Friday, July 8, 2011

Saya Saaaaayang Sangat Keluarga Saya!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Saya ada sebuah keluarga. Keluarga yang ramai dan bahagia. Walaupun kemas depan, belakang pecah, kemas belakang, kat depan hancur. Hahahaha Memang macam-macam. Saya ada 8 orang adik beradik, dan saya yang sulung. Bongsu setahun 7 bulan.. Waaa sangat comel! Saya suke sangat mata dia sebab mata dia sangat cantik! Dan juge mate adik lelaki saya, adik secpnd last. Mata dia bulat dan cantek! Selalu saya cakap pada adik saya yang bongsu, saya panggil dy Nuna. Bile saya tengok dia, saya mesti senyum, sebab dia manja, mata dia cantik, hitam bersinar... Saya akan cakap cani, "Nuna...kakak suke mata Nuna... Kakak nak mate Nuna boleh?" Lepastu mesti dy gelak. Adekah dia paham ape yang saya cakap? Sungguh comel dia sebab dia gelak... Baru ada 6 batang gigi... Mmuuaahhh! Caaaaayang Nuna!

Alhamdulillah, saya masih dipinjamkan Allah seorang ayah yang sangat penyabar dan seorang mama yang sangat kuat. Walaupun orang tua saya berpendidikan biasa-biasa, namun saya tabik dengan kekentalan mereka. Saya sebagai anak sulung sentiasa diberi perhatian, saya kadang-kadang rasa macam saya anak yang bongsu pulak dala family. Kebanyakan kemahuan saya dipenuhi. Walau sesusah mana, ayah akan usahakan. Mama akan penuhi. Saya ingat lagi masa kecik, dalam umo saya 4 atau 5 thun, saya kene operate. Saya ingat lagi, sebelum saya nak operate, kire mase tue saya tengah baring kat atas katil bedah, dah pakai ape yg penmapung nafas tu (ape tah namenye xtau lah saye), mama berdiri tepi katil saya, saya cakap camnie kat mama, "Mama, kalau kakak mati mama jangan nangis ye..." Lebat mama nanges. Haishhh teruk betul saya nie. Tapi...saya tak salah. Saye kecik agie mase tu... Mane saya tau ape2. Hehehehe

Saya ingin menjadi sekental ayah. Ayah lelaki yang sangat tabah menghadapi pelbagai rintangan dalam hidup, bermula dari alam remajanya, hingga beliau memikul tanggungjawabnya sebagai seorang suami, seorang ayah kepada 8 orang anak.. 4 putera dan 4 puteri... Hanya ayah sorang yang kerja untuk sara keluarga... Alhamdulillah, tak pernah kami tak makan walaupun kadang-kadang dilanda masalah ekonomi dalam keluarga. Kami mesti akan dapat jugak makan nasi dan lauk yang tak lah sampai ikan bilis je ke... Alhamdulillah, saya tak pernah lagi merasa sampai tahap itu.. Ayah gigih memperbaiki taraf hidup kami sekeluarga, hinggalah kini. Alhamdulillah, Allah gandakan rezeki ayah melimpah-ruah... Dengan ketegasan ayah, membentuk kami jadi lebih beradab. Ayah tetap sabar walaupun kami nie macam-macam karenahnya, nak-nak lagi saya... Ayah sabar sangat. Terima kasih ayah. Saya mohon kepada-Nya agar dikurniakan seorang suami yang sangat sabar dan sangat gigih berjuang menyara dan menjaga keluarga. Mohon DIA menghadiahkan saya seorang lelaki yang cekal, yang bersungguh-sungguh, bukan sekadar pandai bermain kata..

Mama... Mama yang paling banyak tahan hati dan sabar dengan seribu sat karenah aku. Dari kecik aku bermasalah, dengan sakit itu ini, mama tak pernah mengeluh... Bile aku tengok sendiri, macam mana gelabahnya mama bile Nuna tibe2 tak bergerak, menggeletar2 macam menghadapi sakratul maut, btul saya cakp bukan doakan, tengok sendiri depan mata saya. Ayah kelam kabut capai kunci kereta. Tengok muka mama hadapi keadaan Nuna, saya terus nangis. Automatik! Segera saya berpaling ke arah lain untuk mengelap air mata yang jatuh.. Betapa mama sayangkan kami. Betapa mama kata, mama bersykur sangat tak jadi pape kat Nuna... Betapa teruknya saya jadi anak yang selalu nakal, xbaek... Banyak dugaan dan cubaan yang berlaku... Untuk kali ini, kucuba untuk menyeka sang air mata dari gugur. Kucuba sekuat hati, biar xmengalir di depan mama. Aku taknak mama tengok aku anak sulung yang lemah. Namun, aku tak mampu. Tengah duduk2 dan main gunting-gunting dengan mama. Tiba-tiba, mama cakap tentang itu, serta merta air mataku gugur. Segera aku berpaling biar mama xperasan. Namun, aku tak mampu mengelak bila kembali bertentang mata dengan mama. Aku malu sebab sebagai anak gadis, inilah kali pertama aku menangis depan mama. Sangat malu, tapi aku tak mampu nak tahan... Mama memujuk supaya jangan bersedih dan kuat untuk hadapi segalanya. Aku tak ucap terima kasih, bukn kerana aku sombong, bukan kerana aku besar kepala, kerana aku masih menahan sendu... Betapa lemahnya aku... Betapa sayangnya mama pada aku... Dan aku terus tersedu walaupun kutahan dan tahan....

Saya sayang adik2 saya, walaupun dorang cakap saya Kak Ros ke ape ke... Memang saya garang, sebab saya taknak adik2 saya hanyut dalam dunia mereka. Saya nak mereka berikan sepenuh komimen mereka sebagai pelajar. Mungkin saya dorng kate saya tak sayang dorang. Memang tak sayang, tapi SAYANG SANGAT. Hikmah adik-beradik ramai nie banyak. Antaranya banyak kawan nak carik gado, ade kawan nak sembang, ade yang bole kene buli suh g amekkan hanger kat luar kalo malas sangat nak bangun amek hanger. Kikikiki semacam kejam but not so lah.... Biaselah anak sulung kan de kuasa veto... Hahahaha Saya rindu pulak dekat adik second saya. Dia kat UiTM Perak.  Dia nie kalo mama anta mesej, payah no dy nak balas. Ape tah masalahnye... Hahahahaha Abang, belajo betul2. Ingat susah payah mama ayah nie kat sini. Sume doakan kejayaan abang, jangan dok ngayat anak dara orang, topup pun mintak sini... Hahaha

Ya Allah, ampunkan dosaku... Limpahkan kasih sayangmu buat mama dan ayah... Rahmati mereka kerana banyak keringat mereka tercurah buat kami... Ya Allah...lindungi ahli keluargaku daripada sebarang kejahatan dan kebinasaan.
Amiin ya rabbal 'alamiin....

4 comments:

  1. Rentaslah seribu lautan,
    kembaralah ke seluruh alam,
    Takkan kau temui,
    Semurni cinta,
    Keluarga...

    (Nowseeheart, keluarga bahagia)

    ReplyDelete
  2. kak bella:
    syukran jazilan atas nasihat akk yg bterlalu byk n sokongan akk :)

    akh saufi:
    syukran =)

    ReplyDelete
  3. ..ada hikmah disebalik yg berlaku..
    so, tabahkan hatimu, kukuhkan imanmu..

    ReplyDelete