Tuesday, December 7, 2010

Konsep Ta'zir dan Pelaksanaannya di Mahkamah Syariah

Assalamualaikum... 
Sekadar nak share ape yang saya belajar dalam kelas tadi merangkap nota belajar saya lah kirenye ni... Boleh kate postage kali nie berilmiah lah daripada postage biase... Insya-Allah...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
JENAYAH
Jenayah atau jarimah merupakan perkara yang sama, yang mana maksudnya dari segi bahasa ialah perbuatan yang dicela atau perbhuatan yang mendatangkan dosa. Manakala maksudnya dari segi perundangan ialah melakukan perbuatan yang ditegah atau meninggalkan perkara yang diperintahkan untuk dilakukan oleh syara' dengan disertakan amaran dengan dikenakan hukuman hudud, qisas atau ta'zir.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
KESALAHAN JENAYAH MENURUT ISLAM
Kesalahan jenayah menurut Islam terbahagi kepada 3 iaitu hudud, qisas atau diat dan ta'zir.
Kita akan bincangkan satu persatu...

1) HUDUD

Maksud
  • bahasa: memberi pencegahan
  • perundangan: keseksaan yang bentuknya telah ditetapkan
Jenis Kesalahan
  • zina "Penzina perempuan dan penzina lelaki hendaklah dipukul kedua-duanya sebanyak seratus sebatan"(an-Nur ayat 2)
  • merompak
  • mencuri "Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri makahukumannya ialah potong tangan."
  • qazaf (menuduh orang berzina) "Dan orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya,kemudian mereka tidak membawakan 4 orang saksi,maka sebatlah mereka 80 kali sebat dan janganlah karnu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka adalah orang yang fasiq"(an-Nur ayat 4)
  • minum minuman memabukkan "Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."(al-Maidah ayat 90)
  • menentang pemerintah yang adil (bughoh)
  • murtad  "Dan sesiapa yang murtad di kalangan kamu dari agamanya, lalu ia mati dalam kekufuran itu, maka terhapuslah segala pahala mereka di dunia dan di akhirat, dan mereka itu adalah oara penghuni neraka secara kekal di dalamnya." (al-Baqarah ayat 217)
Hukuman

ZINA
  1. Muhsan (sudah berkahwin) : direjam sampai mati
  2. Ghayr muhsan (belum berkahwin) : disebat sebanyak 100 kali dan dibuang daerah sejauh 2 marhalah (bagi wanita haruslah ditemani kaum keluarganya)
MEROMPAK
  1. Bunuh
  2. Bunuh dan salib
  3. Potong tangan dan kaki secara berselang-seli sekali gus
  4. Buang daerah
MENCURI
  1. Memulangkan barang yang dicuri kepada tuannya.
  2. Dipotong tangannya:
  • Kali pertama dikenakan had potong tangan kanan hingga pergelangan tangan
  • Kali kedua dipotong kaki kiri hingga buku Iali
  • Kali ke tiga dipotong tangan kiri hingga pergelangan tangan
  • Kali keempat dipotong kaki kanan hingga buku Iali
  • Kali kelima dan seterusnya dikenakan ta’zir atau dipenjarakan hingga bertaubat

QAZAF
  1. 80 sebatan
  2. Tidak diterima penyaksiannya sehingga bila-bila
  3. Dikategorikan sebagai orang fasiq
MINUM MINUMAN YANG MEMABUKKAN 
  1. Sebatan 40 kali sebagai hukum hudud
  2. Sebatan 80 kali sebagai ta'zir iaitu bagi kemaslahatan umum, (80 sebatan = 40 hudud + 40 ta'zir)
MENENTANG PEMERINTAH YANG ADIL 
  1. Berunding dengan bertanyakan sebab mereka memberontak.
  2. Jika gagal, boleh diperangi dan dibunuh.
MURTAD
  1. Ditahan di dalam penjara dan diberi peluang untuk bertaubat
  2. Jika masih tidak bertaubat, bolehlah dibunuh
    Tujuan
    • menolak kefasidan
    • menjaga hak Allah

    2) QISAS

    " Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak kisas) nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim." (al-Maidah:45)

    Maksud
    • bahasa: beri kesamaan
    • perundangan: keseksaan yang bentuknya telah ditentukan oleh syara' dan dilaksanakan bagi menjaga kepentingan individu.
    Jenis Kesalahan

    - jenayah mencederakan tubuh badan
    - jenayah terhadap kandungan
    - jenayah bunuh (terbahagi kepada 3):
    • dengan sengaja
    • menyerupai pembunuhan sengaja
    • pembunuhan tidak sengaja (didenda kaffarah dan hukuman)
    Hukuman
    • setimpal dengan perbuatan yang telah dilakukan kepada mangsa
    • kalau dapat kemaafan, gugurlah qisas dan keluarga si mati berhak mendapatkan diyat (bayaran ganti rugi darah)

    3) TA’ZIR

    "Bagaimanakah nanti engkau akan memutuskan hukum apabila dibawa kepada engkau sesuatu permasalahan? Muaz menjawab:’ Saya akan memutuskan hokum berdasarkan Kitab Allah S.W.T.’ Nabi bertanya lagi,’ Sekiranya kamu tidak mendapati didalam Kitab Allah?’ Jawab Muaz.’ Saya akan memutuskan berdasarkan Sunnah.’ Tanya Nabi lagi,’ Sekiranya engkau tidak menemui didalam Sunnah?’ Muaz menjawab,’ Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan perkara tersebut. Nabi pun menepuk dada sambil bersabda,’ Segala puji bagi Allah yang telah member taufiq kepada utusan Rasulullah S.A.W. ke arah sesuatu yang diredhainya."

    "Apabila seseorang hakim menjatuhkan hukuman lalu ia berijtihad dan didapati apa yang ia ijtihadkan itu benar, maka ia mendapatkan 2 pahala, sekiranya pula ia menjatuhkan hukuman dan berijtihad serta salah maka ia mendapat satu pahala sahaja."

    Maksud
    • bahasa: penolakan dan pencegahan
    • perundangan: hukuman yang tidak ditetapkan kadarnya oleh syara' , mengenai hak Allah atau hak manusia yang tidak dihukum melalui hadd atau qisas.
    Jenis Kesalahan
    • ta'zir perkara maksiat
    • ta'zir bagi menjaga kemaslahatan umum
    • ta'zir bagi kesalahan-kesalahan kecil
    Hukuman
    • boleh melebihi dari hukuman hadd (hudud)
    -------------------------------------------------------------------------------------------------------
    PENGAPLIKASIAN TA'ZIR DALAM ENAKMEN NEGERI

    1) Perkara-perkara di bawah bidangkuasa mahkamah syari'ah
    • kesalahan matrimoni
    • kesalahan berhubungan seks
    • kesalahan berhubungan minuman keras
    • kesalahan aspek keimanan
    • kesalahan menukar agama
    • kesalahan lain-lain
    2) Pembahagian Enakmen Jenayah Syariah
    • kesalahan aqidah
    • kesucian Islam dan institusinya
    • kesusilaan
    • pelbagai
    • penyubahatan
    Mengapa enakmen hanya mampu memperuntukkan hukuman TA'ZIR SAHAJA walaupun pada KESALAHAN HUDUD?
    1. Bidangkuasa mahkamah syariah tertakluk kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (Pindaan) 1984 yang memperuntukkan hukuman tertinggi bagi Mahkamah Syariah tidak boleh melebihi RM5000 atau 6 sebatan atau 2 tahun penjara atau mana-mana kombinasi dua dari hukuman tersebut. 
    2. Kesalahan-kesalahan jenayah syariah seperti zina tidak boleh dijatuhkan hukuman ke atas pihak yang bukan beragama Islam.
    3. Apabila wujudnya syubhah dalam sesuatu hukuman hudud yang menyebabkan gugurnya hudud dan diganti dengan ta'zir.
    4. Bertujuan sebagai pengajaran, pemulihan dan pencegahan.
    -------------------------------------------------------------------------------------------------------
    KESIMPULANNYA : Mahkamah Syariah tiada bidangkuasa untuk menjatuhkan hukuman hudud disebabkan halangan-halangan di atas. Kadar denda yang disabitkan juga adalah sangat rendah berbanding dengan mahkamah sivil hierarki terbawah, iaitu Mahkamah Majistret Kelas Pertama yang mana hukumannya DUA KALI GANDA DARIPADA MAHKAMAH SYARIAH iaitu penajara tidak melebihi 5 tahun / denda wang tidak melebihi RM10,000 / 12 kali sebatan / kombinasi dua daripada hukuman tersebut.

    No comments:

    Post a Comment