Sunday, July 24, 2011

Cukup Mencintaimu Dalam Diam

Bismillahirrahmanirrahiim...

Cukup aku mencintaimu dalam diam
Andai diamku itu mampu menolak seribu satu fitnah
Namun, sekalung doa buatmu tak pernah putus...

Cukup mencintaimu dalam diam
Kerana aku masih belum bisa mempunyai ilmu
Melengkapkan diri yang serba kekurangan ini
Meniti hari-hari mendatang nanti

Cukup mencintaimu dalam diam
Kerna mungkin kau bukan 'dia' buatku
Mungkin saja kau buat wanita yang lain
Jadi perasaanku ini tidaklah diketahui sesiapa
Cuma hanya aku dan DIA

Cukup aku mencintaimu dalam diam
Kerana engkau belum lagi menjadi sesuatu yang realiti buatku
Kerna aku masih bertatih mencari cinta hakiki

Cukup aku mencintaimu dalam diam dan dari kejauhan
Kerana DIA lebih mengetahui apa yang terbaik
Buat engkau dan aku...

Siapakah engkau? Siapakah aku??
Biar rahsia itu hanya Yang Esa yang tahu....
Yang pasti, cinta itu sudah lama kusimpan dalam diam...



Yang masih bertatih mencari cinta Illahi..

2 comments: