Assalamualaikum wbt semua...
Kabare? (Iki wong jowo ngomong...) Hikhikhik... Ape mksdnye? Ape kabar? (Ini orang jawa yang cakap...)
Semenjak diuji nie, sebenarnya memberikan saya pengajaran yang begitu besar. Mengajar saya jangan pernah leka berdoa kerana doa itu mendekatkan hamba dan Tuan nya... Siapa Tuan saya? Allah SWT... Alhamdulillah, dah bebas daripada virus-virus yang tidak berkenaan. Alhamdulillah, Allah sayangkan saya dengan melepaskan saya dari kefanaan dunia yang saya hanya berharap...saya takkan terjebak lagi dalam permasalahan tersebut.
Tapi kat sini saya lebih nak fokus pengajaran tentang belum sampai rezeki untuk UPU tue. Saya sendiri mengaku, memang sebelum jie saya kurang berdoa, penyakit over-confident dah menyerap dalam hati. Jadi, sebab tu DIA tak bagi saya dapat awal-awal IPTA, sebab DIA nak tengok saya nie bersungguh-sungguh tak nak belajar. Wallahi... Saya betul-betul nak sambung degree saya. Bukan main-main... Dan saya dah habis usaha, saya dah hantar dokumen-dokumen berkenaan. Sekarang, yang tinggal pada saya hanyalah doa dan tawakal.
Tawakal? Bukan senang tau. Alhamdulillah, ujian yang Allah bagi betul-betul menyedarkan saya, betapa pentingnya redha atas sesuatu yang DIA uji. Tu satu hal. Gandakan doa dan lepas usaha, teruskan berdoa dan tawakal. Tawakal nie berserah sepenuhnya pada Allah. Tawakal nie sebenarnya mengajar kita untuk lebih kepada redha dengan segala setiap sesuatu yang berlaku. Lepas kita dah usaha pulun, Allah akan kurniakan ganjarannya. Teringat masa saya Diploma. Allah baik sangat. Saya belajar main-main pun alhamdulillah, DIA bagi rahmat markah ok lagi... DIA akan bagi setakat mana kita usaha, setinggi mana kesungguhan kita mintak pada DIA... Lagi kuat kita usaha, lagi banyak kita mintak, DIA itu Maha Pemurah. DIA dah banyak bagi kita nikmat tapi kita yang tak sedar. Teruknya... Dan kita tak pernah merasa cuup dengan nikmat yang diberi.
Allah itu Maha Adil. Banyak mana kita usaha, banyak tu DIA balas. Kalau hari ni kita sakitkan hati orang, kita aniaya orang, Allah akan balas benda yang setimpal dengan kita. Kalau setimpal, alhamdulillah lah... Kalau lagi teruk, macam mana? Jadi, saya selalu ingatkan diri saya, biarlah orang nak buat apa, yakin pada DIA cuma...saya tak pernah doakan keburukan ke atasnya. Saya sentiasa doakan keselamatan dan kesejahteraan buatnya. Saya biarkan dia bahagia dengan caranya sendiri kerana selama ini, sakit parah macam mana pun, hanya ayat-ayat Allah yang mampu menjadi penyembuh mujarabnya... Alhamdulilla, aku mohon agar hidayah ini berkekalan buatku ya Rabb...
Ok, tak nak out of topik, cuma saya tetap akan terus berdoa dan berdoa semoga rayuan saya untuk sambung degree dalam jurusan Syariah diperkenankan. Saya lebih suka jika DIA menempatkan saya di UKM sebab saya boleh sambung dalam jurusan Syariah Perundangan. Wallahi, saya mencintai bidang ini, Semoga Allah buka luas-luas buat saya rezeki untuk saya sambung dalam bidang Syariah Law... Amiin...
Hamba yang hina pada Allah:
No comments:
Post a Comment