Tuesday, July 5, 2011

Aku Mencintaimu Kerana Agamamu

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Aihhh, da terderet pulak topik pasal hati neh.. Ini secara lazimnya fitrah tapi berbatas... Lesson of life... Saya rase, semenjak saya naik umor 21 tahun nie, banyak saya belajar satu demi satu wording yang selama nie, saya hanya laju tulis kat mesej or tulis wish atas kertas atau lafazkan pada insan-insan sekeliling.

Teringat, mase saya skolah rendah dulu, ada habit yang sangat best! Iaitu kumpul biodata kawan2. at citu ade tulis, makanan kegemaran, kenangan manis, kenangan pahit, yang last sekali, tulis wish. Haaaa Antara wish yang paling femes mase tue kalo saye tulis, "Semoga berjaya dalam semua bidang yang diceburi". "Semoga berjaya dunia akhirat."

Bile saya meningkat usia, melangkah ke alam sekolah menengah @ alam remaja, wish yang dibuat semakin 'upgrade'. Hehehe Maklumlah, umor da naek kan... So, wish mase zaman2 skolah menengah pulak, ayat2 femes yang biasenye dengar ialah "Love study before you love somebody", "Aku mencintaimu kerana agamamu. jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu.." Ahhaaaa tema cinte mule menampakkan diri. Tu lah ujian mase2 zaman remaja, dan melarat ke zaman IPT pulak.

Kalau saya, selama nie tau cakap je, tau tulis je wish2 nie, tapi sejujurnya, saya mula menghayati wish2 nie, saya dalami dan saya jumpe pengaplikasian masa umur saya 21 tahun... Lambat betul proses pembelajaran saya nie. Bukanlah maksudnya baru nak belajar, tapi nak lebih faham dan hayati...

Ok, saya mule belajar wish:

1- "Semoga berjaya dalam semua bidang yang diceburi" - masa kali pertama saya menceburkan diri dalam bidang perguruan, iaitu bermula 1 Mac lalu. Walaupun sekadar sementara, namun saya baru betul-betul menghayati, apa itu SEMUA BIDANG YANG DICEBURI. Saya admit, memang saya sebelum nie tak pernah berkecimpung langsung dalam dunia pengajaran, malah sebelum nie dunia saya ialah dunia percakapan, dunia hitam putih yang mana jawapannya ya atau tidak, yang mana setiap jawapan sama ada ya atau tidak perlukan hujah yang kukuh dari sudut aqli dan naqli. Alhamdulillah, saya suke dengan bidang law dan sangat mencintai syariah law. Bile saya cebur diri dalam dunia perguruan, takde alasan untuk saya katakan, "owh, I'm Law student, xreti buat kerja2 guru nie.." Tak boleh coz prinsip saya, once u get involved in a matter, u should give ur cooperation to gain ur knowledge. Jangan malu untuk bertanya kalau tak tau, tapi lagi malu kalau buat kesalahan sebab buat keje ikut suke kan? So, I learned the wish...

2- "Semoga berjaya dunia akhirat." - berjaya dunia semua orang boleh, kalau tak, takkan ade rekod 5A UPSR, Mumtaz PSRA, 9A PMR, berpuluh-puluh straight 1A utk SPM... 4 flat utk zaman IPT. Takde yang mustahil... Malah nak dapat straight 4 flat mase Diploma / Asasi / Tamhidi sampai ke Ph.D pun xde masalah selagi berusaha dengan jalan yang betul Tapi, untuk berjaya dunia akhirat mampukah kita? Hebatkah kita dengan 4 flat sepanjang zaman? Menyandang gelaran Dekan Sepanjang Hayat tapi Dekan ke kite mase mengadap DIA nanti? Saya pun sering terlalai, nie peringatan untuk diri sendiri sebenarnya... Bile bace kisah2 insaf, kadang mase tue je lah insaf. tu lah sifat manusia. Lalai dan perlu acapkali diperingatkan... Macam tu jugak saya. Bile dengar cerita orang tue meninggal senyum, saya sedih... Saya nanti macam mana? Cane pulak kalau saya diambil nyawa saat saya dalam keadaan tidak bersedia? Ya Allah, maut takkan tertangguh barang sesaat. Mampukah saya mendapatkan khusnul khatimah? Dengan keadaan diri yang serba kekurangan dan persiapan untuk menghadap-Nya... Allah..... Sejak saya terdetik camni, saya sentiasa cube buat apa2 yang termampu, bio saye nie baik lah sikit. Bile tah nak baik... Ya Allah... Lembutkan hati ini menerima hidayah-Mu Rabb...

3- "Love study before you love somebody" - saya teringat Syera penah cakap, Hakim tempat dy praktikal cakap, "Syera, awak nak kawen bile2 mase boleh. Awak nak anak bile2 boleh. Sama ada anak betul atau anak angkat. Tapi...kalau awak nak belajar, hanya masa-masa yang tertentu je ade..." Saya pk dalam2... Betul... Tengok je macam sekarang, pointer tinggi pun xmenjamin ada tempat yang selesa di IPTA kerana kuota yang dihadkan sangat sikit... Memang kalau mampu, kawinlah and belajar, xde sape yang halang, malah lagi elok macamtu. Kompem dah ada yang jaga, nak tegur nasihat, kawan nak gurau2 gaduh2... Tapi, kalau belum berkemampuan, dahulukanlah  menuntut ilmu... Tibe2 terus terserap rase kecuakan! UPU oh UPU!

4- "Aku mencintaimu kerana agamamu. jika hilang agamamu, hilanglah cintaku padamu.." - agama saya Islam. Siapa yang sama agama dengan saya, kita adalah saudara seislam. Ramainya saudara saya.... Yang jelas saya nampak, ahli keluarga, sahabat terdekat. Yang tak berapa saya nampak, tapi saya nampak contoh pada yang lain macam rakyat Palestin, susah, tapi banyak negara seagama yang lain berebut-rebut nak hulur bantuan. Tapi, ade kite kenal x sape yang akan terima bantuan kita? Abdul bin Abdullah ke? Adill ke? Rahman ke? Sumaiyyah ke? Kite tak kenal, tapi kita bantu atas dasar cintakan saudara seagama... Dan untuk benda nie, saya rase xyah hurai lebih2 lah kot. Prinsip saya, bakal suami saya ialah orang yang tetap pendiriannya pada agama-Nya, kuat imannya mengharungi dugaan dan cabaran, lunak suaranya melaungkan ayat cinta-Nya, biar sesibuk mana pun dia dengan urusan dunianya, moga bekalan akhiratnya sentiasa diperkaya. Buat bakal suami (sebab saya tak kawen lagi, so xleh lah nak mention name sape2 kan), semoga Allah sentiasa memelihara imanmu dalam setiap gerakmu, semoga Allah sentiasa menjagamu daripada celaka dan binasa, dan persiapkanlah dirimu hingga sampai masa yang dijanji-Nya kite bertemu. Bila? Di mana? Siapa? Semua menjadi rahsia Allah... Satu pesanku, aku redha menerimamu selagi engkau berpaksikan Allah dan rasulullah, menggenggam erat kitabullah dan sunnah banginda, dan mampu membimbingku melepasi titian sirat insya Allah.... Suka aku mengingatimu, aku hanya insan biasa yang sering lupa dan alpa, maka jika aku yang salah, diammu takkan membuahkan jalan keluar, kerana aku tidak mengerti tanpa penjelasan. Jika aku yang lalai, maka aku mohon, bicaralah denganku untuk mengingatiku. Jika akun khilaf, berbicaralah dengan hatimu untuk meluruskanku duhai engkau...

Akhirul kalam...
"Cintailah orang yang kamu cintai sewajarnya kerana boleh jadi suatu hari kelak dia menjadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu dengan sewajarnya, kerana boleh jadi suatu hari kelak dia akan jadi orang yang amat kamu cintai... - Hadith Riwayat al Bukhari-

No comments:

Post a Comment