada belajar bersungguh-sungguh, bantu keluarga, sumbangkan sesuatu untuk negara selari dengan Islam."
"Sebenarnya tau tak, ramai remaja remaji zaman sekarang nie diorang cakap je percaya pada Allah. Yakin jodoh tu Allah dan tetapkan. Habis kalau bercouple tu, itu ke cara yang paling bagus nak tunjukkan kamu yakin dengan janji Allah mengenai jodoh yang baik untuk kamu?"
Ucapan dia yang sangat bersemangat buat hati saya sangat terpujuk dan tenang. Betul, senang nak cakap yakin dengan Allah tapi nak buktikan susah kan? Saya sendiri akui sebab biasalah, sebagai manusia saya pu n tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Apa yang saya pegang setakat ni, kalau saya ada tersuka sesiapa pun, biarlah tak perlu diketahui name ny (cewahhh) Huhu... Yelah macam cerita Fatimah dan Saidina Ali RA... Sweet sangat cerita cinta mereka. Meh saya kongsi siket.
Waktu malam pertama selepas mereka diijabkabulkan, sedang mereka duduk-duduk bersama bersembang-sembang, Fatimah pun menyuarakan sesuatu yang tidak diketahui oleh suaminya, Saidina Ali RA... Fatimah memberitahu kepada suaminya, "Wahai Ali, sebelum kita bernikah, aku sangat menyukai seorang pemuda dan aku kagum dengan peribadinya."
Lalu Saidina Ali bertanya, "siapakah pemuda tersebut wahai Fatimah?"
Dan Fatimah pun menjawab, "Pemuda itu adalah engkau wahai Ali. Sesungguhnya Allah telah mendengar suara hatiku bahawa sesungguhnya aku sangat menyukai kamu."
Saidina Ali mengucapkan 'Allahu Akbar' sambil tersenyum memandang isteri tercinta...
See? Sesungguhnya Allah tahu segala-galanya mengenai hamba-Nya. Orang yang kita suka tue, kita tak pasti lagi sama ada dia yang terbaik atau tidak tapi Allah Maha Mengetahui. Kalau kita memang ditakdirkan untuk dijodohkan dengan orang yang kita suka tue, insya Allah dialah orang yang terbaik yang Allah pilihkan untuk kita. Jika berlaku musibah dlam tempoh perkahwinan tersebut, yakinlah Allah sedang menguji kita untuk menghadiahkan seseorang yang lebih baik kepada kita suatu hari nanti. Bila? Hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Yakinlah dengan janji-Nya... =)
No comments:
Post a Comment