Wednesday, July 13, 2011

Entri Khas Buat Teman Yang Bertanya.

Bismillahirrahmanirrahim...
Entri kali nie nak jawab soklan kawan saya yang dah berbulan-bulan saya berhutang nak jawab, alhamdulillah, saya dapat jugak lunaskan hutang saya untuk menjawab, walaupun lambat... Saya harap, kawan saya dapat memaafkan kesalahan saya...

Ok, nie soalan dia..

salam, acapiah nk tnyer......ape hukum wrnekn rmbut, pki wrne kt kuku n pki cntct lens slaen wrne mata asal.........bley bg hadis or ayat quran yg sahih x...........ader ustz kt kolej ak ckp bley nk wrnekn rmbut gne produk halal ngn wrne kuku.so cmner ek? lg1, contoh r,kite wat sume2 2 utk suami,pon x bley ker? @ utk kpuasan dr bkn niat nk tnjuk kt org.......mcm contoh ak nk colourkn kuku tyme period or ak sje nk test2 rmbut palsu............sori taw , menyushkn ko.....harap ko dpt jwbkn soaln ak.........salam, thanx -12 Januari 2011-

Salam buat teman tersayang... Maafkan saya sebab sangat lambat membalas persoalan-persoalan awak. Saya memang lalai nak carikan jawapan, tapi alhamdulillah, untuk persoalan-persoalan ni, saya dah dapat jawapan daripada Tanyalah Ustaz, by Ustaz Izhar Ariff dalam slot Tanyalah Ustaz, tv9.

Ok, kat sini saya jawab satu persatu ye...

1- Hukum warnakan rambut.


Ada 2, iaitu pertama SELAIN WARNA HITAM hukumnya SUNAT dengan menggunakan warna inai. Nabi Muhammad SAW telah bersabda maksudnya "Warnakan rambut kamu dengan warna inai kerana ia menambahkan kemudaanmu." (mintak maaf ye sahabat sebab tak sempat salin yang bahasa arabnye..)

SELAIN WARNA HITAM (bukan warna inai contohnya BIRU or KUNING) hukumnya HARUS tetapi hendaklah MENGIKUT ADAT SETEMPAT. Contohnya, kat tempat awak tinggal, semua orang pakai kale rambut kale PINK, make awak pun nak kalekkn jugak rambut awak PINK, DIBOLEHKAN, berdasarkan kaedah fiqh 

 العادة المحكمة bermaksud "Adat juga boleh dijadikan hukum."

Kedua, DENGAN WARNA HITAM, Mazhab SYAFIE, hukumnya HARAM sama ada dengan izin suami tauapun tidak. Hal ini berdasarkan riwayat hadith daripada Ibnu Omar, yang bermaksud, "Mewarnakan rambut ke arah kemerah-merahan atau kekuning-kuningan merupakan cara orang Islam manakala mewarnakan rambut kepada hitam merupakan cara orang kafir." Satu lagi sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Pada akhir zaman nanti, ramai yang suka menghitamkan rambut maka Allah tidak akan memandang kita dunia dan akhirat."  Manakala JUMHUR ULAMA' sepakat mengatakan hkumnya MAKRUH tetapi berubah menjadi HARUS dengan izin suami.

2. Warnakan Kuku


Mewarna tapak tangan dan kaki adalah disunatkan kepada wanita yang telah berkahwin, pada setiap waktu, kecuali waktu Ihram. Mewarna itu merupakan sesuatu yang cantik, dan ianya dituntut kepada isteri bagi mengembirakan suaminya.

Manakala, wanita yang tidak berkahwin pula : Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafii berpendapat : makruh bagi mereka untuk mewarna kedua tangan dan kaki kerana mereka tidak perlu untuk melakukan perkara demikian bagi menghindari fitnah.

Sebab apa wanita yang sudah berkahwin je disunatkan? Sebab untuk mencantikkan dirinya buat suami tercinta tetapi kalau anak-anak dara pulak pakai buat apa? Mesti takde tujuan yang munasabah, sekdar bercantik-cantik untuk diri sendiri. Kalau sentiasa duduk dalam bilik atau rumah, tak tunjukkan kuku yang diwarnakan tu xpe. kalau nak keluar rumah, tak kisah lah sama ada si anak dara atau si isteri, perlulah menanggalkan perhiasan-perhiasan itu bagi tidak menarik perhatian lelaki lain dan tidak menimbulkan sebarang fitnah...

3. Pakai contact lense selain daripada warna asal.


Menurut pendapat JUMHIUR ULAMA' hukumnya DIHARUSKAN bagi tujuan perubatan. Warna yang selain daripada warna mata yang asal juga BOLEH tapi perlulah menurut adat sekeliling. Sama kaedah fiqh macam tadi, 

العادة المحكمة bermaksud "Adat juga boleh dijadikan hukum."

Hujah ini juga dikuatkan lagi dengan hadith 40, hadith yang pertama yakni

 إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى

yang bermaksud : "Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan."

Semoga hasil penerangan yang tak seberapa ini dapat membantu. Sekali lagi sahabat, saya mohon maaf kerana sangat lewat menjawab persoalanmu, sebab banyak terleka dengan perkara-perkara tak sepatutnya... Kalau nak tanya apa-apa lagi boleh lah ye... Insya Allah mane termampu akan saya dapatkan jawapannya, sama ada cepat atau lambat.

Wassalam

4 comments:

  1. ha, nak tanya sikit nih..apa hukum laki pakai inai kat jari??
    penah terdengar dulu, katanya hukumnya haram, cz inai tu perhiasan wanita...

    ReplyDelete
  2. nnt sy rujuk pada ustaz dulu ye.. nanti saya jawab.. maaf sgt sbb xpasti.. ^_^

    ReplyDelete
  3. Pok Jad: nie jawapan utk soklan anda. saya tanya pada Ustaz Mohd Izhar Ariff. Nie jawapan dr beliau..

    umum mengetahui bahawa perbuatan "berinai di jari" merupakan amalan kaum wanita.Oleh yg demikian melakukan perbuatan tersebut dengan niat utk menyerupai wanita adalah haram. Amalan berinai untuk kaum lelaki bagi setengah tempat khususnya di Malaysia langsung tidak bertepatan dengan kehendak syariat. Saya berpendapat, adat tersebut perlu diubah...

    ReplyDelete
  4. orait, aku stuju..
    kawen nanti jgn tanya la kenapa aku xpakai inai..haha

    ReplyDelete