Friday, December 24, 2010

Cara Nak Urus Jenazah Wanita

Ok, entry nie adalah sambungan entry yang sebelumnya. 
Baru saya tau tadi, untuk JENAZAH PEREMPUAN, kain kapan ada 5 helai, JENAZAH LELAKI 3 kain kapan. Saya jugak baru tau, yang jenazah perempuan nie, 2 helai diperuntukkan untuk KAIN KAPAN @ PEMBUNGKUS MAYAT KITA (kena 2 untuk elakkan aurat mayat perempuan nie terbuka), 1 helai untuk buat BAJU MAYAT, 1 helai untuk TUDUNG MAYAT, 1 helai lagi untuk KAIN MAYAT. Kirenya, untuk jenazah wanita nie kena buatkan baju sebelum dibungkus dalam kain kapan... Allahu akbar...


Kalau nak terangkan method untuk balut jenazah perempuan, boleh je. Cume saya takut tak berapa jelaslah kalau diterangkan kat sini. Tapi, saya akan cuba terangkan ye..

  1. Mula-mula ukur mayat. Amek ukuran mayat start daripada ujung kepala mayat sampai ujung jari kaki mayat. Lebihkan 1 meter dari kepala dan 1 meter dari kaki mayat untuk jenazah dewasa, dan 1/2 meter kepala & setengah meter kaki untuk jenazah kanak-kanak.
  2. Then, bentangkan 2 helai kain kapan yang dah diukur tue (yang digunakan untuk balut mayat).
  3. Amek ukuran tepi sekali pada kain kapan tue, then divide dua bahagian, satu untuk kain, satu lagi untuk baju. 
  4. Lepas tu, letakkan kain jenazah (kain kurung untuk jenazah, ni kalau buat daripada kain kapan lah).
  5. Then, letak untuk baju pulak. Baju tu, potong bahagian lehernya. (alah, macam buat leher kat baju kurung tue..)
  6. Kemudian, pakaikan tudung pada kepala mayat (tak kisah pakaikan macam mana pun).
  7. Dah siap tu, ikatkan hujung ibu jari kedua-dua kaki mayat supaya tidak terbuka.
  8. Sekarang, nak masuk part bungkus mayat habis nie. Hehe... Dah siap sume2 tue, lipatkan kain kapan mayat tu, dari bahu kiri dy, lipat masuk ke dalam bahu kanan. Buat sehelai demi sehelai. Kemaskan lipatan. Kemudian, ikatkan mayat dengan menggunakan tali daripada lebihan kain kapan di 3 tempat, di lutut, punggung dan bahu... Make sure ikatan tersebut diletak di sebelah kiri sebab mayat akan diiringkan ke sebelah kanan. Tujuannya bagi memudahna ikatan mayat tue ditarik oleh orang yang menanam mayat tersebut daripada sebelah kiri.

* Tak salah kalau kita pakaikan mayat dengan pakaian berjahit, misalnya kita pakaikan dia dengan jubah n tudung dia semasa hayat or telekung yang berjahit. Tak de sebarang hadis pon kate dosa...

That's all... Wassalam...

No comments:

Post a Comment