Monday, December 6, 2010

Gambar Pengantin Yang Mengikut Syara'

Assalamualaikum...

Dalam post saya yang sebelum nie yang bertajuk 'Risalah Dari Pengantin', saya dah janji untuk post gambar2 perkahwinan sorang akak masjid, student KUIS nie jugak untuk panduan kepada diri saya dan yang lain... Ni dia gambar-gambarnya...

Selalu buat saya terfikir.... Macam manakah bakal suami saya? Saya tak kisah dengan parasnya... Yang ingin saya tahu ialah tahap agamanya.... Mampukah dia membimbing saya?

Allah...bantulah aku dalam hal ini.... Acapkali ku berfikir mengenainya namun kupujuk hati ini.... Seringku ingatkan  pada diri ini bahawa sikapku merupakan cerminan bagi sikap'nya'. Walau tidak ku tahu siapakah 'dia'? Walau pernah hati ini beberapa kali mengharap dia menjadi 'dia' yang kunanti selama ini...

Duhai hati, bermujahadahlah dalam melawan pesona jiwa. Tumpukanlah tenaga untuk mencapai kegemilangan dalam membangkitkan Islam gemilang....

Bersabarlah hati....
Jika benar dialah lelaki yang dinanti, insya Allah akan tiba jua di suatu hari...
Tapi jika dia bukan tercipta buat diri ini, ingatlah janji Illahi...
Si dia akan diganti oleh Illahi dengan seseorang yang lebih siap untuk membimbing dan memiliki...
Rusuk kirinya yang selama ini dicari....
Insya-Allah...

No comments:

Post a Comment