Salam...
Sepanjang saya attend kenduri kawen (event xlah bape banyak sangat...hehehe) saya tak pernah lagi datang kenduri kawen yang erm...agak Islamic... Maaf, bukan nak kondem mana-mana pihak tapi sebagai renungan untuk diri saya. Hari tue ada kenduri sorang kakak ALAM, member of Masjid KUIS tapi xdapt attend sebab nyetime tu dah start cuti mid-sem... Sedih jugak sebab nak tengok wedding akak tu.... Sebab akak tu orang berpurdah. So, mestilah rase teruja nak tengok kan?
Saya tengok gambar-gambar kawen akak and dengar cerita roomate say pon dah rase best nye, sebab dia punye kenduri pon sangat menjaga batas pergaulan. Means, tempat makan diasingkan antara lelaki perempuan. Ikhtilat confirm xde, dia nak tengok lelaki nikah pon tengok ikut slide je...(sebab ayah akak tu kerja Duta). Insya Allah saya akan upload beberapa gambar kawen akak tue nanti lepas saya dapat transfer dari kawan bilik saya (sebagai renungan kita semua).
Saya sebenarnya terdetik sedih dalam hati saya.... Bila saya attend majlis nikah kawan baik saya... Sedih bila tak seperti yang saya jangkakakan...
Bagi saya, saya nakkan sebuah majlis perkahwinan yang diatur menurut syari'at Islam. Mesti akan ada dari orang yang baca nie, akan tahu siapakah orang yang saya maksud kan dan mesti mungkin ada sesetengah kondem ape yang saya nak cakap tapi saya tak kisah. Masing-masing ada pendirian masing-masing. Dan saya tetap dengan pendirian saya. Apa pendirian saya? Saya takkan berganjak tinggalkan apa yang dilarang Allah dan akan cuba untuk menambah sebanyak mungkin amalan yang disuruh-Nya, insya Allah saya akan cuba....
Untuk majlis perkahwinan saya (walaupun masih belum ada calon dan tak tahu bila jodoh saya sampai) saya insya Allah tak nak dipengaruhi unsur2 yang tak sepatutnya, misalnya ikhtilat yang terlampau, saya nak lagu2 yang didendangkan biarlah lagu yang berunsur nasyid2 atau pun zikir-zikir, bukan kugiran atau sebagainya. Saya tak biasa make-up2 sebab bagi saya, hilanglah keaslian seseorang kalau dia ber'make-up'. Kalau setakat celak insya Allah boleh lah tahan kot (doakan saya untuk dapat seorang suami yang soleh yang bakal suami saya nie pun sangat menjaga bab2 'make-up' di khalayak ramai). Saya tak nak pakai baju pengantin yang ketat walaupun orang sponsor. Saya nak majlis tunang, nikah dan sanding, saya hanya memakai jubah. Tak nak baju ketat-ketat sebab hari persandingan, semua tetamu akan tengok saya dan bakal suami saya. Saya tak nak tetamu saya dapat dosa dengan melihat sesuatu kecantikan yang sepatutnya menjadi hak eksklusif bakal suami saya....
Semua orang nak cari keberkatan dalam majlis perkahwinan tapi sikit yang buat... Macam mana nak dapat? Hurm.... Dan kalau ada rezeki lebih, insya-Allah saya bercadang nak buat risalah untuk diedar kepada para tetamu yang hadir....(doakan rezeki saya murah masa tu, amiin).
Cakap pasal risalah nie, saya dapat idea bila tengok risalah pengantin seorang sahabat, kakak kepada Kak Sumayyah, diorang buat risalah pengantin dan edarkan pada para tetamu... Saya tanya pada kawan saya, Kak Sumayyah nie dari golongan berada ke? Kawan-kawan saya kata dia biasa je... Saya dah pernah attend kenduri kawen kawan yang agak berada, kawan yang biasa-biasa. Orang yang agak berada pun tak buat macam kakak pada Kak Sumayyah nie buat, tapi duit banyak habis pada benda2 yang bagi pendapat saya tak payah buat pun tak de effect ape...
Ok malas nak komen lagi panjang2, saya nak share maklumat yang ada dalam risalah pengantin yang saya baca ni buat tatapan semua insya-Allah... Ada rezeki, saya akan berusaha untuk buat yang lebih baik dari risalah nie insya Allah... Doakan ye...
"Tiga golongan menjadi hak ke atas Allah menolong mereka: Mujahid fi sabillah, hamba yang inginkan merdeka dan orang yang berkahwin kerana ingin menjadi kesucian diri." (Tirmizi, sahih pada Albani)
"Wahai sekalian pemuda, sesiapa di antara kamu telah cukup kemampuan, maka berkahwinlah. Sesungguhnya ia lebih menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. anmun sesiapa yang belum mampu, hendaklah berpuasa, sesungguhnya ia adalah perisai." (Muttafaqun 'Alaih)
"Dan kahwinkanlah orang-orang yang sedirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (An-Nur ayat 32)
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (syurga)." (An-Nur ayat 26)
"Sebaik-baik mahar ialah yang paling ringan" (R. Hakim)
"Sesungguhnya antara keberkatan seorang perempuan, mudahnya urusan pertunangan dan mudah pula urusan perkahwinannya." (R. Ahmad)
"Sebaik-baik perkahwinan ialah yang paling mudah." (Abu Daud)
"Adakanlah walimah, meskipun dengan seeokor kambing." (Muttafaqun 'Alaih)
"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Ahzaab ayat 21)
"Sesungguhnya Telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Ali-Imran ayat 31)
WAJIB MENGHADIRI JEMPUTAN
Jika tiada keuzuran wajiblah kita menghadiri jemputan saudaranya, sebagaimana pesan Rasulullah berpesan:
"Apabila kamu dijemput ke walimah, maka hendaklah dia hadir" (Bukhari dan Muslim)
Bahkan orang yang berpuasa sekalipun wajib hadir.
"Apabila seseorang kamu dijemput ke jamuann wajiblah dia memenuhinya. Sekiranya dia tidak berpuasa, makanlah. Sekiranya dia berpuasa, maka berdoalah." (R. Muslim)
Bahkan Rasulullah mengingatkan:
"Sekeji-keji jamuan ialah jamuan perkahwinan yang hanya menjemput orang kaya, diabaikan orang miskin. Dan sesiapa yang mengabaikan jemputan sesungguhnya dia telah ingkar terhadap Allah dan Rasul-Nya" (R. Bukhari)
Wassalam...
Moga apa yang baik dapat dijadikan panduan masa hadapan insya Allah...
=)
No comments:
Post a Comment