Sunday, December 19, 2010

Cara Mohon Bantuan Zakat

Lepas search JPA or MARA, rase2 nye, JPA xleh taja KUIS utk further abroad kot....
So, crik punyer crik, jumpe lah link daripada Lembaga Zakat Selangor nie....




CARA MEMOHON

PERMOHONAN UNTUK BANTUAN PENDIDIKAN

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu permohonan itu dipertimbangkan dan diterima oleh Lembaga Zakat Selangor, antaranya :

1. Islam

2. Warganegara Malaysia

3. Lahir dan menetap di NEGERI SELANGOR atau telah bermastautin atau
tinggal tetap di Negeri Selangor tidak kurang dari 5 (LIMA) tahun.


4. Pendapatan kurang atau tidak sampai kepada had mencukupi (had kifayah)

5. Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima

bantuan tetapi masih tidak mencukupi.


Prosedur mengisi borang permohonan

1. Borang permohonan mestilah diisi dengan HURUF BESAR

2. Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pemohon (bagi yang berumur

18 tahun ke atas) ketua keluarga / waris pemohon bagi pemohon yang masih

berada dalam tanggungan (bawah umur 18 tahun)

3. Dokumen utama seperti yang dinyatakan perlu disertakan bersama bagi

setiap permohonan iaitu :

a) Salinan kad pengenalan pemohon
b) Salinan Kad Pengenalan / Surat Lahir bagi semua tanggungan
c) Salinan surat cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan)

d) Salinan surat pengesahan pendapatan seperti slip gaji, pencen dsb

e) Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan permohonan
(senarai dokumen mengikut jenis bantuan)
f) Salinan kad memeluk Islam (bagi saudara baru)


4. Hanya borang permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh

pemohon serta mendapat sokongan daripada Ketua Kampung/Pengerusi
JKKK/Ketua Penduduk/ Nazir Masjid/ Pengerusi Surau sahaja yang akan

dipertimbangkan dan didaftarkan.



BORANG SOKONGAN

1) Bantuan Umum Pelajaran

- Dokumen utama
- Salinan penyata gaji / pendapatan ibu bapa
- Salinan passport dan visa
- Salinan surat tawaran daripada IPTA / IPTS
- Surat pengesahan dari Pejabat Bendahari IPTA/IPTS yang
menyatakan pelajar tidak mendapat bantuan dari mana-mana
badan/agensi.

( Bagi pelajar Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM) hendaklah memohon

di pejabat universiti mereka sendiri )


2) Bantuan Tiket Pergi Balik

- Pergi
- Dokumen utama
- Surat kebenaran cek kepada waris
- Tiket Bas
- Surat Pengesahan daripada kedutaan / persatuan pelajar

- Balik
- Dokumen utama
- Surat Pengesahan daripada kedutaan / persatuan pelajar
- Tiket asal
- Salinan terjemahan keputusan peperiksaan (LULUS)


Permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan, hendaklah dihantar kepada pegawai-pegawai zakat kami di kaunter yang berada di seluruh Negeri Selangor untuk pertimbangan dan kelulusan. Sila rujuk KAUNTER berhampiran anda.

http://web.e-zakat.com.my/baru/agihan/b_pendidikan.asp

6 comments:

  1. Wah leh la post care2 memohon mara plak lepas nie !!!

    ReplyDelete
  2. hehe...mara xsure lah adi
    xsure dowg sponsor kte ke x...
    =)

    ReplyDelete
  3. salam..acapiah!
    wah futher abroad k? baguih!
    nak p mana? tahniah!! (^-^)

    ReplyDelete
  4. wslm...
    insya Allah da rzki smbg k luar insya Allah
    doakan ye...
    nie sape ye...

    ReplyDelete
  5. owh zuraidah...
    =) lame xdga cte...
    sihat?
    =)

    ReplyDelete