Thursday, December 30, 2010

Ini Tentang Diri Aku Je

Assalamualaikum....

Sedar tak sedar rupa-rupanya dah postage yang ke 53...
Rajin jugak aku mengepos... (kali nie nak gune ganti diri aku pulak)
Saya rase saya rajin mengepos sebab saya rasa inilah diari saya. Tak kisah orang nak baca ke ape tapi kat sinilah saya nak luahkan apa yang saya rasa. Orang kutuk? Terpulanglahj, mulut manusia mane boleh ditutupkan?

Sekarang alhamdulillah dah ada di rumah... Bersyukur sangat sebab dapat balek awal...
kalau ikut perancangannya, nak balik esok, sebaik sahaja selesai exam bi esok. Tapi sebab Malaysia menang lawan bola kat Endon semalam, PM p0n dah isytiharkan cuti, ape lagi.... Dalam tengah2 fokus blaja mirath dapat lak mesej test esok batal. Wah terus hilang fokus mirath... Hehehe... Mintak maap Ustaz Muhidin... So plannye nak balik rini, pas klas QFQ. Malangnye, klas QFQ plak diumumkan batal elok kol 12.55 tengah hari... kalau diumumkan awal siket, mungkin dah boleh balik awal sikit tapi takpe... Ade hikmah yang Allah bagi... Syafakillah jga buat Ustazah Maziah...

Kita merancang dan Allah lah sebaik-baik perancang... Merancang cabut balik ke rumah esok tapi Allah dah rancangkan kita g baik balek time sekarang... Betul...Kan perancangan Allah lagi baik....

Tadi, aku cuba untuk berbincang dengan mama dengan perlahan-lahan.... Mengenai beberapa persiapan yang aku tidak mahu lakukan ketika hari bahagia tiba satu hari nanti. Jangan ditanya sama ada aku nie dah berpunye ke belum, memang kompom aku takkan tipu yang aku adalah single, tapi bukan nak promote diri ok!! Alhamdulillah... Nasib baiklah mama boleh faham yang aku TAK NAK MEKAP TEBAL-TEBAL, NO BLUSHER OR ANY COLUR KAT MUKE, mama on aje... Seadanya boleh lah.... Mama pun ada cakap, MAMA DULU TAK DE PUN BAJU KAWEN LABUH-LABUH, BIASE2 AJE.... Pastu cakap pasal sambung bulu mata, alhamdulillah mama aku nie bukan jenis perempuan up-to-date dengan fesyen2. Walaupun mama biasa2 je, tapi mama boleh terima ape yang aku tak nak. Last2 aku cakap kat mama, "Kakak nak pakai jubah je lah time kawen nanti boleh tak?" mama pun tergelak. "Pakai je lah kak... Bukannye dosa.... Tapi sekarang dok sebok-sebok pk baju ape, make-up camne, CALONNYE DAH ADA KE?"  Hai lah mamaku sayang, kakak nie tengah2 takde feel lagi nak dok pk sape calon2 nie segala. Penat dan malas rasanye nak pk2 sal nie...

Pastu tadi borak-borak ngan mama, sal arwah Abang Hafiz yang dah meninggal 2 tahun lepas... Seingat aku, abang Apis nie baek lah budaknya, tua dari aku setahun. Aku dapat tau yang dia meninggal pun BARU SEMALAM daripada adik dia, Hariz... Time tu tak tau nak gambarkan perasaan tu camne... And aku rase sedih yang terbawak-bawak sampai ke hari nie....

Kalau ikut ape yang mama cerita, Abang Apis penah back up aku, siap report kat mama lagi tu, yang kat sekolah tadi ade oarng buli aku. And mama siap pesan kat arwah Abang Apis suruh tengok2 kn aku supaye tak jadi mangsa buli. Hahaha!! Macam aku adik dia pulak... Yelah, adik-beradik arwah ada 5 orang (time tue lah, skang tak tau) and setakat yang aku tau, sume lelaki n setakat yang aku kenal, sume muke lbeh kurang je... Ya Allah...rindu dekat arwah Abang Apis... Walaupun tak ada apa-apa kaitan dengan dia, aku pun tak tau kenapalah yang aku feeling sangat sedih2 nie... Aku pun nak kta rapat tue takde lah... Time arwah junior skolah mngah aku pun, aku tak sedih cenggini... Mungkin arwah nie aku dah lama tak jumpe, sebab tu aku rase kot... Elok nak tanya kaba berita kat adik dia, tau2 dah meninggal... Semoga Allah merahmatimu abang Hafiz... Kite rindu kat abang Apis...

Erm...saya baru teringat satu hadith ni... Rasulullah pernah bersabda tapi saya tak berapa ingat matannya tapi main point nye camnie lah, kalau kamu diberi dua undangan, iaitu satu undangan menghadiri perkahwinan dan satu lagi undangan menguruskan jenazah, hendaklah kamu mendahulukan undangan menguruskan jenazah. Ini kerana, jika kamu menghadiri undangan perkahwinan, ia akan mendekatkan kamu dengan kelazatan dunia dan menjauhkan kamu dari renungan kematian. Ada satu lagi jugak, tak ingat pepatah or sabda, 

Sesungguhnya dengan mengingati mati itu hati kamu hidup
Orang yang paling bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati

Mati....mati....mati...

Rasanya kalau sesiapa pun cakap sal mati, sume rase nak taubat daripada apa yang dia tau buat... Aku pun tak terkecuali gak ase camtu..... Rase takut, rase dah cukup ke amalan.... Rase nak mintak ditambah waktu untuk bertaubat.... Taubat? Manusia selalu lalai kan? Bile dah sampai masa2 tertentu, BARU PK NAK TAUBAT... Allahu akbar... Aku nie lagilah teruknya.... Bila nak sentiasa bertaubat, sentiasa ingat Allah ada sentiasa tengok kita, malaikat Izrail takkan lalai walau sesaat drai tugasannya untuk tarik nyawa yang ALLAH KASIK PINJAM KAT KTA...
Ya Allah...betapa rupa-rupanya kita nie tak de pape kan?
Selama nie kita hidup pun PINJAM NYAWA ALLAH....
PINJAM....
Even kita nie toke bola sepak sekali pun (sebab skang ngah hot isu bola sepak kan...), duit berkepuk-kepuk sekali banyak dalam bank camne pon, takkan kekal jadi milik kita bila NYAWA YANG ALLAH KASI PINJAM DITARIK BALIK......
Bile kite dah mati, orang yang masih panjang nyawanya yang dipinjamkan Allah akan mewarisi harta peninggalan kita melalui sistem faraidh (nie msuk bab mirath pulak...)
kesimpulannya, kita takde pape pun melainkan segalanya hanyalah pinjaman sementara dari Allah... Make sure pelaburan nyawa yang Allah laburkan pada kita boleh bagi profit berganda-ganda yakni kumpulkan sebanyak mungkin pahala sebagai back-up kita di padang mahsyar...
Wallahu'alam...

So, sama2 lah kite renungkan....


Wednesday, December 29, 2010

Pantang-Larang Semasa Nak Kawen

Assalamualaikum wbt...

Kawen? Bunyi memang macam meneyronokkan. Yelah, siape yang tak suke kahwin kan? Walaupun tak semua perkahwinan akan bertahan, tapi kalau kita betul-betul sayangkan sesebuah perkahwinan, kite kenalah cube sedaya upaya pertahankan berdasarkan iman dan ilmu.... (cewah, ayat cam dah pro je bab2 rumahtangga nie...hahaha)

Ok, kat sini, saya nak buat kesimpulan berdasarkan pencarian, kajian saya sikit-sikit tentang pantang-larang dalam perkahwinan untuk memastikan perkahwinan yang hanya satu kalinya diadakan sepanjang hidup (insya Allah) mendapat berkat dan rahmat daripada Allah SWT dan menjadikan permulaan awal yang dipenuhi barakah dalam gerbang penikahan.

Tak nak cakap panjang-panjang, saya nak masuk terus pada point saya. Benda-benda penting yang dianggap remeh or dipandang tak penting oleh sesetengah bakal pengantin. Berhati-hatilah dan pastikan anda TIDAK TERLIBAT dengan mana-mana perkara yang diharamkan oleh Allah SWT...

1) SAMBUNG BULU MATA

Ramai yang tak perasan (mungkin tak berapa tau) tentang perkara nie... Ada dikalangan pengantin atau baka-bakal pengantin yang tak perasan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mak andam ialah menyambung bulu mata pengantin perempuan dengan bulu mata palsu. Hal ini adalah HARAM di sisi syara'. Perkara ini berdasarkan kiasan daripada hadis Rasulullah SAW yang mengharamkan penyambungan rambut dan baginda juga telah melaknat golongan wanita yang menyambung rambut dan juga wanita yang meminta disambungkan rambut sebagaimana sabdanya:

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ – رضى الله عنه – عَنِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ  لَعَنَ اللَّهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ ، وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ

Maksudnya: Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Allah melaknat perempuan yang menyambung rambutnya dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung, perempuan yang mentato dan perempuan yang meminta agar ditatoo.”(HR Bukhari no 5589).

Jelas terang lagi nyatalah bahawa hukum penyambungan rambut boleh dikiaskan dengan bulu mata, sebagaimana pengharaman dadah dan rokok dikiaskan daripada pengharaman arak.


2) MEKAP BERLEBIH-LEBIHAN

Perlu ke make-up sampai 7 inchi? Ape tujuan make-up nie sebenarnya? Menurut tulisan Ustaz Hakimi al-Mansouri daripada Unit Baitul Muslim PEMERAM (Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir) telah mengkategorikan make-up yang berlebih-lebihan sehingga menghilangkan keaslian wajah si pengantin sebagai TABARRUJ kerana bersesuaian dengan makna tabarruj ialah "Berhias untuk menunjukan perhiasan badannya." Malah Allah juga telah berfirman di dalam surah Al Ahzab ayat 33,

وَقَرۡنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ

“…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)”.

Ramai wanita yang terlibat dalam hal ini tergolong dari golongan yang ada ilmu agama. Jika di dalam hal lain kita boleh bertegas, kenapa di dalam hal perhiasan diri ini kita tak mampu untuk bertegas? Adakah semata-mata nak jaga hati orang tua kita yang kurang memahami atau ingin menjaga hati mak andam yang bertandang ke rumah kita dari awal pagi lagi? Perihal ini lebih dikhususkan kepada perempuan kerana perempuan adalah pintu fitnah bagi lelaki jika tak dijaga betul-betul.

Saya juga ingin memetik petikan daripada Ustaz Hakimi tadi:

"Jika kita melihat kepada pengertian tabarruj dari kitab Muhimmah, ia menyebut boleh memberikan fitnah kepada orang lain. Maksud orang lain di sini ialah orang ajnabi atau hilah iaitu orang asing yang bukan mahramnya. Ketika bersanding, sudah pasti pengantin perempuan akan berhias secantik-cantiknya untuk padankan dengan gelarannya sebagai 'raja sehari'. Bedak di muka bukan main lagi. Ditambah lagi gincu di bibir. Apatah lagi matanya yang berwarna warni. Pipi pula kemerah-merahan. Kalau dulu berjubah, masa bersanding boleh pula pakai kebaya atau kebarung? Semua sudah maklum bahawa baju kebaya atau kebarung menjadi sempit sedikit di pinggang. Jadi bukankah itu sudah tidak menutup aurat dengan sempurna? Sengaja memperlihatkan bentuk tubuh badan."

Renung-renungkanlah...


3) TUDUNG PENDEK
Macam dah jadi trend sekarang kan pakai tudung nie? And trend pengantin-pengantin sekarang, pakai tudung yang pendek nie mase bersanding... Sedar tak, kita pakai tudung yang camnie, sama sekali tidak menepati ciri-ciri yang digariskan syara'? Allah sendiri dah berfiman dalm surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:

"...dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudungnya ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya)..."

"Biasa" kat ayat ini ialah apa yang selain daripada aurat wanita iaitu dua telapak tangan dan juga muka... Itu yang dimaksudkan oleh Allah dengan biasa tersebut. Cuba baca ayat nie dengan mata hati kita... Sama-sama kita renung kasih sayang Allah pada wanita. Allah nie nak sangat kita nie terpelihara, terjaga tapi kenapa kita tak nak Allah lindungi kita? Kadang-kadang, kita lebih ikut telunjuk boypren or bakal suami or suami yang suruh kita dedahkan aurat. Ape kes? Untuk kes boypren2, tinggalkan jelah boypren yang soh anda SINGKATKAN tudung anda. Kalau suami pulak yang kenis camnie, ape lagi... Tegurlah dengan berhikmah dan tetaplah pada pendirianmu, untuk kekal dengan tudung labuhmu... Ingatlah kisah Asiah, isteri Firaun yang tabah mempertahankah tauhidnya walaupun suaminya adalah manusia yang memusuhi Rabb-Nya....

Apa tujuan kita pakai tudung sebenarnya? Jom kita muhasabah balik sama-sama.... Kita pakai tudung bukan untuk berhias-hias, bukan untuk lawan dengan kawan-kawan atau jiran sekampung, tudung sape lagi banyak labuci.... Tudung hanyalah sehelai kain namun mempunyai nila yang sangat tinggi di sisi Islam... Sebab apa? Dengan sehelai kain yang tidak jarang dan ukurannya mampu menutupi bahagian-bahagian badan yang tertentu, menjadikan tudung itu mulia.... Apalah nilainya di sisi Allah, kalau kita bertudung tapi tidak sempurna...

Tak yah cakap soal Allah dulu lah, kite cakap dalam skop kecil. Kalau anda nak beli kuih karipap contohnya (sebab saya suke karipap...hehehe). Sekumpulan kuih karipap dihidang dalam keadaan terbuka, lalat pun banyak dah hinggap kat situ, siap hari bulan nanti kang boleh bertelur plak lalat-lalat tue... And satu lagi group karipap nie diletak dalam bekas yang elok tertutup. Mane satu yang anda akan pilih? Saya kompom majoriti akan pilih karipap kat bekas tertutup. Sebab ape? Mesti sebab dia terlindung daripaa hinggapan2 lalat yang boleh bawa penyakit pada kita kan?

Simple. Macam tu jugak dengan tudung.... Tudung tak sempurna, sama macam karipap dihidang kat tempat terbuka. Tudung sempurna, macam karipap kat tempat tertutup. (Sape tak paham t msej kat fb saya, saya terangkan lagi lebih jelas...hehehe)

Lagi satu, tudung nie kan untuk mengelakkan fitnah. Kalau dipakai dengan tidak sempurna, misalnya di atas bahagian dada, bukan ke bahagian yang disyariatkan untuk ditutup dah terbuka? So, bukan ke perkara nie akan mendatangkan fitnah? Sama-sama kita renungkan.... =)


4) BAJU PENGANTIN YANG MELERET-LERET
Isbal... Macam postage saya yang sebelum nie, isbal tu maksudnya melabuhkan pakaian hingga menutupi jari kaki, ada ulamak yang mengatakan orang yang melabuhkan pakaian seperti itu adalah lambang orang yang sombong berjalan di muka bumi. Tetapi ada juga ulamak yang mengatakan bahawa ia bergantung pada niat, sekiranya tujuannya untuk menyombong maka ia dilarang.

Dr ’Ali Jumaah pernah berkata bahawa ulama usul fiqh menyatakan, hukum yang lahir ada dari Nas, terbahagi kepada dua, iaitu "Al-hukm Lizatih" dan "Al-hukm lighairih".

"Hukum lizatih" bermaksud, hukum yang sememangnya wujud pada diri atau zat sesuatu nas, seperti pengharaman arak, kewajipan solat, berpuasa dan sebagainya.

Adapun "hukum lighairih" pula adalah, hukum yang difahami dari sudut yang lain, iaitu tidak memadai dengan merujuk kepada sesuatu nas sahaja, seperti hukum pengharaman terhadap memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali.

Merujuk kepada hadis-hadis nabi SAW, didapati bahawa Nabi SAW melarang memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali. Antara hadis tersebut adalah:

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ ، حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ ، حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ ، عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ ، لَمْ يَنْظُرِ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ " ، قَالَ أَبُو بَكْرٍ : يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَحَدَ شِقَّيْ إِزَارِي يَسْتَرْخِي إِلَّا أَنْ أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :  لَسْتَ مِمَّنْ يَصْنَعُهُ خُيَلَاءَ

Maksudnya: “Siapa yang memanjangkan pakaiannya kerana khaila’(sombong dan bangga diri), Allah tidak melihatnya pada hari kiamat.” Abu Bakar As-Shiddiq ra berkata, “Ya Rasulullah, kainku ini longgar namun aku tetap menjaganya.” Rasulullah SAW bersabda,”Kamu bukan termasuk orang yang sombong dan bangga diri.” (HR Bukhari dan Muslim)

Dari sudut "hukum lizatih", daripada hadis ini, maka ulama mengeluarkan hukum bahawa haram memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali. Pun begitu, jika difahami hadis ini dari sudut "Al-Hukm Lighairih”, pengharaman itu bukanlah dari sudut semata-mata melabuhkan pakaian, tetapi pengharaman itu bersebab wujudnya unsur sombong dikala memakai pakaian yang labuh.

Justeru itu, ulama menyatakan, keharaman melabuhkan pakaian bukannya bersifat mutlak, tetapi bersifat "Lighairih" iaitu pengharaman yang mempunyai "sebab", iaitu "sombong".

Jadi, berdasarkan hadis nie, saya dah tanya sorang lecturer saya yang sangat hebat dalam hadis iaitu Ustaz Khafidz bin Soroni. Hadis nie bertaraf sahih, menurut beliau. Beliau juga berkata, hadis nie memang tak sebut pun perempuan yang berkahwin tapi, boleh dikiaskan kepada cara berpakaian pengantin perempuan yang menyerupai sebarang unsur yang dikatakan di dalam hadis ini....
Kita biasa kan tengok baju pengantin meleret-leret kat lantai sampai si pengapit kena angkatkan? kalau berdasarkan hukum pakai baju labuh nie, dihukumkan haram bila si pemakai (lebih fokus kepada pengantin perempuan) BERNIAT UNTUK MENUNJUK-NUNJUK... Nak komen tentang niat nie, saya tak leh lah nak cakap pape pulak kan  sebab saya nie takde lah dibagi kelebihan dari Allah leh tengok orang pakai2 labuh nie, adakah tujuan dia nak lawan dengan anak jiran sebelah yang last week kawen pakai tak selabuh dia? Dalam hal nie, adalah terpulang kepada niat masing-masing, namun saya teringin nak tau jugak, kenapa mesti nak pakai yang labuh-labuh? Kalau bercakap dari logiknya pun, pakai labuh-labuh sampai pengapit yang susah-susah kena angkat kan, nak buat ape jugak ye? Kan ke macam menyusahkan kita jugak? Huhu... Same-same kita fikir balik....

Untuk ulasan lanjut, saya rasa sampai sini dulu lah ye... Moga artikel yang tak seberapa nie mampu membantu diri saya dan sahabat -sahabat untuk memulakan langkah awal, menyusun perancangan yang sempurna sebelum melangkah ke alam rumah tangga... Semoga masing-masing dikurniakan jodoh yang soleh/solehah yang mampu menguatkan kita untuk sentiasa mengingati Allah.
Ingatlah dan selalulah berdoa supaya kita tidak tersalah dalam mencintai seseorang agar kita dan dia sentiasa mendapat lindungan rahmat Illahi...
Mohon maaf andai kata terdapat kesalahan atau kelancangan saya dalam berbicara. Tiada niat untuk mengejek atau mengeji mana-mana pihak jika terdapat, sekadar etguran kerana saya sayangkan sahabat-sahabat saya... Mohon tunjuk ajar mana yang kurang sebab saya pun baru belajar.... Syukran 'ala kulli hal...
Wallahu a'alam... =)

Isbal (Melabuhkan Pakaian)

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, saya telah meneruskan pencarian saya mengenai isbal yang bermaksud melabuhkan pakaian. Saya ingin berkongsi mengenai isbal ini berdasarkan daripada suatu laman web yang telah saya layari untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai hukum melabuhkan pakaian...
(http://jomfaham.blogspot.com/2008/12/hukum-melabuhkan-pakaian-isbal.html)

Isbal - melabuhkan pakaian hingga menutupi jari kaki, ada ulamak yang mengatakan orang yang melabuhkan pakaian seperti itu adalah lambang orang yang sombong berjalan di muka bumi.

Tetapi ada juga ulamak yang mengatakan bahawa ia bergantung pada niat, sekiranya tujuannya untuk menyombong maka ia dilarang.

Keterangan dari ustaz al bakistani :

Dr ’Ali Jumaah pernah berkata bahawa ulama usul fiqh menyatakan, hukum yang lahir dari Nas, terbahagi kepada dua, iaitu "Al-hukm Lizatih" dan "Al-hukm lighairih".

"Hukum lizatih" bermaksud, hukum yang sememangnya wujud pada diri atau zat sesuatu nas, seperti pengharaman arak, kewajipan solat, berpuasa dan sebagainya.

Adapun "hukum lighairih" pula adalah, hukum yang difahami dari sudut yang lain, iaitu tidak memadai dengan merujuk kepada sesuatu nas sahaja, seperti hukum pengharaman terhadap memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali.

Merujuk kepada hadis-hadis nabi SAW, didapati bahawa Nabi SAW melarang memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali. Antara hadis tersebut adalah;

لَا يَنْظُرُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِلَى مَنْ يَجُرُّ ثَوْبَهُ خُيَلَاءَ

Maksudnya;
"Pada hari kiamat nanti, Allah tidak akan melihat mereka yang melabuhkan pakaiannya dalam keadaan sombong" (Muwatta’ : 1425)

Dari sudut "hukum Lizatih", daripada hadis ini, maka ulama mengeluarkan hukum bahawa haram memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali. Pun begitu, jika difahami hadis ini dari sudut "Al-Hukm Lighairih”, pengharaman itu bukanlah dari sudut semata-mata melabuhkan pakaian, tetapi pengharaman itu bersebab wujudnya unsur sombong dikala memakai pakaian yang labuh.

Justeru itu, ulama menyatakan, keharaman melabuhkan pakaian bukannya bersifat mutlak, tetapi bersifat "Lighairih" iaitu pengharaman yang mempunyai "sebab", iaitu "sombong".

Dengan itu, apabila seseorang memakai pakaian yang labuh sehingga menutup buku lali, tetapi tidak terdapat unsur sombong, maka ketika itu, hukumnya tidak haram.

Diterangkan juga di dalam laman web era muslim :

dan ada juga hadith yang menyentuh mengenai isbal ini iaitu :

“Siapa yang memanjangkan pakaiannya karena khaila’(karena sombong dan bangga diri), Allah tidak melihatnya pada hari kiamat.” Abu Bakar As-Shiddiq ra berkata, “Ya Rasulullah, kainku ini longgar namun aku tetap menjaganya.” Rasulullah SAW bersabda,”Kamu bukan termasuk orang yang sombong dan bangga diri.” (HR Bukhari dan Muslim)

Bile Mid-Sem Exam Dah Mule Line-Up...

Assalamualaikum...

Kat sini just nak tulis senarai seubjek mid-term exam yang dah line-up....
Huhu..

Exam Mirath : 27/12/2010 - 8.00 mlm, DPU
Bentang Arab : 28/12/2010 - 3.30 petang, DKP
Exam English : 31/12/2010 - 3.30 petang, DPU
Present Law : 3/1/2011 - 9.30 pagi, BT 5106
Present Nizham : 3/1/2011 - 3.30 petang, BT 4111
Exam Nizham : 4/1/2011 - 12.00 tengah hari, DEWAN TEATER
Exam Arab : next week...
Exam Law : 11/1/2011 - 10.00 pagi, DK NURSING



Sunday, December 26, 2010

Hukum Menyambung Rambut

Postage nie nak share pasal hukum menyambung rambut pulak. Saya dapat daripada laman web nie...
http://ustadzaris.com/hukum-menyambung-rambut. Semoga kita sama-sama boleh amek iktibar.

Seorang perempuan diharamkan untuk menyambut rambutnya dengan rambut yang najis atau dengan rambut manusia. Ketentuan ini bersifat umum untuk perempuan yang sudah bersuami ataukah belum baik seizin suami ataukah tanpa izinnya.

Namun ulama-ulama mazhab hanafi hanya berpendapat makruhnya hal tersebut.
Pendapat beliau-beliau jelas keliru mengingat hadits berikut ini.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ – رضى الله عنه – عَنِ النَّبِىِّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « لَعَنَ اللَّهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ ، وَالْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ »

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah melaknat perempuan yang menyambung rambutnya dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung, perempuan yang mentato dan perempuan yang meminta agar ditato”(HR Bukhari no 5589).

Adanya laknat untuk suatu amal itu menunjukkan bahwa amal tersebut hukumnya adalah haram. Alasan diharamkannya hal ini adalah adanya unsur penipuan disebabkan merubah ciptaan Allah. Hal ini juga dikarenakan haramnya memanfaatkan rambut manusia karena terhormatnya manusia. Pada asalnya potongan rambut manusia itu sebaiknya dipendam.

عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِى بَكْرٍ – رضى الله عنهما – أَنَّ امْرَأَةً جَاءَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – فَقَالَتْ إِنِّى أَنْكَحْتُ ابْنَتِى ، ثُمَّ أَصَابَهَا شَكْوَى فَتَمَرَّقَ رَأْسُهَا ، وَزَوْجُهَا يَسْتَحِثُّنِى بِهَا أَفَأَصِلُ رَأْسَهَا فَسَبَّ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ

Dari Asma’ binti Abi Bakr, ada seorang perempuan yang menghadap Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu berkata, “Telah kunikahkan anak gadisku setelah itu dia sakit sehingga semua rambut kepalanya rontok dan suaminya memintaku segera mempertemukannya dengan anak gadisku, apakah aku boleh menyambung rambut kepalanya. Rasulullah lantas melaknat perempuan yang menyambung rambut dan perempuan yang meminta agar rambutnya disambung” (HR Bukhari no 5591 dan Muslim no 2122).

عَنْ حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ سَمِعَ مُعَاوِيَةَ بْنَ أَبِى سُفْيَانَ ، عَامَ حَجَّ عَلَى الْمِنْبَرِ ، فَتَنَاوَلَ قُصَّةً مِنْ شَعَرٍ وَكَانَتْ فِى يَدَىْ حَرَسِىٍّ فَقَالَ يَا أَهْلَ الْمَدِينَةِ ، أَيْنَ عُلَمَاؤُكُمْ سَمِعْتُ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – يَنْهَى عَنْ مِثْلِ هَذِهِ ، وَيَقُولُ « إِنَّمَا هَلَكَتْ بَنُو إِسْرَائِيلَ حِينَ اتَّخَذَهَا نِسَاؤُهُمْ » .

Dari Humaid bin Abdirrahman, dia mendengar Muawiyah bin Abi Sufyan saat musim haji di atas mimbar lalu mengambil sepotong rambut yang sebelumnya ada di tangan pengawalnya lantas berkata, “Wahai penduduk Madinah di manakah ulama kalian aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda melarang benda semisal ini dan beliau bersabda, ‘Bani Israil binasa hanyalah ketika perempuan-perempuan mereka memakai ini (yaitu menyambung rambut’ (HR Bukhari no 3281 dan Muslim no 2127).

Ringkasnya sebagaimana yang dikatakan oleh penulis Fiqh Sunnah lin Nisa’ hal 413,

“Sesungguhnya seorang perempuan tidaklah diperbolehkan untuk menyambung rambutnya dengan rambut yang lain semisal memakai wig baik dengantujuan menyenangkan suami atau orang lain. Hukumnya adalah haram”.

Sebelah kiri nie rambut asli. Sebelah kanan pulak, gambar selepas rambut asal disambung dengan rambut orang lain...


Disambung dengan bukan rambut orang

Jika rambut disambung dengan bukan rambut manusia namun tergolong rambut yang suci (baca: tidak najis) maka menurut pendapat yang dinilai sebagai pendapat yang benar di antara para ulama bermazhab Syafii hukumnya adalah haram jika perempuan tersebut tidak bersuami. Sedangkan menurut pendapat yang lain di kalangan ulama-ulama mazhab Syafii, hukumnya adalah makruh.

Jika perempuan tersebut bersuami maka ada tiga pendapat di kalangan para ulama bermazhab Syafii.

Pendapat yang dinilai paling tepat adalah boleh jika dengan izin suami. Namun jika tanpa izin suami hukumnya haram.

Pendapat kedua, mengharamkannya secara mutlak. Pendapat ketiga, tidak haram dan tidak makruh secara mutlak (baik dengan izin ataupun tanpa izin suami).

Sedangkan para ulama bermazhab Hanafi membolehkan seorang perempuan untuk menyambung rambut asalkan bukan dengan rambut manusia agar rambut nampak lebih banyak. Mereka beralasan dengan perkataan yang diriwayatkan dari Aisyah.

Dari Sa’ad al Iskaf dari Ibnu Syuraih, Aku berkata kepada Aisyah bahwasanya Rasulullah melaknat perempuan yang menyambung rambutnya. Aisyah lantas berkomentar,

قالت يا سبحان الله وما بأس بالمرأة الزعراء أن تأخذ شيئا من صوف فتصل به شعرها تزين به عند زوجها إنما لعن رسول الله – صلى الله عليه وسلم – المرأة الشابة تبغى فى شيبتها حتى إذا هى أسنت وصلتها بالقلادة.

“Subhanallah, tidaklah mengapa bagi seorang perempuan yang jarang-jarang rambutnya untuk memanfaatkan bulu domba untuk digunakan sebagai penyambung rambutnya sehingga dia bisa berdandan di hadapan suaminya. Yang dilaknat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam hanyalah seorang perempuan yang rambutnya sudah dipenuhi uban dan usianya juga sudah lanjut lalu dia sambung rambutnya dengan lilitan (untuk menutupi ubannya, pent) [Riwayat ini disebutkan oleh Suyuthi dalam Jami’ al Ahadits no 43260 dan beliau komentari sebagai riwayat Ibnu Jarir].

Sedangkan para ulama bermazhab Maliki mengharamkan menyambung rambut tanpa membedakan apakah disambung dengan rambut ataukah disambung dengan bukan rambut.

Di sisi lain para ulama bermazhab Hambali hanya mengharamkan jika rambut disambung dengan rambut baik rambut manusia ataupun rambut hewan, baik dengan izin suami ataukah tanpa izin suami. Akan tetapi mereka mengatakan bahwa tidaklah mengapa jika seorang perempuan mengikat rambutnya jika tidak dengan rambut jika ada kebutuhan.
Namun di antara pendapat Imam Ahmad adalah melarang seorang perempuan untuk menyambung rambutnya baik disambung dengan rambut, bulu kambing ataupun tumbuh-tumbuhan yang bisa dijadikan sebagai hiasan rambut

Penulis Fiqh sunnah lin Nisa’ hal 413,

“Pendapat yang paling kuat di antara dua pendapat ulama yang ada adalah diperbolehkan bagi seorang perempuan untuk menyambung rambutnya dengan benang sutra, bulu domba ataupun potongan-potongan kain dan benda-benda lain yang tidak menyerupai rambut. Perbuuatan ini tidaklah dinilai termasuk menyambung rambut, tidaklah pula sejenis dengan tujuan orang yang menyambung rambut. Hal ini hanyalah untuk berdandan dan berhias. Menurut Nawawi inilah pendapat al Qadhi ‘Iyadh dan Ahmad bin Hambal”.

Akan tetapi -insya Allah- pendapat yang lebih tepat adalah pendapat ulama yang melarang untuk menyambung rambut secara mutlak dengan benda apapun baik potongan kain ataupun yang lainnya. Hal ini dikarenakan menimbang dua hadits berikut ini.

عَنْ قَتَادَةَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ أَنَّ مُعَاوِيَةَ قَالَ ذَاتَ يَوْمٍ إِنَّكُمْ قَدْ أَحْدَثْتُمْ زِىَّ سَوْءٍ وَإِنَّ نَبِىَّ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- نَهَى عَنِ الزُّورِ. قَالَ وَجَاءَ رَجُلٌ بِعَصًا عَلَى رَأْسِهَا خِرْقَةٌ قَالَ مُعَاوِيَةُ أَلاَ وَهَذَا الزُّورُ. قَالَ قَتَادَةُ يَعْنِى مَا يُكَثِّرُ بِهِ النِّسَاءُ أَشْعَارَهُنَّ مِنَ الْخِرَقِ.

Dari Qotadah, dari Said bin Musayyib sesungguhnya Muawiyah pada suatu hari berkata, “Sungguh kalian telah mengada-adakan perhiasan yang buruk. Sesungguhnya Nabi kalian melarang perbuatan menipu”. Kemudian datanglah seseorang dengan membawa tongkat. Diujung tongkat tersebut terdapat potongan-potongan kain. Muawiyah lantas berkata, “Ingatlah, ini adalah termasuk tipuan”. Qotadah mengatakan bahwa yang dimaksudkan adalah potongan-potongan kain yang dipergunakan perempuan untuk memperbanyak rambutnya (HR Muslim 2127).

Tentang hadits ini, Syaikh Al Albani mengatakan,

“Riwayat ini sangat tegas menunjukkan bahwa menyambung rambut dengan bukan rambut baik dengan potongan kain ataupun yang lainnya termasuk dalam hal yang terlarang” (Ghayatul Maram hal 68, cetakan al Maktab al Islami).

Sebelumnya, Ibnu Hajar sudah berkomentar,

“Hadits di atas adalah dalil mayoritas ulama untuk melarang menyambung rambut dengan sesuatu apapun baik berupa rambut ataupun bukan rambut” (Fathul Bari 17/35, Syamilah).

زَجَرَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- أَنْ تَصِلَ الْمَرْأَةُ بِرَأْسِهَا شَيْئًا

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang seorang perempuan untuk menyambung rambut kepalanya dengan sesuatu apapun” (HR Muslim no 2126 dari Jabir bin Abdillah). 

 Gambar nie hiasan semata-mata sebab nampak cam lagi jelas 'sistem penyambungan rambut' tue cmne.

Tabarruj Dalam Alam Perkahwinan

Assalamualaikum semua. Nak kongsi siket mklumn nie kepada wanita2 yang akan atau yang berkaitan dengan perkara2 nie... Saya amek dari laman rasmi Unit Baitul Muslim PEMERAM oleh Ustaz Hakimi AlMansouri.
http://ubmm.blogspot.com/2010/07/tabarruj-agamawan-juga-terpengaruh.html

Bila sebut tentang tabarruj, boleh dikatakan semua orang pernah dengar dengan perkataan ini. Tidak kira dia itu dari aliran agama atau sebaliknya. Hanya sedikit sahaja yang tak pernah dengar perkataan ini. Pendek kata ramai di kalangan kita sekarang ini pernah dengar perkataan 'tabarruj' ini.

Tabarruj adalah dari kalimah arab dan diguna pakai juga di dalam loghat melayu kita. Di dalam kamus At tullab, telah memberi erti tabarruj itu ialah,

" Berhias untuk menunjukan perhiasan badannya."

Di dalam kitab Muhimmah fi ilmi hadis Nabi S.A.W. juga telah memberi pengertian tabarruj itu ialah,

"Apabila mereka(perempuan) ingin keluar dari rumahnya nescaya dia itu memakai pakaian yang kemegahan kainnya(cantik dan menarik) dan memperhiaskan dirinya dan membaikkan dirinya dan keluar dia memberi fitnah kepada orang lain."

Allah berfirman di dalam surah Al Ahzab ayat 33,

وَقَرۡنَ فِى بُيُوتِكُنَّ وَلَا تَبَرَّجۡنَ تَبَرُّجَ ٱلۡجَـٰهِلِيَّةِ ٱلۡأُولَىٰۖ

“…dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku (tabarruj) seperti orang-orang jahiliah dahulu (pertama)”.


Jika diceritakan tentang aurat mukallaf (akil baligh) tak kira lelaki atau perempuan, maka kebanyakan lapisan akan tahu. Jika ditanya pada orang islam yang tidak tutup aurat sekalipun mereka akan tahu batas-batas aurat orang islam. Bahkan orang kafir pun tahu batasan aurat bagi orang islam. Namun tahu hanya tahu sahaja. Berapa ramai umat islam yang masih tidak menutup aurat? Jika yang sudah menutup aurat pun adakah sempurna? Dan yang sudah menutup aurat dengan sempurna pun masih lagi melakukan kesilapan iaitu dosa TABARRUJ.

Di sini penulis ingin mengulas sedikit sebanyak berkenaan dosa tabarruj. Pengertian tabarruj yang penulis datangkan di atas tadi diharapkan dapat memberikan sedikit kefahaman kepada anda semua berkenaan tabarruj. Ramai dikalangan kita yang pernah dengar kalimah tabarruj ini. Tapi masih lagi melakukan kesalahan tabarruj itu sendiri. Ini bermakna kita hanya pernah dengar saja tapi masih tak tahu bagaimanakah rupa tabarruj itu.

Jika seseorang itu tidak berhias berlebih-lebihan sekalipun, tapi dia mendedahkan aurat maka awal-awal lagi sudah berdosa. Adapun seseorang yang sudah sempurna tutupan auratnya, namun dicelah-celah itu dia berlebih-lebihan pula di dalam berhias maka dia telah sengaja mengundang dosa. Inilah kesalahan yang tidak disedari oleh kebanyakan orang bahkan telah mempengaruhi golongan agamawan sekalipun.

Benar! Penyakit tabarruj ini telah menular di kalangan ustazah ketika mendirikan rumah tangga. Cubalah lihat sendiri ketika mereka berkahwin. Tabarruj ini bukan saja ketika berkahwin, bahkan ia boleh berlaku tiap ketika. Namun di sini penulis hanya khususkan tabarruj yang berlaku ketika hari perkahwinan. Kita tak pelik jika dilakukan oleh mereka yang jahil agama (bukan bermaksud kita biarkan mereka melakukan dosa). Tapi kita pelik dan ajaib bagaimana boleh berlaku dikalangan ustazah ketika bergelar pengantin baru. Kita tahu peranan mak andam yang tugasnya menghiasi muka pengantin perempuan. Tapi kenapa pengantin perempuan yang bergelar ustazah itu tidak tegas dalam bab ini?

Jika di dalam hal lain kita boleh bertegas, kenapa di dalam hal perhiasan diri ini kita tak mampu untuk bertegas? Adakah kerana ingin menjaga hati orang tua kita yang kurang memahami atau ingin menjaga hati mak andam yang bertandang ke rumah kita dari awal pagi lagi? Penulis lebih khususkan kepada perempuan kerana perempuan adalah pintu fitnah bagi lelaki jika tak dijaga betul-betul.

Hukum asal bersanding adalah harus. Bersanding yang penulis faham ialah duduk bersebelahan pasangan suami isteri samada duduk di atas kerusi atau bersila tanpa ada upacara seperti memuja semangat dan sebagainya. Jika begitulah persandingan yang dilakukan maka tiada salahnya. Jika ada yang mengatakan ia sebagai meniru adat hindu dan haram dilakukan maka penulis mengatakan ini tanggapan yang salah. Apa yang salahnya jika hanya duduk bersebelahan oleh pasangan suami isteri?

Yang salahnya ialah bila lakukan perbuatan seperti memuja semangat dan memperlihatkan isteri kepada mereka yang ajnabi(asing). Pendek katanya mereka yang bukan mahram. Jadi awal hukumnya yang harus itu boleh bertukar haram kerana berlaku perkara-perkara yang melanggari syara'. Inilah yang dipanggil sebagai haram 'aridhi iaitu haram yang baru datang.

Apa yang menjadi kesalahan orang kita sekarang ini termasuklah golongan ustazah ini ialah mereka berhias melampaui batas. Bak kata orang,

"Make up muka tu 7 lapis tebalnya.."


Jika kita melihat kepada pengertian tabarruj dari kitab Muhimmah, ia menyebut boleh memberikan fitnah kepada orang lain. Maksud orang lain di sini ialah orang ajnabi atau hilah iaitu orang asing yang bukan mahramnya. Ketika bersanding, sudah pasti pengantin perempuan akan berhias secantik-cantiknya untuk padankan dengan gelarannya sebagai 'raja sehari'. Bedak di muka bukan main lagi. Ditambah lagi gincu di bibir. Apatah lagi matanya yang berwarna warni. Pipi pula kemerah-merahan. Kalau dulu berjubah, masa bersanding boleh pula pakai kebaya atau kebarung? Semua sudah maklum bahawa baju kebaya atau kebarung menjadi sempit sedikit di pinggang. Jadi bukankah itu sudah tidak menutup aurat dengan sempurna? Sengaja memperlihatkan bentuk tubuh badan.

Kita cukup pelik kerana apa yang telah penulis nyatakan tadi dilakukan oleh mereka yang bergelar ustazah. Suami pula ustaz hanya diam membatu sahaja. Tak kiralah lulusan dari Mesir, Jordan, Syria dan sebagainya, masalah tabarruj ketika bersanding pasti berlaku. Jika persandingan itu hanya untuk tontonan mahramnya sahaja, maka tiada masalah.

Yang menjadi masalahnya bila ramai di kalangan orang ajnabi melihat dan menyebut-nyebut tentang kecantikan pengantin perempuan. Tidakkah perkara itu boleh mengundang fitnah? Bagi penulis, jika beginilah jadinya lebih baik pengantin perempuan memakai purdah saja ketika bersanding. Jika ingin juga bersanding dan berhiasi muka itu melampau-lampau biarlah hanya menjadi tontonan para mahramnya sahaja. Jika tidak, anda hanya mengundang dosa percuma sahaja.

Sila ambil penting kepada semua umat islam lebih-lebih lagi kepada mereka yang faham agama. Jika mengatakan bersanding hanya sekali seumur hidup maka dosa juga boleh sekali dapat ketika itu. Tatkala mana pahala boleh didapati dengan serta merta, dosa juga boleh didapati dengan serta merta. Fikir-fikirkanlah... Wassalam 

Moga sama-sama kita dapat input ye...

Hati Semakin Terbujuk....

Sekadar singgah sebentar mencoretkan isi hati... ^_^

Alhamdulillah, selepas attend sesi diskusi cinta yang dikelola oleh Encik Razali bin Ma'arof, rasa hati semakin tenang, tak segusar dulu... Maklumlah, sebagai hamba yang biasa, kadang-kadang terfikir, bile nak sampai jodoh  ek? Hihihi... Inilah kenyataan.... Mane tak nye, kengkawan ramai dah yang 'berpunye' tapi pelik bile ditanya bile nak kawen, jawab tak tau pulak...
Erm...macam-macam mehnah dunia....
Alhamdulillah jugak, kawan2 bilik saya bukan lah jenis ber'boypren2' sekaligus membantu menguatkan semangat saya untuk nyah cinta b4 kawen....
Sekarang apa yang saya rasa, saya mampu untuk lagi tenang bile saya teringatkan kata-kata azimat dari Encik Razali tue, 

"Kamu jangan risau. Allah dah tentukan jodoh yang terbaik untuk kamu. Jadi sekarang nie, sementara kamu belum ada komitmen nie, kamu tumpu pada belajar bersungguh-sungguh, bantu keluarga, sumbangkan sesuatu untuk negara selari dengan Islam."

"Sebenarnya tau tak, ramai remaja remaji zaman sekarang nie diorang cakap je percaya pada Allah. Yakin jodoh tu Allah dan tetapkan. Habis kalau bercouple tu, itu ke cara yang paling bagus nak tunjukkan kamu yakin dengan janji Allah mengenai jodoh yang baik untuk kamu?"

Ucapan dia yang sangat bersemangat buat hati saya sangat terpujuk dan tenang. Betul, senang nak cakap yakin dengan Allah tapi nak buktikan susah kan? Saya sendiri akui sebab biasalah, sebagai manusia saya pu n tak terlepas daripada melakukan kesilapan. Apa yang saya pegang setakat ni, kalau saya ada tersuka sesiapa pun, biarlah tak perlu diketahui name ny (cewahhh) Huhu... Yelah macam cerita Fatimah dan Saidina Ali RA... Sweet sangat cerita cinta mereka. Meh saya kongsi siket.

Waktu malam pertama selepas mereka diijabkabulkan, sedang mereka duduk-duduk bersama bersembang-sembang, Fatimah pun menyuarakan sesuatu yang tidak diketahui oleh suaminya, Saidina Ali RA... Fatimah memberitahu kepada suaminya, "Wahai Ali, sebelum kita bernikah, aku sangat menyukai seorang pemuda dan aku kagum dengan peribadinya."
Lalu Saidina Ali bertanya, "siapakah pemuda tersebut wahai Fatimah?"
Dan Fatimah pun menjawab, "Pemuda itu adalah engkau wahai Ali. Sesungguhnya Allah telah mendengar suara hatiku bahawa sesungguhnya aku sangat menyukai kamu."
Saidina Ali mengucapkan 'Allahu Akbar' sambil tersenyum memandang isteri tercinta...

See? Sesungguhnya Allah tahu segala-galanya mengenai hamba-Nya. Orang yang kita suka tue, kita tak pasti lagi sama ada dia yang terbaik atau tidak tapi Allah Maha Mengetahui. Kalau kita memang ditakdirkan untuk dijodohkan dengan orang yang kita suka tue, insya Allah dialah orang yang terbaik yang Allah pilihkan untuk kita. Jika berlaku musibah dlam tempoh perkahwinan tersebut, yakinlah Allah sedang menguji kita untuk menghadiahkan seseorang yang lebih baik kepada kita suatu hari nanti. Bila? Hanya Allah yang Maha Mengetahui...
Yakinlah dengan janji-Nya... =)

Saturday, December 25, 2010

Bunga Bukan Sekuntum, Kumbang Bukan Seekor, TETAPI.....

Alhamdulillah saya baru lepas pulang daripada forum "Keagungan Cinta" yang sepatutnya dikendalikan oleh Fatimah Syarha & seorang lagi panel, Encik Razali bin Maarof, Eksekutif KTD. Namun, Allah lah yang menetukan sebaik-baik perancangan, Fatimah Syarha tidak dapat hadir kerana masala-masalah tertentu.

Ketika itu, hati & semangatku sedikit kendur namun segera kuingatkan diri ini, agar jangan memandang sesiapa yang bercakap sebaliknya ambillah isi daripada percakapannya.
Sebelum bermulanya sesi diskusi ini, kami diminta untuk berdiri dan mengalunkan asmaul husna. Tersentuh hati saya.... Rupa-rupanya, sekarang nie dah jarang dah saya nak baca asmaul husna. Teringat zaman sekolah dulu. Setiap hari ada perhimpunan, mase pembukaan tu lah kami akan baca asmaul husna... Rindu pulak zaman sekolah....

Kemudian, panel 'kumbang' ini pun naiklah ke atas stage Audi Pentadbiran dengan diiringi oleh Saudara Azrul  Aminurrashid, wakil Haluan Siswa Wilayah Tengah sebagai moderator. Moderator ini mengambil jurusan Medic, di mana? Saya pun tak tau. Saya lebih menumpukan kepada satu-satunya panel yang ada, wajahnya serius. Duduknya sahaja terus membuka komputer ribanya, untuk mencari bahan yang bersesuaian mungkin?  Tapi bile dia start aje ceramahnye, baru start, audience dah gelak gile2 sebab lawak yang dia buat and I'm not excuse... Hahaha... Ok, saya rasa malas nak panjang-panjang ulas, saya nak terus kongsi butir penting daripada diskusi tadi.


  • Cinta mampu mengubah manusia menjadi hebat atau lemah.
  • Berdasarkan ayat al-Quran, daripada surah asy-Syams, ayat 8 (maaf saya tidak mahu menulis ayat quran kerana bimbang tersalah ejaannya) yang bermaksud:
"Dan Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan juga ketaqwaan"

Ibnu Kathir telah mentafsirkan ayat ini, telah didahulukan perkataan فجور kerana cinta yang jenis nie ialah cinta yang tak payah dicari,. dia akan datang sendiri.

  • Bermula daripada zaman Rasulullah lagi, konsep cintanie dah ada, cuma kita contohilah cinta zaman Rasulullah yang berpaksikan cinta kepada Allah. Ada juga kes cinta-cinta tersasar pada zaman nabi, sebagaimana yang telah termaktub di dalam hadis yang pertama di dalam hadis 40 iaitu setiap amalan bergantung kepada niat.


عن أمِيْرِ المُؤْمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ
صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ
هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ
یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن
إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري
النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.

Maksudnya:

" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Sesungguhnya setiap amalan perbuatan adalah dinilai mengikut niat. Setiap orang dinilai dengan niatnya. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya maka hijrahnya dinilai mengikut niatnya menuju kepada Allah dan Rasulnya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia atau wanita untuk dikahwininya maka hijrahnya dinilai mengikut tujuan hijrah itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  • Cinta yang remaja banyak terlibat sekarang nie, ialah cinta yang membinasakan.
  • Comparekan tahap kemampuan kita untuk cinta pada Allah dengan tahap cinta Rasulullah SAW yang sanggup bangun awal setiap pagi, bertahajjud dalam menemui cinta Illahi. sehingga Aishah RA menegur baginda, mengapa baginda terus melakukan solat-solat sunat sehingga bengkak kakinya sedangkan segala dosa-dosa baginda telah diampunkan oleh-Nya, malah dijanjikan syurga? Allahu akbar...
  • Imam Ghazali telah berpesan, terdapat 7 jenis zina yang kita dah lakukan tanpa sedar:
  1. Zina Mata: apa yang kita lihat
  2. Zina Telinga: apa yang kita dengar
  3. Zina Mulut: apa yang kita ungkapkan ketika ber'couple'
  4. Zina Tangan: apa yang kita pegang, taip, tulis...
  5. Zina Kaki: ke mana langkah kita
  6. Zina Kemaluan: melakukan perkara yang diharamkan Allah
  7. Zina Hati: bila hati terlalu kotor, hati akan hitam, kebenaran tidak mampu disingkap
  • Rasulullah SAW sangat menekankan pentarbiyahan pemuda-pemudi supaya tidak goyah dek cinta.
  • Kita tak sedar bahawa selama ni, kita tak pernah balas cinta Allah walhal Allah sangat mencintai kita. Kita dah khianat pada Pemberi Cinta Agung dengan menghadiahkan cinta tersebut kepada ORANG YANG TIDAK SEPATUTNYA
  • Kita akan mampu untuk tinggalkan cinta palsu kita bila kita dapat cinta Allah sebenarnya.
  • Kepada sesiapa yang belum bertemu cinta dengan manusia, yakinlah dengan janji Allah bahawa kamu telah ditetapkan seseorang untuk menjadi jodohmu, insya Allah.
  • Kepada yang sedang bercinta, ceraikanlah couple anda kerana anda tidak akan kehilangan apa-apa melaninkan CINTA PALSU. Ramai sekarang nie berani couple je, kalau suruh kawen tak berani, kenapa?

Ok. sekarang dah sampai sesi soal jawab pulak... =)

Macam mana nak tangani suami yang cemburu?
= Tengok balik pada base perkahwinan kita. Adakah berlandaskan syara; atau pun nafsu? Controllah ikut ajaran syara'.
= Realiti perkahwinan dan percintaan berbeza sangat. Dunia percintaan adalah dunai penuh lakonan dan dunia perkahwinan adalah realiti cinta sebenarnya.

Tips nasihatkan kawan yang dah couple?
= Jangan bangga diri yang kita nie tak couple lagi. So, tawadduk lah pada Allah dan terus mohon kepada-Nya agar diri kita terus dipelihara.
= Sebelum nasihat kawan, kita sayang dulu kawan kita sebabnya dia akan mudah terima nasihat kita kalau kita bagi dengan kasih sayang.
= Doakan kawan kita moga di buka pintu hatinya meninggalkan couple tue...

Cara nak cari cinta ikut citarasa?
= Jangan bezakan cinta zaman Rasulullah dan juga cinta zaman sekarang. Sebab tue lah mindset kita banyak terpengaruh dengan cinta-cinta seperti yang diuar-uarkan oleh Hollywood & Bollywood.
= Contohi kisah cinta Hanzalah dan isterinya, jamilah. Bapa Jamilah merupakan orang munafiq namun kerana cinta Jamilah kepada hanzalah (pengikut setia Rasulullah), Jamilah tetap menikahi Hanzalah. Pada malam pertama perkahwinan mereka, hanzalah sudah dipanggil untuk berperang dan panggilan itu telah disahut oleh Hanzalah dan juga didorong oleh Jamilah...
= Kalau pilih pasangan, jangan ikut citarasa sendiri tapi ikutlah apa yang Allah dah tetapkan...

Inilah antara serba sedikit intipati yang dapat saya kongsi. Conclusionnye, orang yang bercouple nie diibaratkan macam orang yang tak percaya dengan jodoh yang Allah dah tentukan. Kalau dia percaya jodoh Allah, kenapa nak cari cinta palsu? Bukankah lebih baik kalau masa untuk bercinta itu dimanfaatkan untuk berdakwah, menuntut ilmu seterusnya berbakti kepada agama, keluarga, bangsa dan negara?
Renung-renungkanlah...
Wallahu'alam...

Sahabat Itu Meneguhkan Azamku

Pernah aku melahirkan kebimbanganku kepada seorang kawan mengenai beberapa dugaan yang harus aku tempuhi andai tekadku, andai cita-citaku ialah menyambung pelajaran di negara orang. Di sini, aku ingin merakamkan perbualan antara aku dan dia. Aku memerlukan teman untuk kumohon sandaran kekuatan selain berdoa dari Yang Esa. Selepas aku dipujuk oleh Yang Esa, aku turut menerima pujukan lembut dari seorang sahabat. Sahabat yang aku sendiri tidaklah begitu rapat di alam persekolahan namun kini, aku banyak belajar erti ketabahan, ketekunan dan kegigihan daripadanya.

Siti Nur Asyrafiah December 22 at 6:01pm

salam dila....
dila...soe kacau ko...
dila, tadi aku isi name nak DENGAR TAKLIMAT
nak further ke Jordan...
memang impian aku nak smbung ke sana dila...
tadi hujan, so ak pon take time lah utk muhasabah kejap
tadi kan dila, ak terfikir balik, sanggup ke aku belajar ke luar negara...
pastu makcik aku dlu smpai xsempat tgok arwah nenek ak sbb dy kat oversea...
mmg lah mati tu kat mane2 pon boleh tapi ak kdg2 rase macam xbetul jugak
biase lah rindu kat family kan...
tapi, inilah impian ak...
nak sambung ke Jordan...
pastu terfikir pulak tetibe tahun nie budak2 Law tak digalakkan sgt
tapi tahun nie lah budak law ramai gile nak pegi
aku tengok nama2 dorg, ak pk ramai!!
mampu ke ak nie dapat sambung ke sana...
tapi ke sanalah harapan aku nak sambung belajar...
tadi ak ase cm xmampu nk pegi ke ngra len utk blaja
tp bila ak pk2, kalau ini rzki ak, ak akn berusaha...
skrg dy bkak 45 org j utk taklimat tu...
doakan ak dimurhkn rzki, dpt smbg k sne, dpt tajaan zakat...
soe dyll ak tlis panjang2
;p


Dila Umar December 24 at 12:06am

waalaikumussalam wbt..

ak doakn ko dpt kejayaan dunia & akhirat. byase la tu berbelah bagi an. time ni la solat istikharah, mntk petunjuk kt Allah..
"... boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia baik bagimu, & boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." [2:216]

pastu klu kt bace hadis 4 drpd hadis 40, kt tau kn rezeki, ajal, amalan n nasib kt da ditetapkn Allah kn. so kt sbgai manusia ni hny perlu usaha, doa, tawakal n reda dgn sume yg da dtetapkn tu.. :)

pastu ak rse sbgai seorang anak, bkn time dorng meninggal tu yg pnting. bknlah mksudnye x pnting lngsung, tp plg pnting time dorang still hidup ni. klu cm ak jauh ni pn, bole kate hmpir stiap hari skype n ym dgn dorng. skarang ade internet.. bkn mcm dlu.. tinggal nk ke xnk je lg. n klu kt mlysia pn, klu mmg da dtkdirkn x dpt jmp pn x jmp gk kn..

so, as a conclusion, usaha n bertawakallah. betulkan niat. cari matlamat hidup kt. ape die? utk beribadah n jd khalifah kn. (Az-zariyat:56),(Al-Baqarah:30) tp cmne nk capai mtlamat tu? itu yg kte kne cari.. all the best!! may Allah bless u always n forever..


Siti Nur Asyrafiah December 24 at 3:19pm

dila...tanx a lot dila....
ko byk bg smgt kat ak...
ak akn cube sedaya upaya usaha yang terbaik dan dapatkan yang terbaik....
time kasih byak2 dila sebab ingatkan ak dgn ayat-ayat Dia...
bersyukur sangat ada kawan yang sudi ingatkan....
May Allah bless u my friend...
=)

Sungguh, aku sangat terharu dengan kekuatan yang diberikan olehnya. Bukanlah bermakna aku tidak menghargai teman-teman yang lain, namun dia bagiku antara rakan yang patut diteladani. Moga Allah terus melimpahkan rahmat kepadanya...
Amiin....

Friday, December 24, 2010

Cara Nak Urus Jenazah Wanita

Ok, entry nie adalah sambungan entry yang sebelumnya. 
Baru saya tau tadi, untuk JENAZAH PEREMPUAN, kain kapan ada 5 helai, JENAZAH LELAKI 3 kain kapan. Saya jugak baru tau, yang jenazah perempuan nie, 2 helai diperuntukkan untuk KAIN KAPAN @ PEMBUNGKUS MAYAT KITA (kena 2 untuk elakkan aurat mayat perempuan nie terbuka), 1 helai untuk buat BAJU MAYAT, 1 helai untuk TUDUNG MAYAT, 1 helai lagi untuk KAIN MAYAT. Kirenya, untuk jenazah wanita nie kena buatkan baju sebelum dibungkus dalam kain kapan... Allahu akbar...


Kalau nak terangkan method untuk balut jenazah perempuan, boleh je. Cume saya takut tak berapa jelaslah kalau diterangkan kat sini. Tapi, saya akan cuba terangkan ye..

  1. Mula-mula ukur mayat. Amek ukuran mayat start daripada ujung kepala mayat sampai ujung jari kaki mayat. Lebihkan 1 meter dari kepala dan 1 meter dari kaki mayat untuk jenazah dewasa, dan 1/2 meter kepala & setengah meter kaki untuk jenazah kanak-kanak.
  2. Then, bentangkan 2 helai kain kapan yang dah diukur tue (yang digunakan untuk balut mayat).
  3. Amek ukuran tepi sekali pada kain kapan tue, then divide dua bahagian, satu untuk kain, satu lagi untuk baju. 
  4. Lepas tu, letakkan kain jenazah (kain kurung untuk jenazah, ni kalau buat daripada kain kapan lah).
  5. Then, letak untuk baju pulak. Baju tu, potong bahagian lehernya. (alah, macam buat leher kat baju kurung tue..)
  6. Kemudian, pakaikan tudung pada kepala mayat (tak kisah pakaikan macam mana pun).
  7. Dah siap tu, ikatkan hujung ibu jari kedua-dua kaki mayat supaya tidak terbuka.
  8. Sekarang, nak masuk part bungkus mayat habis nie. Hehe... Dah siap sume2 tue, lipatkan kain kapan mayat tu, dari bahu kiri dy, lipat masuk ke dalam bahu kanan. Buat sehelai demi sehelai. Kemaskan lipatan. Kemudian, ikatkan mayat dengan menggunakan tali daripada lebihan kain kapan di 3 tempat, di lutut, punggung dan bahu... Make sure ikatan tersebut diletak di sebelah kiri sebab mayat akan diiringkan ke sebelah kanan. Tujuannya bagi memudahna ikatan mayat tue ditarik oleh orang yang menanam mayat tersebut daripada sebelah kiri.

* Tak salah kalau kita pakaikan mayat dengan pakaian berjahit, misalnya kita pakaikan dia dengan jubah n tudung dia semasa hayat or telekung yang berjahit. Tak de sebarang hadis pon kate dosa...

That's all... Wassalam...

Kursus Pengurusan Jenazah

Pesanan Luqman hakim kepada anaknya, “Pilihlah kamu masjid yang ada menyebut nama Allah. Jika kamu seorang yang alim, maka mereka akan menambah ilmu kepadamu. Jika kamu seorang yang jahil, maka mereka akan mengajarkan kepadamu. Jika Allah menurunkan rahmat kepada mereka, maka kamu juga akan turut mendapat rahmat tersebut.”

Alhamdulillah, hari ni dapat mulakan hari dalam penghulu segala hari dengan mengingati mati. Cuba untuk memperdalami ilmu mengurus jenazah... Masa kita akan tiba bila-bila masa sahaja... Dalam quran juga dah sebut, dunai hanyalah sebagai tempay persinggahan manakala akhiratlah sebaik-baik tempat pulangnya kita... Ok lah, hari ni nak share cara-cara pengurusan jenazah base on ilmu yang dapat saya kumpul daripada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari tadi... Sama-sama kita amalkan, insya-Allah... =)

Sebelum uruskan jenazah, kita kenal dulu tanda-tanda sebelum dan selepas seseorang itu mati. Terdapat beberapa tandayang jelas boleh dilihat bagi mengesahkan orang tersebut akan meninggal dan juga sudah meninggal seperti:
  • Hidung dan telinganya jatuh : tandanya orang tersebut sedang sakit tetapi belum nazak.
  • Keluar peluh yang berlebihan, berwarna kekuningan dan saiznya agak besar, eloklah ditalkinkan dengan perkataan "Lailahaillallah" sebagaimana yang telah diajar oleh Rasulullah SAW. Ini kerana lidah orang yang hampir meninggal dunia kelu dan susah untuk menyebut sesuatu yang panjang2.
  • Selang beberapa minit, jika dia sudah tidak mengikut sebutan yang diajar, maka ajarkan kembali perkataan  "Lailahaillallah" sebagaimana pesan Saidina Umar, "Hadirlah kamu di sisi orang yang hampir mati dan ajarkanlah kalimah "Lailahaillallah", kerana orang yang hampir mati itu melihat apa yang tidak kamu lihat."

Para fuqaha' berkata, malaikat akan datang dan menebarkan sayap kanannya (untuk menunjukkan bayangan-bayangan syurga) atau sayap kirinya (menunjukkan bayangan-bayangan neraka).
Sabda Rasulullah : "Siapa yang mengakhiri kalamnya di dunia ini dengan kalimah Allah, maka Allah janjikan syurga kepadanya."
  • Tanda-tanda kekejangan : orang yang sakit yang telah nazak (roh sedang bergerak meninggalkan jasad.)
  • Hujung jari kaki dan tangan berwarna biru : tanda-tanda orang tersebut telah sejam meninggal dunia.
  • Punggung dan pinggangnya sama rata / rapat dengan lantai : tanda dia sudah 3 atau 4 jam meninggal.
  • Keluar hingus, bergenangan air mata, peluh: insya-Allah mendapat rahmat Illahi.

Terdapat beberapa perkara sunat yang perlu dibuat kepada orang mati:
  • Pejamkan mata si mati dan bacakan doa kepadanya.
  • Jika si mati memakai baju, hendaklah dibuka pakaiannya tanpa mendedahkan auratnya. Badannya hendaklah ditutup dengan kain yang bersih.
  • Tanggalkan segala aksesori yang palsu daripada badannya (rambut palsu, gigi palsu).
  • Lembutkan segala sendi-sendi orang yang meninggal dengan menggunakan minyak-minyak yang bersesuaian. Jika mayat sukar melenturkan sendinya, petua orang tua-tua, rendam segenggam air beras, urutkan sendi si mati dengan menggunakan air tersebut sambil memanggil nama si mati.
  • Qiamkan tangannya (kedudukan tangan seperti sedang dalam solat), ikat dan rapatkan kedua hujung jari kakinya supaya tidak terbuka dan juga di bahagian lutut. Ikat dagu dan simpulkan atas kepala mayat supaya mulutnya tidak terbuka.
  • Letakkan mayat di tempat yang sederhana tinggi dengan melunjurkan kaki ke arah qiblat.
  • Letakkan sesuatu yang sederhana berat yang sesuai di atas perut si mati supaya tidak kembung. Ini kerana rongga2 si mati sudah tidak berfungsi dan mudah dimasuki angin.
  • Sunat bakar wangi-wangian seperti setanggi atau gaharu.

Lazimnya, di dalam majlis kematian, mesti akan ada sesi mencuim jenazah dan menangis. Adat melayu MELARANG KERAS sesiapa yang mencium mayat dengan menitiskan air mata kerana Rasulullah SAW sendiri pernah menangis di atas wajah sahabatnya, Uthman bin Mas'ud. Mengalirkan air mata di atas mayat TIDAK MENGAKIBATKAN KESAKITAN KEPADA MAYAT. Ini jelas sekali bertentangan dengan ADAT MELAYU yang melarang keras kita mengalirkan air mata dan air mata tersebut ke atas mayat. Tambahan pula, air mata tidak tergolong dengan sesuatu yang najis. Mencium mayat yang bukan mahram juga tidak akan mendatangkan dosa ke atas mana-mana pihak. Menangis itu boleh, cuma tidak boleh meratap, selari dengan sabda Rasulullah SAW:
"Mayat akan terseksa di kubur dengan ratapan warisnya yang masih hidup."

Kematian seseorang tersebut perlu dilaporkan kepada pihak berkenaan, misalnya jika si mati meninggal dunia di rumah, maka kematiannya perlu dilaporkan kepada balai polis yang berhampiran. Tetapi, jika mayat meninggal dunia di hospital, tidak perlu dibuat sebarang laporan kepada mana-mana pihak. Tujuan laporan dibuat adalah untuk mendapatkan PERMIT MENANAM MAYAT. Selepas dapat pengesahan polis, hendaklah diuruskan secepat mungkin sebagaimana sabda rasulullah SAW:
"Hendaklah kamu segera menguruskan jenazah, janganlah kamu melengah-lengahkannya. Jika orang yang kamu uruskan tersebut orang yang soleh atau solehah, segerakanlah jenazah tersebut untuk mendapatkan ganjarannya. Jika orang yang kamu uruskan adalah orang yang banyak melakukan maksiat, maka dosa-dosanya akan membelenggu si mati."

"Janganlah kamu kebumikan mayat di waktu malam kecuali terpaksa."

Disebabkan  tanda-tanda nak hujan semakin ketara, saya nak stop dulu sampai sini. Insya-Allah next entry saya akan tulis pengaplikasian dalam mengurus jenazah perempuan terutamanya. Apa-apa pun, bersyukur kepada Allah keran beri kesempatan pada saya post entry nie... Alhamdulillah & wassalam... See u on next entry ok~~


Thursday, December 23, 2010

Nak Pergi Jepun!!!!

Huaaaaaaaaaa....
Kali nie betul-betul rasa nak pergi ke Jepun lah....
Sebab sangat suke tengok cerita penyiasatan Jepun (kalau lecturer thesis saya suke cerita CSI). Hehehe.
Nie antara senarai cerita yang saya suke gileeeeeeee tengok!!!

1- Death Note

2- Real Detective Conan

3- Tokyo Dog

Kalau cerita-cerita cinta-cinta Jepun ke mane2 ke, kureng siket lah... Sebab saya paling suke tengok cerita hantu but not violent.

Kat sini pulak nak attach juge huruf-huruf Jepun yang dah pernah belajar time skolah dulu...
Yang nie nama nya tulisan hiragana.
Tulisan hiragana nie ialah tulisan asas Jepun. Sebelum belajar ke next step... (nie tulis base on ape yang saya tau spnjang blaja kat SBPI SB)

Tulisan nie namanya Katakana. Dia digunakan untuk tulis kata nama khas, contohnye macam nama... Nama orang xkan ditulis dengan tulisan hiragana tapi akan ditulis dengan tulisan Katakana.

Sebenarnya ada lagi 1 tulisan, final step, tulisan Kanji. Saya tak sempat belajar sampai kanji. So, kalau sekarang nie, setakat baca Hiragana dengan Katakana lepaslah... (macam standard budak2 tadika Jepun je... hihi) 

Lagi satu, saya jugak suke sangat dengan novel yang ditulis oleh Ramlee Awang Mursyid, sebab saya rasa ade sentimental value yang tersimpan kemas dalam novel nie... =) (walaupun saya tak pernah beli lagi buku nie)

 Saya suke sangat Jepun sebab:
  1. Diorang punctual dengan masa.
  2. Negara yang bersih.
  3. Rakyat dia RAJIN GILE membaca. Bilelah saya boleh jadi macam nie?
  4. Teknologi sangat maju. Tengok lah teknologi2 yang di'apply' dalam cerita-cerita Jepun nie... Canggih & buat saya kagum (walaupun saya nie tak reti bab-bab engineering...)
That's all for today... Thank you...
=)