Pesanan Luqman hakim kepada anaknya, “Pilihlah kamu masjid yang ada menyebut nama Allah. Jika kamu seorang yang alim, maka mereka akan menambah ilmu kepadamu. Jika kamu seorang yang jahil, maka mereka akan mengajarkan kepadamu. Jika Allah menurunkan rahmat kepada mereka, maka kamu juga akan turut mendapat rahmat tersebut.”
Alhamdulillah, hari ni dapat mulakan hari dalam penghulu segala hari dengan mengingati mati. Cuba untuk memperdalami ilmu mengurus jenazah... Masa kita akan tiba bila-bila masa sahaja... Dalam quran juga dah sebut, dunai hanyalah sebagai tempay persinggahan manakala akhiratlah sebaik-baik tempat pulangnya kita... Ok lah, hari ni nak share cara-cara pengurusan jenazah base on ilmu yang dapat saya kumpul daripada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari tadi... Sama-sama kita amalkan, insya-Allah... =)
Sebelum uruskan jenazah, kita kenal dulu tanda-tanda sebelum dan selepas seseorang itu mati. Terdapat beberapa tandayang jelas boleh dilihat bagi mengesahkan orang tersebut akan meninggal dan juga sudah meninggal seperti:
- Hidung dan telinganya jatuh : tandanya orang tersebut sedang sakit tetapi belum nazak.
- Keluar peluh yang berlebihan, berwarna kekuningan dan saiznya agak besar, eloklah ditalkinkan dengan perkataan "Lailahaillallah" sebagaimana yang telah diajar oleh Rasulullah SAW. Ini kerana lidah orang yang hampir meninggal dunia kelu dan susah untuk menyebut sesuatu yang panjang2.
- Selang beberapa minit, jika dia sudah tidak mengikut sebutan yang diajar, maka ajarkan kembali perkataan "Lailahaillallah" sebagaimana pesan Saidina Umar, "Hadirlah kamu di sisi orang yang hampir mati dan ajarkanlah kalimah "Lailahaillallah", kerana orang yang hampir mati itu melihat apa yang tidak kamu lihat."
Para fuqaha' berkata, malaikat akan datang dan menebarkan sayap kanannya (untuk menunjukkan bayangan-bayangan syurga) atau sayap kirinya (menunjukkan bayangan-bayangan neraka).
Sabda Rasulullah : "Siapa yang mengakhiri kalamnya di dunia ini dengan kalimah Allah, maka Allah janjikan syurga kepadanya."
- Tanda-tanda kekejangan : orang yang sakit yang telah nazak (roh sedang bergerak meninggalkan jasad.)
- Hujung jari kaki dan tangan berwarna biru : tanda-tanda orang tersebut telah sejam meninggal dunia.
- Punggung dan pinggangnya sama rata / rapat dengan lantai : tanda dia sudah 3 atau 4 jam meninggal.
- Keluar hingus, bergenangan air mata, peluh: insya-Allah mendapat rahmat Illahi.
Terdapat beberapa perkara sunat yang perlu dibuat kepada orang mati:
- Pejamkan mata si mati dan bacakan doa kepadanya.
- Jika si mati memakai baju, hendaklah dibuka pakaiannya tanpa mendedahkan auratnya. Badannya hendaklah ditutup dengan kain yang bersih.
- Tanggalkan segala aksesori yang palsu daripada badannya (rambut palsu, gigi palsu).
- Lembutkan segala sendi-sendi orang yang meninggal dengan menggunakan minyak-minyak yang bersesuaian. Jika mayat sukar melenturkan sendinya, petua orang tua-tua, rendam segenggam air beras, urutkan sendi si mati dengan menggunakan air tersebut sambil memanggil nama si mati.
- Qiamkan tangannya (kedudukan tangan seperti sedang dalam solat), ikat dan rapatkan kedua hujung jari kakinya supaya tidak terbuka dan juga di bahagian lutut. Ikat dagu dan simpulkan atas kepala mayat supaya mulutnya tidak terbuka.
- Letakkan mayat di tempat yang sederhana tinggi dengan melunjurkan kaki ke arah qiblat.
- Letakkan sesuatu yang sederhana berat yang sesuai di atas perut si mati supaya tidak kembung. Ini kerana rongga2 si mati sudah tidak berfungsi dan mudah dimasuki angin.
- Sunat bakar wangi-wangian seperti setanggi atau gaharu.
Lazimnya, di dalam majlis kematian, mesti akan ada sesi mencuim jenazah dan menangis. Adat melayu MELARANG KERAS sesiapa yang mencium mayat dengan menitiskan air mata kerana Rasulullah SAW sendiri pernah menangis di atas wajah sahabatnya, Uthman bin Mas'ud. Mengalirkan air mata di atas mayat TIDAK MENGAKIBATKAN KESAKITAN KEPADA MAYAT. Ini jelas sekali bertentangan dengan ADAT MELAYU yang melarang keras kita mengalirkan air mata dan air mata tersebut ke atas mayat. Tambahan pula, air mata tidak tergolong dengan sesuatu yang najis. Mencium mayat yang bukan mahram juga tidak akan mendatangkan dosa ke atas mana-mana pihak. Menangis itu boleh, cuma tidak boleh meratap, selari dengan sabda Rasulullah SAW:
"Mayat akan terseksa di kubur dengan ratapan warisnya yang masih hidup."
Kematian seseorang tersebut perlu dilaporkan kepada pihak berkenaan, misalnya jika si mati meninggal dunia di rumah, maka kematiannya perlu dilaporkan kepada balai polis yang berhampiran. Tetapi, jika mayat meninggal dunia di hospital, tidak perlu dibuat sebarang laporan kepada mana-mana pihak. Tujuan laporan dibuat adalah untuk mendapatkan PERMIT MENANAM MAYAT. Selepas dapat pengesahan polis, hendaklah diuruskan secepat mungkin sebagaimana sabda rasulullah SAW:
"Hendaklah kamu segera menguruskan jenazah, janganlah kamu melengah-lengahkannya. Jika orang yang kamu uruskan tersebut orang yang soleh atau solehah, segerakanlah jenazah tersebut untuk mendapatkan ganjarannya. Jika orang yang kamu uruskan adalah orang yang banyak melakukan maksiat, maka dosa-dosanya akan membelenggu si mati."
"Janganlah kamu kebumikan mayat di waktu malam kecuali terpaksa."
Disebabkan tanda-tanda nak hujan semakin ketara, saya nak stop dulu sampai sini. Insya-Allah next entry saya akan tulis pengaplikasian dalam mengurus jenazah perempuan terutamanya. Apa-apa pun, bersyukur kepada Allah keran beri kesempatan pada saya post entry nie... Alhamdulillah & wassalam... See u on next entry ok~~
Assalammualaikum ct...best2 entry ct ni...
ReplyDeleteya Allah...semoga kita mendapat kematian husnul khatimah kan ct...
sia teringin ikut kursus jenazah ni..entah bila dapat kan.. T_T..mau blajar ba...senang urus jenazah keluarga sndiri kan....
Alhamdulillah entry ct sedikit sebanyak membantu sia....syukran ct...
huhu nda da pa pun yati~~
ReplyDeleteckit2 jak yg ct ada utk kongsi~~