Sunday, July 10, 2011

Denyut Kasih Medik

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya baru menyudahkan membaca sebuah novel ilmiah, iaitu Denyut Kasih Medik by Dr Farhan Hadi, iaitu suami kepada penulis novel yang saya sangat2 minat, Fatimah Syarha! Saya beli buku nie mase bookfair kat Shah Alam last week, seminggu jugak baru saya boleh habiskan buku nie. Mungkin saya dikategorikan lamabt nak bace ke ape ke, dah saya baru direzkikan Allah untuk memiliki buku tu masa saya beli last week. Cadangnya, saya nak beli buku Nota Buat Syabab by Fatimah Syarha. Dah pegang dah, tapi tibe2 saya ternampak novel 'Denyut Kasih Medik' yang dah terbukak balutan plastiknya, saya capai dan tengok contentnya, saya rasa nak memiliki novel dari pasangan Fatimah Syarha, cuba membaca bagaimana olahan penulisan seorang doktor islamik. Novel2 Fatimah Syarha yang lain insya-Allah akan menyusul dalam senarai koleksi saya apabila Allah bagi rezeki untuk beli. Sekarang duit perlu digunakan dengan lebih cermat untuk kepeluan yang lebih memerlukan.

Ok, saya taknak cakap panjang tapi kesimpulan dari novel nie, SAYA SANGAT TERTARIK. Saya suke sangat baca novel nie sebab darat dengan dakwah. Siapa kata keje doktor paling sibuk tak sempat nak berdakwah? Bagi saya, dakwah tu kat mana-mana je boleh disalurkan, cume lagi bagus kalau kerjaya kita memerlukan kita untuk berjumpa, berkomunikasi dengan pelbagai ragam orang. Kita kenalah mempersiapkan diri dengan ilmu dari pelbagai sudut, fiqh, akidah, akhlak, psikologi dan sebagainya. Paling penting, bile kerja dengan orang ramai, pembelajaran mengenai psikologi dan kawalan emosi tu lebih penting.

Yang saya dapat tengok, dari novel Fatimah Syarha yang kedua yang saya baca iaitu Tautan Hati, cinta mereka sangat unik. Sekaligus menyentuh hati saya. Saya??? Mampukah saya mempertahankan seperi itu? Kalau nak ikut secara logiknya, Fatimah Syarha student UIA, Dr Farhan pulak UniMaS. Jauh lah jugak dan kebarangkalian untuk bertemu untuk urusan sangatlah kecil disebabkan jarak sebagai pemisah, namun, cantiknya ALLAH susun cinta mereka. Masing-masing sangat mencintai ilmu pada zaman muda mereka, sentiasa menghidupkan hari mereka dengan USRAH. Ye, usrah nie menghidupkan hati, di mana halaqah dibentuk untuk saling mengingati, saling berkongsi masalah, salingn memberi pendapat dan semangat. Cara hidup mereka juga sama, walaupun masing-masing tak pernah bertemu. Subahanallah! Sesungguhnya benarlah seperti friman Allah dalam surah an-Nur, ayat 3, "Penzina lelaki tidak boleh menikah kecuali dengan penzina perempuan atau perempuan musyrik..." (sambungannya boleh rujuk dalam tafsir ye.. ) Nah! Janji Allah itu benar. 

Banyak juga istilah-istilah medik yang dihimpun, info fiqh medik, fiqh wanita dan fiqh cinta terhimpun di dalamnya, Sesungguhnya, saya merasa bersyukur sebab Allah menggerakkan hati ini untuk mencapai dan memiliki buku nie. Kalau nak tulis satu-satu memang tak tertulislah kot. Banyak sangat info yang berfaedah. Gaya penulisan beliau dan isterinya sangat mantap. Penuh dengan info dan bukan khayalan semata-mata... Cerita berdasarkan realiti dunia kedoktoran, diselitkan dengan unsur-unsur dakwah! Subhanallah! Berapa ramai yang mampu menghasilkan penulisan macamnie? Saya nie lagi lah... Ilmu pun baru bertatih nak digapai... Cuma, saya mempunyai satu kegilaan, dari kecik saya memang suka membaca, alhamdulillah berkat hidayah-Nya dan juga berkat didikan kedua ibu bapa saya. Dn bile dah besar nie, banyak buku saya beli tapi tak terhabis-habis. Maklumlah, mase kat KUIS banyak sangat jualan buku dan saya memang rajin sikit beli buku-buku walaupun malas nak bace terus. Saya teringat Ustaz Saifullah penah cakap dalam tutorial, beliau kata, "Sekarang kalau kamu nie malas nak baca takpe. Beli je dulu, insya Allah satu hari nanti kamu akan khatamkan buku-buku tue." Betul! And saya rasa, sekarang bila saya dah diberi peluang menjadi suri rumah sepenuh masa, sebelum melangkah ke alam belajar lepas nie, saya akan cuba mengkhatamkan susunan buku yang berbaris-baris, insya Allah...

Saya juga ada membaca satu part dalam novel Denyut Kasih Medik, bagaimana Dr Farhan menyelitkan tips daripada Fatimah Syarha, bagaimana seorang perempuan itu juga perlu untuk berusaha mencari jodoh. Ok, kat sini saya kongsi, (dipetik dari novel Denyut Kasih Medik, m/s 215 hingga 216)

1- Menyediakan diri sebagai produk 'solehah' yang diidam-idamkan.
2- Kawal diri supaya jangan gedik.
3- Memelihara batas pergaulan, iaitu berkawanlah dengan sejantina sahaja.
4- Jika terpikat dengan kesolehan seorang lelaki kerana agamanya, maka gunalah cara 'orang tengah' yang sepatutnya.
5- Minta ibu bapa yang carikan calon untuk anda.
6- Jika anda dirisik secara langsung oleh seornag lelaki yang anda yakin dengan agamanya, mintalah dia agar berhubungan langsung dengan ibu bapa anda.

Saya rasa, semua orang mengimpikan pasangan yang soleh dan solehah kan? Dan saya pun takkan terkecuali. Saya teringat pesan Kak Rahmah, kakak dorm saya mase kat Intersaber dulu, dia kata, "Kita nak orang baik jadi pendamping kita, kita pulak macam mana? Dah jadi baik ke? Mesti pasangan kita nak kita baik jugak kan?" Erm...betul... Saya??? Selalu saya terfikir, rusuk kiri siapakah yang ada pada saya sekarang? Dengan rusuk kiri siapakh yang saya bertampung untuk meneruskan perjuangan? Masih dalam rahsia ALLAH SWT... Saya tak pernah berhenti berdoa buat'nya', agar Allah sentiasa menjaganya, siang dan malamnya. Agar Allah sentiasa menguatkan imannya menghadapi mehanh dunia. Agar Allah membetulkan kekhilafannya. Agar Allah meredhai setiap geraknya di atas muka bumi ini... Dan agar Allah ingatkan dia, bahawa 'rusuk kirinya' yakni aku sedang menantinya untuk dibimbing. Dan aku juga sedang dalam proses bermujahadah, mentajdidkan diri ke sirotol mustaqim... Walau aku banyak kekurangan, namun diri ini sentiasa bersyukur kerana DIA tak pernah meninggalkanku barang sesaat dan tiap ujian yang dikirim tanda DIA mahu aku pulang ke pangkal jalan. Terima kasih ya Allah atas keberkatan yang KAU berikan, peluang memperbetulkan kesalahan diri yang tak pernah KAU tutup barang sesaat. Selautan syukurku tak sama dengan setitis nikmat yang KAU berikan...

Ya Allah, kerdilnya diri ini... Dalam mencatur hidup, dalam mengatur langkah... Sering tersalah pijak, sering menyimpang... Namun KAU tak pernah putus menghantarkan peringatan padaku... Hinanya aku di sisi-Mu ya Rabb... Ampunkanlah aku ya Allah... Tetapkan hatiku dalam jalan mujahadah-Mu walaupun kerapkali hati ini alpa, maka KAU gantikanlah dengan hati yang bersih dan suci Rabb....

Dengarlah rintihanku ya Allah....
Amiin...



No comments:

Post a Comment