Saturday, July 9, 2011

All Praises To Allah

Bismillahirrahmanirrahiim...
Barakallahulakum kepada semua yang sudi membaca..

Selamat hari Saturday. ^_~
Hari ni kalo ikut mesti ramai yang nak cerita pasal BERSIH 2.0. But not me... Tulisan saya kali ini ialah seperti tajuk saya, "All Praises To Allah" atau maksudnya dalam bahasa ibunda saya, "Segala puji bagi Allah...". Atau bahasa lebih ringkas dan biasanya diucapkan ialah "Alhamdulillah..." Sebab itu, saya memilih untuk letak lagu Thank You Allah by Maher Zain nie. Sangat bereti dan sangat mendalam maksudnya... Lagu nie xsilap saya, saya letak masa mule2 saya buat blog nie. Mase bertatih buat blog, mencoret dan menukil...

Ok, berbalik pada tajuk saya, saya teringin nak kasik contoh sikit sebelum saya menulis dengan lebih panjang.
Biasa kite dengar yang camnie...

"ALHAMDULILLAH Jozan menang Maharaja Lawak.."
"ALHAMDULILLAH, Mama masak sedap hari nie!"
"ALHAMDULILLAH, aku dapat 4 flat lah result!!!"
"ALHAMDULILLAH, ayah aku kasi duet poket lebih lah bulan nie."

Tapi, selalu tak kite dengar camnie?

"ALHAMDULILLAH, aku patah kaki sebab accident."
"ALHAMDULILLAH, pointer aku bawah 2 sem nie..."
"ALHAMDULILLAH, abah meninggal.."
"ALHAMDULILLAH, pakwe aku tinggalkan aku... "

Kita pulak macam mana? Kita selalu seronok bile dikurniakan macam-macam nikmat, tapi, kite selalu lupe untuk mengucapkan kesyukuran pada-Nya bile kita dikurniakan musibah juga. Bersyukur untuk nikmat dan musibah adalah tanda-tanda orang beriman. Biasanya, bila kita dikurniakan musibah, maka kita senang melatah, kita senang marah, kecewa... Untuk apa? Jom kita sama-sama muhasabah balik...


Tadi saya baca majalah MIDI (ayah dapat tapi bulan Mei punyelah...). Dalam tu, saya baca tulisan pendek kat satu kolum, istilah sabar sebanrnya macam mana. Diceritakan di kolum tersebut, bagaimana seorang wanita sangat meratapi kematian anaknya, hingga mengganggu perjalanan orang yang melintasi wanita tersebut. Lalu, Nabi Muhammad SAW mendekati wanita itu dan bertanya apakah musibah yang telah melanda, lau wanita tersebut memberitahu bahawa anaknya meninggal dunia. Nabi menasihati wanita itu agar bersabar dengan musibah tersebut, lantas wanita itu menengking kepada Nabi dengan berkata, "Senanglah untuk kamu menyuruh saya bersabar kerana yang mati itu anak saya!" Kejadian itu telah disaksikan oleh seorang wanita. Selang beberapa hari selepas kejadian itu, wanita yang melihat peristiwa Nabi dimarahi oleh wanita yang kematian anak itu bertanya kepadanya, apakah yang lelaki itu berkata padamu? Wanita tersebut menjawab, "Aku disuruh bersabar olehnya atas kematian anakku.." Perempuan tersebut berkata, "Tahukah kamu bahawa lelaki yang telah kamu kasari itu ialah Nabi Muhammad SAW?" Segera wanita tersebut menemui Nabi Muhhammad dan berkata, "Saya meminta maaf kepada Tuan kerana telah berkasar dengan Tuan tempoh hari. Ketika itu, hati saya tidak tenang, jadi saya tidak dapat menerima nasihat Tuan. Sekarang, hati saya sudah tenang dan saya akan mengikut nasihat Tuan." Lalu Nabi menjawab, "SEBENAR-BENAR SABAR ITU IALAH BAGAIMANA KEADAAN KETIKA KAMU MENERIMA DUGAAN TERSEBUT, BUKAN KETIKA HATI KAMU SUDAH TENANG..."

Haaaaa..  Renungkanlah... Kita macam mana? Bila dapat musibah, adakah kita marah-marah orang? Maki-maki orang? Bila kita ditegur atau kita berselisih faham, perlukah kita mempertahankan ego dan mempertahankan amarah kita? Bukankah lebih elok jika ditimpa masalah itu, sama-sama duduk berbincang... Mencari jalan penyelasaian dengan bijak dan hikmah, walaupun kita terasa atau terluka dengan sikap sahabat kita...

Selalu saya ingatkan diri yang lemah ini, supaya senyum, sentiasa senyum walau apa pun musibah yang melanda... Ingat, satu cacian manusia pada kita, tak sama dengan beribu-ribu caci maki yang diterima Nabi Muhammad SAW... Ingat juga, sekali kita ditinggalkan manusia yang kita sayang, tak sama ujian dengan Nabi Muhammad, macam mana Allah mengambil insan yang Baginda sayang, bermula dari ayahnya, ibunya, datuknya dan isteri baginda sekali gus... Bersyukurlah sebab Allah belum mengambil semua insan yang kita sayang sekaligus... Selalu juga kuingatkan buat hati yang alpa ini, agar mengikhlaskan diri menerima segala macam dugaan yang DIA hadiahkan... Ujian yang diberi bukan tanda Allah bencikan kita, tapi sebagai tanda Allah sayangkan kita. Allah nak ingatkan kita sebab kita dah banyak lupa... Biarlah gugur air mata sekalipun, jangan lupa untuk senyum dalam tangis, ertinya kita redha menerima semuanya. Kita mencari kekuatan hanya pada-Nya dan jangan bergantung pada manusia. Jika Allah tempat kita berserah, maka DIA akan menyerahkan kita kepada manusia-manusia yang boleh melindungi kita seperti keluarga kita...





Perkara yang paling susah nak diungkap ketika dilanda musibah ialah ALHAMDULILLAH... Diri ini juga sering alpa... Susah jugak untuk bersangka baik pada Allah atas ujian yang diberi, pasti akan ada hikmah yang bersinar menyusul... Degilnya hati untuk menerima dengan redha dan tabah. Ya Allah, sesungguhnya hatiku ini milik-Mu ya Rabb... Maka aku serahkan sepenuhnya kepada-Mu, agar aku tidak pernah kecewa dan agar aku lebih kuat mengahrungi segala yang KAU aturkan ya Rabb... Lembutkan sekeping hati ini agar aku dengan perintah-Mu dan berkeras dalam meninggalkan larangan-Mu ya Rabb...

(Saya suka hayati lagu nie...)

Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu



2 comments:

  1. lagu sapa tu sis??..
    baru ku tahu erti kesabaran sebenar..

    ReplyDelete
  2. lagu in Team, nnt sy post kat wall awk
    hidup ie penuh dgn dugaan yg perlukan tuntutan kesabaran.. =)

    ReplyDelete