Tuesday, December 7, 2010

Maal Hijrah

Assalamualaikum…

Awal Muharram menjelma lagi… Salam Ma’al Hijrah 1423….



Masuk je awal tahun, mesti semua orang akan pasang niat masing-masing, azam baru masing-masing. Namun jom same2 kita check balik, azam tahun lepas dah terlaksana ke? Bukan setakat terlaksana, entah2 tak ingat pun ape azam kita tahun lepas… (macam sayalah)…

Tapi disebabkan blog nilah diary saya, so saya nak tulis kat sini azam tahun baru saya kat sini.
  • Menambahkan bilangan muka surat quran untuk dibaca setiap hari.
  • Memperelokkan pekerti.
  • Kurangkan cakap perkara-perkara yang tak sepatutnya.
  • Banyakkan tambah amal ibadah sunat selagi mampu (muda lagi kan? Takkan tak mampu buat…)
  • Fokuskan pada pelajaran.
  • Berusaha bersungguh2 melawan perasaan2 yang tak sepatutnya ada dengan status saya yang sekarang.
  • Menjaga hubungan silaturrahim..

Itu mungkin ANTARA azam yang saya fikir saya patut buat masa sekarang nie. Insya Allah, ada azam baru, saya akan update. Azam-azam kat atas nie, mampukah saya laksanakan? Ya Allah berikanlah aku kekuatan…

Aku sering mengadu lelah pada-Mu. Kau setia mendengar setiap keluhanku…. Kuatkan hatiku dan tetapkan imanku di jalan-Mu yang lurus ya rabbi… Namun aku masih tetap bersyukur walaupun sedikit dengan segala limpahan rahmat-Mu… Kau kurniakan aku kedua ibu bapa yang sangat menyayangiku dan Kau berikan mereka kemampuan untuk membentuk aku menjadi hingga diri aku yang sekarang…. Kau berikan aku teman-teman yang sentiasa ingatkan aku akan suruhan-Mu dan menegur kala aku menjegah larangan-Mu….

Terima kasih Ya Allah… Aku akan berusaha untuk memperbaiki lagi kelemaham dan kekurangan diri ini Ya Allah… namun terkadang aku tersadung dalam langkahku... Bimbinglah daku tiap masa ya Allah... Amiin...

No comments:

Post a Comment