Wednesday, December 29, 2010

Pantang-Larang Semasa Nak Kawen

Assalamualaikum wbt...

Kawen? Bunyi memang macam meneyronokkan. Yelah, siape yang tak suke kahwin kan? Walaupun tak semua perkahwinan akan bertahan, tapi kalau kita betul-betul sayangkan sesebuah perkahwinan, kite kenalah cube sedaya upaya pertahankan berdasarkan iman dan ilmu.... (cewah, ayat cam dah pro je bab2 rumahtangga nie...hahaha)

Ok, kat sini, saya nak buat kesimpulan berdasarkan pencarian, kajian saya sikit-sikit tentang pantang-larang dalam perkahwinan untuk memastikan perkahwinan yang hanya satu kalinya diadakan sepanjang hidup (insya Allah) mendapat berkat dan rahmat daripada Allah SWT dan menjadikan permulaan awal yang dipenuhi barakah dalam gerbang penikahan.

Tak nak cakap panjang-panjang, saya nak masuk terus pada point saya. Benda-benda penting yang dianggap remeh or dipandang tak penting oleh sesetengah bakal pengantin. Berhati-hatilah dan pastikan anda TIDAK TERLIBAT dengan mana-mana perkara yang diharamkan oleh Allah SWT...

1) SAMBUNG BULU MATA

Ramai yang tak perasan (mungkin tak berapa tau) tentang perkara nie... Ada dikalangan pengantin atau baka-bakal pengantin yang tak perasan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mak andam ialah menyambung bulu mata pengantin perempuan dengan bulu mata palsu. Hal ini adalah HARAM di sisi syara'. Perkara ini berdasarkan kiasan daripada hadis Rasulullah SAW yang mengharamkan penyambungan rambut dan baginda juga telah melaknat golongan wanita yang menyambung rambut dan juga wanita yang meminta disambungkan rambut sebagaimana sabdanya:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ – رضى الله عنه – عَنِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ  لَعَنَ اللَّهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ ، وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ

Maksudnya: Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Allah melaknat perempuan yang menyambung rambutnya dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung, perempuan yang mentato dan perempuan yang meminta agar ditatoo.”(HR Bukhari no 5589).

Jelas terang lagi nyatalah bahawa hukum penyambungan rambut boleh dikiaskan dengan bulu mata, sebagaimana pengharaman dadah dan rokok dikiaskan daripada pengharaman arak.


2) MEKAP BERLEBIH-LEBIHAN

Perlu ke make-up sampai 7 inchi? Ape tujuan make-up nie sebenarnya? Menurut tulisan Ustaz Hakimi al-Mansouri daripada Unit Baitul Muslim PEMERAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) telah mengkategorikan make-up yang berlebih-lebihan sehingga menghilangkan keaslian wajah si pengantin sebagai TABARRUJ kerana bersesuaian dengan makna tabarruj ialah "Berhias untuk menunjukan perhiasan badannya." Malah Allah juga telah berfirman di dalam surah Al Ahzab ayat 33,

وَقَرۡنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ

“…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)”.

Ramai wanita yang terlibat dalam hal ini tergolong dari golongan yang ada ilmu agama. Jika di dalam hal lain kita boleh bertegas, kenapa di dalam hal perhiasan diri ini kita tak mampu untuk bertegas? Adakah semata-mata nak jaga hati orang tua kita yang kurang memahami atau ingin menjaga hati mak andam yang bertandang ke rumah kita dari awal pagi lagi? Perihal ini lebih dikhususkan kepada perempuan kerana perempuan adalah pintu fitnah bagi lelaki jika tak dijaga betul-betul.

Saya juga ingin memetik petikan daripada Ustaz Hakimi tadi:

"Jika kita melihat kepada pengertian tabarruj dari kitab Muhimmah, ia menyebut boleh memberikan fitnah kepada orang lain. Maksud orang lain di sini ialah orang ajnabi atau hilah iaitu orang asing yang bukan mahramnya. Ketika bersanding, sudah pasti pengantin perempuan akan berhias secantik-cantiknya untuk padankan dengan gelarannya sebagai 'raja sehari'. Bedak di muka bukan main lagi. Ditambah lagi gincu di bibir. Apatah lagi matanya yang berwarna warni. Pipi pula kemerah-merahan. Kalau dulu berjubah, masa bersanding boleh pula pakai kebaya atau kebarung? Semua sudah maklum bahawa baju kebaya atau kebarung menjadi sempit sedikit di pinggang. Jadi bukankah itu sudah tidak menutup aurat dengan sempurna? Sengaja memperlihatkan bentuk tubuh badan."

Renung-renungkanlah...


3) TUDUNG PENDEK
Macam dah jadi trend sekarang kan pakai tudung nie? And trend pengantin-pengantin sekarang, pakai tudung yang pendek nie mase bersanding... Sedar tak, kita pakai tudung yang camnie, sama sekali tidak menepati ciri-ciri yang digariskan syara'? Allah sendiri dah berfiman dalm surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:

"...dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudungnya ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)..."

"Biasa" kat ayat ini ialah apa yang selain daripada aurat wanita iaitu dua telapak tangan dan juga muka... Itu yang dimaksudkan oleh Allah dengan biasa tersebut. Cuba baca ayat nie dengan mata hati kita... Sama-sama kita renung kasih sayang Allah pada wanita. Allah nie nak sangat kita nie terpelihara, terjaga tapi kenapa kita tak nak Allah lindungi kita? Kadang-kadang, kita lebih ikut telunjuk boypren or bakal suami or suami yang suruh kita dedahkan aurat. Ape kes? Untuk kes boypren2, tinggalkan jelah boypren yang soh anda SINGKATKAN tudung anda. Kalau suami pulak yang kenis camnie, ape lagi... Tegurlah dengan berhikmah dan tetaplah pada pendirianmu, untuk kekal dengan tudung labuhmu... Ingatlah kisah Asiah, isteri Firaun yang tabah mempertahankah tauhidnya walaupun suaminya adalah manusia yang memusuhi Rabb-Nya....

Apa tujuan kita pakai tudung sebenarnya? Jom kita muhasabah balik sama-sama.... Kita pakai tudung bukan untuk berhias-hias, bukan untuk lawan dengan kawan-kawan atau jiran sekampung, tudung sape lagi banyak labuci.... Tudung hanyalah sehelai kain namun mempunyai nila yang sangat tinggi di sisi Islam... Sebab apa? Dengan sehelai kain yang tidak jarang dan ukurannya mampu menutupi bahagian-bahagian badan yang tertentu, menjadikan tudung itu mulia.... Apalah nilainya di sisi Allah, kalau kita bertudung tapi tidak sempurna...

Tak yah cakap soal Allah dulu lah, kite cakap dalam skop kecil. Kalau anda nak beli kuih karipap contohnya (sebab saya suke karipap...hehehe). Sekumpulan kuih karipap dihidang dalam keadaan terbuka, lalat pun banyak dah hinggap kat situ, siap hari bulan nanti kang boleh bertelur plak lalat-lalat tue... And satu lagi group karipap nie diletak dalam bekas yang elok tertutup. Mane satu yang anda akan pilih? Saya kompom majoriti akan pilih karipap kat bekas tertutup. Sebab ape? Mesti sebab dia terlindung daripaa hinggapan2 lalat yang boleh bawa penyakit pada kita kan?

Simple. Macam tu jugak dengan tudung.... Tudung tak sempurna, sama macam karipap dihidang kat tempat terbuka. Tudung sempurna, macam karipap kat tempat tertutup. (Sape tak paham t msej kat fb saya, saya terangkan lagi lebih jelas...hehehe)

Lagi satu, tudung nie kan untuk mengelakkan fitnah. Kalau dipakai dengan tidak sempurna, misalnya di atas bahagian dada, bukan ke bahagian yang disyariatkan untuk ditutup dah terbuka? So, bukan ke perkara nie akan mendatangkan fitnah? Sama-sama kita renungkan.... =)


4) BAJU PENGANTIN YANG MELERET-LERET
Isbal... Macam postage saya yang sebelum nie, isbal tu maksudnya melabuhkan pakaian hingga menutupi jari kaki, ada ulamak yang mengatakan orang yang melabuhkan pakaian seperti itu adalah lambang orang yang sombong berjalan di muka bumi. Tetapi ada juga ulamak yang mengatakan bahawa ia bergantung pada niat, sekiranya tujuannya untuk menyombong maka ia dilarang.

Dr ’Ali Jumaah pernah berkata bahawa ulama usul fiqh menyatakan, hukum yang lahir ada dari Nas, terbahagi kepada dua, iaitu "Al-hukm Lizatih" dan "Al-hukm lighairih".

"Hukum lizatih" bermaksud, hukum yang sememangnya wujud pada diri atau zat sesuatu nas, seperti pengharaman arak, kewajipan solat, berpuasa dan sebagainya.

Adapun "hukum lighairih" pula adalah, hukum yang difahami dari sudut yang lain, iaitu tidak memadai dengan merujuk kepada sesuatu nas sahaja, seperti hukum pengharaman terhadap memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali.

Merujuk kepada hadis-hadis nabi SAW, didapati bahawa Nabi SAW melarang memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali. Antara hadis tersebut adalah:

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ ، حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ ، حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ ، عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ ، لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ " ، قَالَ أَبُو بَكْرٍ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَحَدَ شِقَّيْ إِزَارِي يَسْتَرْخِي إِلَّا أَنْ أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  لَسْتَ مِمَّنْ يَصْنَعُهُ خُيَلَاءَ

Maksudnya: “Siapa yang memanjangkan pakaiannya kerana khaila’(sombong dan bangga diri), Allah tidak melihatnya pada hari kiamat.” Abu Bakar As-Shiddiq ra berkata, “Ya Rasulullah, kainku ini longgar namun aku tetap menjaganya.” Rasulullah SAW bersabda,”Kamu bukan termasuk orang yang sombong dan bangga diri.” (HR Bukhari dan Muslim)

Dari sudut "hukum lizatih", daripada hadis ini, maka ulama mengeluarkan hukum bahawa haram memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali. Pun begitu, jika difahami hadis ini dari sudut "Al-Hukm Lighairih”, pengharaman itu bukanlah dari sudut semata-mata melabuhkan pakaian, tetapi pengharaman itu bersebab wujudnya unsur sombong dikala memakai pakaian yang labuh.

Justeru itu, ulama menyatakan, keharaman melabuhkan pakaian bukannya bersifat mutlak, tetapi bersifat "Lighairih" iaitu pengharaman yang mempunyai "sebab", iaitu "sombong".

Jadi, berdasarkan hadis nie, saya dah tanya sorang lecturer saya yang sangat hebat dalam hadis iaitu Ustaz Khafidz bin Soroni. Hadis nie bertaraf sahih, menurut beliau. Beliau juga berkata, hadis nie memang tak sebut pun perempuan yang berkahwin tapi, boleh dikiaskan kepada cara berpakaian pengantin perempuan yang menyerupai sebarang unsur yang dikatakan di dalam hadis ini....
Kita biasa kan tengok baju pengantin meleret-leret kat lantai sampai si pengapit kena angkatkan? kalau berdasarkan hukum pakai baju labuh nie, dihukumkan haram bila si pemakai (lebih fokus kepada pengantin perempuan) BERNIAT UNTUK MENUNJUK-NUNJUK... Nak komen tentang niat nie, saya tak leh lah nak cakap pape pulak kan  sebab saya nie takde lah dibagi kelebihan dari Allah leh tengok orang pakai2 labuh nie, adakah tujuan dia nak lawan dengan anak jiran sebelah yang last week kawen pakai tak selabuh dia? Dalam hal nie, adalah terpulang kepada niat masing-masing, namun saya teringin nak tau jugak, kenapa mesti nak pakai yang labuh-labuh? Kalau bercakap dari logiknya pun, pakai labuh-labuh sampai pengapit yang susah-susah kena angkat kan, nak buat ape jugak ye? Kan ke macam menyusahkan kita jugak? Huhu... Same-same kita fikir balik....

Untuk ulasan lanjut, saya rasa sampai sini dulu lah ye... Moga artikel yang tak seberapa nie mampu membantu diri saya dan sahabat -sahabat untuk memulakan langkah awal, menyusun perancangan yang sempurna sebelum melangkah ke alam rumah tangga... Semoga masing-masing dikurniakan jodoh yang soleh/solehah yang mampu menguatkan kita untuk sentiasa mengingati Allah.
Ingatlah dan selalulah berdoa supaya kita tidak tersalah dalam mencintai seseorang agar kita dan dia sentiasa mendapat lindungan rahmat Illahi...
Mohon maaf andai kata terdapat kesalahan atau kelancangan saya dalam berbicara. Tiada niat untuk mengejek atau mengeji mana-mana pihak jika terdapat, sekadar etguran kerana saya sayangkan sahabat-sahabat saya... Mohon tunjuk ajar mana yang kurang sebab saya pun baru belajar.... Syukran 'ala kulli hal...
Wallahu a'alam... =)

12 comments:

  1. wahh menarik jugak post nih..
    terima kasih sbb share kat sini....

    ReplyDelete
  2. tulisan kunin tu x Nampak la..susah nak bace.ape2 pon ilmu yg bermanfaat.tq

    ReplyDelete
  3. good point.
    tumpang copy n paste ye.
    sebab tulisan kuning tu tak jelas.

    kalau rajin, tukar lah kaler tulisan tu yer. tima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih penerangan ini. Yg tulisan kuning tu sy highlight dulu baru boleh baca. Hee~

    ReplyDelete
  5. Terima kasih penerangan ini. Yg tulisan kuning tu sy highlight dulu baru boleh baca. Hee~

    ReplyDelete
  6. mekap yang berlebihan tu memang haram dalam islam sebab boleh jatuh kepada hukum bertabaruj... HARAM...

    terima kasih sebab share ni.. at least bagi manfaat kat orang lain yang tak tahu antara adat dan ibadah..


    dorsettpink.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum.. jalan2 singgah baca tentang ni. nice sharing :-)

    mungkin ramai pengantin perempuan pakai baju meleret sebab nampak cantik, baru feeling ala-ala pengantin.. hehe. bukan niat nak sombong. apa2 pun kita niat n doa yg baik2 ajer :-)

    ReplyDelete
  8. oh.. nak cakap. Kalau boleh entry tulisan tu janganlah guna color yg susah nak baca. sakit mata... kena highlight dulu baru blh baca dgn tenang :-)

    ReplyDelete
  9. ya saya setuju...kalau boleh biarlah warna hitam kalau tak sakit mata.apapun terima kasih atas info saya suka :)

    ReplyDelete
  10. Pakain labuh tu hadis utk lelaki, kalau perempuan harus labuhkan kain.

    ReplyDelete