Friday, July 22, 2011

Siapakah 'Dia'???

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Eh3! Nape tbe2 postage tajuk cam jiwang semacam je? Haiyyaaaaaaa. Semenjak dua menjak nie, mama asyek dok tanye pasal calon suami. Terdiam lah saya. Dan saya kata, saya tak nak pilih. Saya redha je pilihan mama ayah. Mama ayah carikanlah untuk kakak.. Tibe turn mama pulak diam. Hikhikhik... Nak tau sebab ape? Mama kate, manelah mama nak carik? Saya jawab senang je, carik kan je lah kat mana-mana yang mama rasa sesuai. Kakak tak nak pk ape-ape. Kakak nak belajar. Cume, kalau boleh, habis degree (insya Allah jika diberi rezeki) nak kawen je. Tak kesah lah lelaki tu cemane, yang penting AGAMANYA....

Saya...ada kriteria-kriteria saya sendiri yang saya nak dalam diri 'dia'. Saya tahu, orang kata, macam mana kita, macam tue lah pasangan kita. Kalau kita nak yang soleh, kita jangan mencari yang soleh, tapi, kita kena ubah diri kita menjadi solehah terlebih dahulu. Saya? Masih jauh sangat rasanya nak pegang gelaran solehah tue. Banyak sangat cacat dan lobang-lobang pada diri yang hina ini. Tapi...saya menginginkan 'dia' yang seperti ini...

  • Dia lelaki yang membangunkan saya dengan sabar untuk bertahajjud kepada-Nya.
  • Dia lelaki yang sangat on-time bila masuk waktu solat, takkan melengah-lengahkan solatnya melainkan ada keperluan yang mendesak.
  • Dia lelaki yang mengambil kira, pentingnya melapangkan waktu dhuha untuk bertemu dan bermunajat barang sesibuk mana pun kerjayanya.
  • Dia lelaki yang bila berkata sangat berhikmah, penuh dengan nasihat yang disulami kasih sayang .
  • Dia lelaki yang sangat peka membantu saya menjaga aurat saya dan keluarga yang lain, kerana dia tahu, saya merupakan sebahagian daripada tanggungjawabnya yang sangat wajib dijaga rapi.
  • Dia lelaki yang mampu memimpin tangan saya sekeluarga melangkah dengan senyuman yang gembira bersam-sama ke gerbang syurga.
  • Dia bukan lelaki yang bangga melangkah kaki ke stadium bola on-time atau sharp on-time masuk ke panggung wayang atau dah biasa keluar masuk ke karaoke bersama teman-temannya.
  • Dia lelaki yang sangat gigih mencari ilmu. Ilmu bukan sahaja semasa zaman kuliahnya, namaun ilmu sepanjang masa selangi dia masih bernyawa.
  • Dia lelaki murah hati, merendah diri, walaupun dia seorang yang hebat atau terbilang atau berkepimpinan. Sangatlah benci lelaki yang suka bangga diri, walhal ramai lagi yang lebih bagus dari dia.
  • Dia lelaki yang membanggakan keluarganya, patuh pada percakapan kedua ibu bapanya, bukan ibu bapanya yang terpaksa menuruti kemahuannya. 
  • Dia lelaki yang jujur pada dirinya sendiri dan menjalankan amanah sebagai seorang khalifah, seorang anak, seorang lelaki dengan sebaiknya.
  • Dia lelaki yang bila berjanji dia tepati.
  • Dia bukan seorang lelaki yang bijaknya bermain kata tentang dunia tapi dia bijak bertutur manis mengingatkan janji-janji Yang Esa di alam sana.

Banyaknya ciri yang saya nak pada 'dia'. Dan 'dia' pun mesti mengharapkan yang sama kan? Saya pulak macam mana? Dah lunas ke segala tanggungjawab dan hak-hak kepada yang Allah, Rasul, keluarga, agama, bangsa dan negara? Ya Allah...kerdilnya saya ini.... Sangat banyak kekurangan....


Namun, bila sampai masanya....akan dipertemukan juga dengan seorang 'dia'. Namun, segalanya masih menjadi rahsia Allah, siapakah 'dia'. Sekarang, tak payah sibuk mencari yang soleh, andai diri masih kucar-kacir. Betulkan diri, insya Allah, DIA bagi 'dia' yang sebenarnya...
Wassalam...

2 comments: