Wednesday, July 13, 2011

Cabaran Alam Perkahwinan

Assalamualaikum semua...

Hey, sekrang mase semua orang tengah syok2 tdo, saya pulak dapat idea nak menulis-nulis siket kat blog neh. Okey, tadi saya tengok gambar-gambar mase attend wedding best fren saya, last year and sekarang, kawan sy dah nak jadi ibu da pun. Her name is Hidayu. Congrate my best fren! And saya tak saba-saba nak dengar berita kehadiran anak dia pulak. Waaahhhh kawan saya dah ada anak! Saya pulak yang berdebar2 nape??? Hahaha

Bile saya tengok gamba-gamba tadi, saya terus senyum. Alangkah best nye bile ade kawan yang kawen. Sebab nye, boleh kumpul ramai-ramai. Jumpa kawan-kawan yang dah lama tak dengar cerita. Lepas nie siape pulak yang kawen? Best fren saya jugak insya Allah. Wan namenye... Waaaa tak saba-saba nak attend majlis dy jugak! Mesti ramai yang datang nanti! Mesti best jumpe kawan-kawan.

Hey, best jumpe kawan k best tengok pengantin? Hehehe Dua-dua! Ape yang best tengok pengantin? Sebab bile tengok pengantin, that's means Allah dah temukan jodoh mereka yang sepadan, betapa lelaki dan perempuan itu sangat komited dalam membina baitul muslim. Betul, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul bersungguh-sungguh dalam hubungan. Ramai lelaki sekarang, pandai cakap je bersungguh-sungguh, modal air liur. Kadang-kadang macam lidah buaya pulak, depan pempuan cakap len, depan parent pempuan cakap len. Haishhh memang peliklah lelaki macam nie.

Bile dah terbinanya ikatan perkahwinan, maka perlulah ada tolak ansur, saling memahami, saling mempercayai dan saling kuat menguatkan... Fitrah memang takkan lari bile dalam sesuatu hubungan, akan timbul masalah, akan timbul ketidakfahaman, akan timbul bercanggah pendapat. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Jalan yang sepatutnya diambil dengan waras, duduk berbincang bersama-sama, bile masalah membabitkan antara si suami dengan si isteri. Bile si suami nampak isteri dah salah cakap atau salah ape-apelah, jangan mase nie nak ego, besar kepale, naek panas baran and secara mudahnya melafazkan CERAI. Ya Allah, nauzubillah. Semoga dijauhkan dari lelaki yang macam nie... Dan jangan nak berlagak hebat anda nak cakap anda BOLEH selesaikan sendiri masalah tu, bile masalah membabitkan anda dan pasangan anda. Sangatlah tak logik sebab keputusan perselisihan faham, apabila dibuat oleh sebelah pihak, sangatlah unfair. Sebab ape? Sebab keputusan sebelah pihak lah yang senang menyebabkan wujudnya word "CERAI", "TALAK" dan sebagainya.

Ini kisah realiti. Yang saya sendiri penah ikuti masa kat mahkamah syariah. Ceritanya simple, dulu mase nak kawen, tak beragak-agak. Nak gile-gile punye cepat, express, kalo boleh Tok Qadi datang seminit lagi, dan-dan seminit tu jugak nak menikahnye! Sebab tak dapat restu, kawenlah kat sempadan. Haaa dah kawen kat sempadan kan banyak problemnye. Problem nak kene sahkan pernikahan, bukan makan masa sehari. Paling awal pun bape bulan. Tu baru kes nak SAHKAN pernikahan. Elok pulak ade anak, anak tu dah besau siket, nak di daftarkan kat pra-sekolah. Untuk pengetahuan semua yang membaca, tanpa sijil nikah yang sah, maka anak-anak anda nanti TAK BOLEH diiktiraf sebagai ANAK SAH TARAF, melainkan kes PENGESAHAN PERNIKAHAN dah dibuat, barulah boleh TAMBAH KES untuk mahkamah tentukan kesah tarafan anak, walaupun korang bersungguh-sungguh cakap, korang sebelum kawen tak pernah buat aktiviti-aktiviti terlarang tue. Hakim akan siasat, and bile dah kire dari semua sudut okey, baru settle masalah pengiktirafan status pernikahan and status kesahtarafan anak.

Ok, itu bab tu. Dalam kes yang saya nak cite nie, dia TAK SEMPAT HABIS LAGI kes PENGESAHAN PERNIKAHAN dan juga kes PENGESAHTARAFAN ANAK, dah terkocoh-kocoh nak daftar nama untuk kes PERCERAIAN. Kalau kes cerai, ko tak beranak pinak lagi takpe. Nie hah anak da bole la buat team bola keranjang, banyak lagi kes tak selesai, dah tambah kes. Sebab...takde perbincangan dan permuafakatan.

Takut memikirkan macam mana untuk menghadapi alam perkahwinan nanti. Macam manakah sikap bakal suami? Semoga doa seorang lelaki yang terbuka dan berfikiran panjang, bukannya lelaki yang senang-senang menjatuhkan sesuatu keputusan, tanpa ada round-table. Dan kena ingat wahai lelaki, bile anda buat keputusan, anda mungkin boleh bahagia seketika sebab mungkin dalam masa yang terdekat, anda tak nampak lagi kesan-kesan yang akan datang. Cubalah nanti sampai satu masa, duduk...renungkan sedalam-dalamnya... Kalau kata pasangan anda salah sekalipun, takde salah nya untuk duduk bincang dengan tenang dan aman dan damai, walaupun dah serabut sangat lah orang kate kan... Tak ada manusia yang sempurna dan pasangan kita ialah orang yang akan melengkapi kekurangan kita, bukan kita jadikan macam pakai baju, hari nie suke, apaki baju tu, esok suke baju laen, pasang skandal denga  orang lain. Untuk yang dah berkeluarga, fikir masak-masak sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Saya rasa suke nak tulis ape yang Tuan Shukran, hakim mahkamah syariah penah cakap, wanita, walaupun dia seorang suri rumah tangga, namun dia berperanan yang sangat besar kepada suami. Sebab dia suri rumah tangga lah, anak-anak tak payah hantar pada pengasuh, makan minum si suami terjaga, pakaian bergosok, rumah berkemas, rumput tak tinggi. Jadi si suami, sesekali badai melanda rumah tangga anda, jangan cepat melatah. Gunakan 99 akal yang dikurniakan pada kaum adam, untuk buat keputusan dengan tepat. Kalau keluarga bercerai-berai, hilanglah karisma suami isteri tersebut. Nampaklah betapa lelaki tersebut lebih bertuankan 1 nafsu daripada 99 akalnya. Terdiam saya berfikir dalam-dalam dengan apa yang diucap oleh Tuan Shukran. Saya tengok balik keluarga saya. Alhamdulillah, masih berstau walau seribu satu dugaan yang melanda. Sabarnya ayah mengendali sebarang permasalahan rumahtangga, begitu juga tabahnya mama....

Mama selalu cakap, "Kakak...alam perkahwinan nie tak sama dengan alam bercinta... Masa bercinta semua yang best-best je.. Bile dah kawen, baru tau langit tinggi rendah... Tapi...jangan sesekali pernah terdetik kat hati kita, MENYESAL aku dapat laki cmnie. Sebaliknya kita kena sabar dan cuba betulkan mane2 yang kurang. Sama-sama kena bagi komitmen, bukan SEBELAH pihak je yang beria..." Betul mama... Alam bercinta pun tak best mane pun... Kalau suka lari dari masalah kan...

Alam perkahwinan banyak sangat cabaran. Yang saya cakap nie siket, baru kire masalah dalaman, antara abang dengan sayang, antara u and i, antara hubby dengan honey, antara baby dengan anje. Macam-macam gelaran mase syok berkasih sayang. Cube dah smpai tahap kronik, tak de dah abang sayang, terus tukar saya awak. Wah3... Gile senang eh tuka panggilan, walhal dulu beria-ia nak 'upgrade' panggilan bagai. Hati manusia sukar nak dijangka. Hari nie sayang, sesaat lagi boleh benci dan sesaat lepas tu bole dapat pengganti dengan perasaan tak bersalah. Oh, inilah dunia.

Dalam rumahtangga, cinta pada suami isteri memang dah bagus, jangan penah jadikan cinta manusia tu no 1, but jadikan cinta Allah yang 1st, suami isteri saling bercinta melengkapi fitrah dan menjauhi fitnah dengan garis panduan al-Quran dan sunnah. Perbanyakkan amalan sunnah dalam kehidupan berumah tangga. Dari aspek akidah, akhlak, ibadah dan smuanya, perlulah tamam, barulah insya Allah rumahtangga dinaungi-Nya sentiasa... Jangan pernah bergantung pada janji manusia, sebab manusia ini pelupa. Ingat, apabila dia PERNAH BERJANJI dan dia melepaskan pasangannya dengan janji-janji yang tak tertunai, maka bersedialah dia untuk dituntut di mahsyar kelak. Kalau korang rase takleh setia dengan pasangan korang, atau korang rasa korang terpaksa terima pasangan korang, jangan buat apa-apa janji yang korang beria-ia lah nak tepati, last-last yang buat janji tu jugaklah yang beria-ia nak putuskan hubungan. That is not a good idea. Rase tak leh tepati janji, sebelum korang berpisah, bukan setakat mintak halal makan minum, mintak halal sekali janji-janji yang korang beria-ia cakap last2 korang tak buat tue. Daripada dituntut mase tengah elok korang dah sampai depan muka pintu syurga, takut tergelincir dalam neraka sebab perkara-perkara yang kita anggap remeh, tapi sebenarnya BESAR KESANNYA.

Kenapa asyik post pasal kahwin cinta sume2? Sebab dunia saya sekarang kat rumah, banyak terdedah dengan kehidupan bermasyarakat, dan banyak baca artikel2 pasal kehancuran rumah tangga. Nauzubillah, semoga kita dijauhi daripada perkara2 ini, insya Allah.. Maaf ade part2 yang emo. ^_~ Sebarang kritikan dialu-alukan..

Wassalam...

2 comments:

  1. salam....
    wah2..... peguam syariah da bebel.... hehe

    ReplyDelete
  2. wslm...
    hahaha
    xde pe jat
    sje nk bising2 siket...
    windu sama kau!

    ReplyDelete