Friday, December 17, 2010

Kahwin ke Tunang Dulu ke Couple?

Salam...

Kalau bace tajuk blog nie, penulisnye cam ala-ala dilema je kan? Hahaha. No way!!! Gimik je tue....
Tadi saya baru terbukak atie nak dengar lagu "Kalau Berpacaran" by Anna Rafali, Sohaimi Mior hassan & Altimet. Saya rasa nak tulis liriknya kat sini jugak sebagi perkongsian umum.

[Sohaimi Mior Hassan]
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibubapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Chorus:
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang
[smartiesmanis.blogspot.com]

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

[Ana Raffali]
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarlah rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasih mu disambar buaya

ulang chorus

[Altimet]
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Aku lah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

ulang chorus 2 kali

So, not bad lagu nie. Untuk sekarang nie tiba-tiba saya nak tulis kejap pasal hati and perasaan.

Kenapa ramai orang couple dulu, kemudian baru decide nak tunang or kawen (nie yang betul2 serius lah). Time couple tu bukan maen janji macam nak rak, nak amek jadi sebagai isteri. Janji tak moh sentuh2 selagi tak kawen. Yang perempuan pulak MAJORITINYA akan terpedaya dengan janji-janji manis lelaki, yang mana KEBANYAKAN pasangan COUPLE nie akhirnya akan terlanjur. nak tau sebab apa? Sebab bila bercouple, kita akan rasa dunia nie macam kita yang punya. Sampai sesetengah kes tu, sanggup lari demi KEKASIH TERCHENTA. Hurm... Dunia3...

Islam sendiri dah bagi guard line yang jelas lagi nyata dalam surah al-Isra' ayat 32 yang bermaksud, "Janganlah kamu hampiri zina." Kenapa Allah warning jangan hampiri zina, bukannya jangan berzina? Saya nak share ape yang ustza saya pernah gtau mase sekolah dulu. Dia kata, Allah tau kelemahan hamba-Nya. Siapa hamba-Nya? Kita lah antaranya.... Allah tahu, manusia akan tumpas dengan nafsu sendiri ditambah pulak dengan pengaruh syaitan. Jom kita imbas balik kisah nabi Adam A.S. dicampak dari syurga....

Kisahnya simple. Allah larang HAMPIRI pokok satu buah ni (tapi tak ingatlah namanye...) Buah nie adalah buah larangan di syurga. Allah dah pesan pada Nabi Adam A.S, baginda boleh makan apa sahaja dalam syurga melainkan buah dari pokok yang dilarang HAMPIRI tu... Tapi, Hawa pada waktu itu, memujuk-mujuk nabi Adam untuk makan buah tu DITAMBAH PULAK dengan syaitan yang mengajak nabi Adam menuruti kehendak Hawa, satu-satu pasangannya. Nabi Adam A.S. telah terpedaya dengan pujukan rayu wanitanya dan juga terperangkap dengan hasutan syaitan. At last, lepas je nabi Adam dan pasangannya makan buah tu, Allah telah murka kepada mereka berdua dan Allah cabut segala pakaian syurga mereka dan mencampakkan kedua-duanya ke dunia. See? Tu kisah NABI... Hamba Allah yang BERTARAF NABI.... No body perfect except Almighty Allah and Muhammad Rasulullah. Kita yang bertaraf hamba, iman yang kejap ok kejap tak, ape cerita? Tak takut ke dengan amaran awal Allah? Renungkanlah....

Islam bukan agama yang larang untuk bercinta macam agama Kristian yang mengharamkan para paderi mereka BERCINTA DAN BERKAHWIN setelah bersetuju menggalas tanggungjawab sebagai FATHER OR SISTER. See? Allah tu Maha Penyayang... Allah dah ciptakan jalan terbaik untuk manusia mencurahkan rasa cinta dan sayang pada pasangannya tanpa halangan dan larangan iaitu melalui cara PERKAHWINAN. Allah jugak dah susun cantik-cantik masa untuk kedua pasangan tu saling berkenalan iaitu masa PERTUNANGAN. Allah Maha Sempurna. Segalanya diaturkan menepati fitrah hambanya yang Dia ciptakan. So, kenapa nak bercouple?

Bukan semua orang perfect. Saya pun macam tu. Bila kita tengah bercouple, tiba-tiba kalau Allah bukak pintu hati kita untuk takut dan malu atas perbuatan kita, ingatlah ALLAH SAYANGKAN KITA. Janganlah kita lari dan tinggalkan hidayah-Nya sebab hidayah Allah adalah hadiah yang paling berharga buat kita. Tinggalkanlah makhluk yang kita kasihi demi PENCIPTA makhluk itu. Keraskanlah hatimua kala dipujuk dengan cinta rayu di luar syara'. Ya Allah, kuatkanlah hatiku untuk melawan segala dugaan-dugaan tersebut.

Kalau saya diberi pilihan untuk memilih seorang lelaki untuk dibuat suami, perkara pertama yang akan saya lihat ialah AGAMANYA. Bukan sekadar ISLAM di atas kad pengenalan tapi saya nak tahu juga kedalaman dia menghayati agama Allah ini... Kalau agamanya tempang, walau sekacak mana pun dia, saya tidak akan terima. Itu adalah prinsip saya. Nampak memilih? Ya, saya memang memilih seorang lelaki yang terbaik yang mampu membimbing saya, walaupun dia pasti mempunyai kekurangan tersendiri. Kalau dia tidak mampu mematuhi arahan Allah, kelak pincanglah insan di bawah bimbingannya.... Itulah yang saya bimbangkan dan sebab itulah saya meletakkan syarat sebegini dalam memilih pasangan.

Kedua, kalau dia betul-betul seorang lelaki yang bermaruah, dia tidak akan mengenali saya tanpa mengenali ibu bapa saya terleih dahulu. Jangan berani-berani untuk menjual ayat-ayat cinta palsu kalau tak berani bersemuka dengan kedua orang tua saya. tambahan pulak, alhamdulillah saya bukanlah suka sangat nak berborak-borak dengan lelaki tanpa sebab (tak ada niat langsung untuk riak ke 'ujub ke takabbur). Kawan kelas tu lainlah sebab memang hari-hari nampak diorang dan keperluan untuk communicate dengan diorang tu penting.

Bagi saya, syarat yang lain untuk calon suami saya adalah berpandukan syara' iaitu perlunya kafa'ah atau pun sekufu. Sekufu yang bagaimana? Itu adalah private. ;p

Bila baca syarat-syarat nie, mungkin ada yang kata saya dah tak sabar nak kawen ke ape ke. Terpulanglah. Tapi dengan tegasnya, buat masa sekarang, saya tidak terbuka hati lagi untuk mencari calon kerana saya ingin menumpukan kepada pelajaran dan keluarga saya terlebih dahulu. Kahwin lambat sangat pun tak nak jugak. Umur yang sedang-sedanglah... Insya-Allah...
Mohon doa semua moga kita sama-sama mendapat jodoh yang terbaik...
SAY NO TO COUPLE BEFORE MARRIAGE. =)

No comments:

Post a Comment