Salam seperjuangan semua...
Janganlah sesekali engkau bersedih hati duhai hati tatkala engkau diuji... Ingatlah kerana Dia tahu apa yang diambil kembali oleh-Nya darimu akan digantikan dengan sesuatu yang lebih baik... Namun hatiku, apa yang diperlukan cumalah satu... Bersabarlah dan jangan lekas melatah... Matanglah dalam menempuh dugaan-Nya... Walau di hati yang sebenarnya kau sudah menangis dengan hebatnya, namun kekanglah air mata itu agar tidak menangisi untuk sesuatu yang bukan hakmu duhai hatiku sayang....
Bersabarlah duhai hati... Ujiannya datang untuk menguji apakah engkau meletakkan sepenuh kepercayaanmu pada-Nya, Tuhan Pencipta Alam.... Ya Allah, kala hati ini ingin menangisi sesuatu yang bukan hakku, maka kau kuatkanlah hatiku, teguhkanlah iman-Ku ya Allah.... Kerana aku hanya insan biasa yang punya kelemahan tersendiri... yang sentiasa mengharap dan bergantung sepenuh-Nya pada-Mu Allah....
Sering aku bertanya padamu hatiku... Mengapakah engkau payah merasa cukup dengan segala nikmat kurniaan Illahi? Mengapa sesuatu yang bukan ditetapkan menjadi milikmu yang tetap kau citakan? Duhai hati sedarlah... Terlalu banyak nikmat yang dikurniakan oleh Rabb mu dalam duunia ini namun mengapa payah untuk kau hargai duhai hatiku sayang... Janganlah berasa tamak dengan perkara duniawi... Tapi andai kau tamak dalam beribadah, maka haruslah kepada itu kerana dengan beribadah, terbuktilah engkau adalah makhluk yang bersyukur... Duhai hati tenanglah dikau dengan nikmat kurniaan-Nya... Duhai hati.....
Aku seakan tidak berdaya ya Allah saat ini... Rasanya saat ini ingin ku gugurkan tiap titisan air mataku... Ya Allah... kuatkan hatiku agar tidak berharap kepada hamba-Mu tapi Kau ingatkanlah aku untuk mempersiapkan diri ini untuk menghadapai masa depanku nanti bermula saat ini Ya Allah... Kau ingatkan aku akan segala tanggungjawabku saat ini ya Allah sebagai hamba-Mu, sebagai seorang anak dan sebagai seorang pelajar. Kau ingatkan aku Ya Allah... Supaya apabila suatu hari nanti, apabila tiba masanya aku menjadi seorang isteri, ingatkan aku supaya menjadi seorang isteri yang solehah, lembut dan hormatkan suami dan patuh pada arahannya selagi tidak bercanggah dengan suruhan-Mu ya Allah... Ingatkan juga padaku Ya Allah, apabila tiba masanya aku menjadi seorang ibu kelak untuk mendidik penyambung generasiku menurut acuan kalimah-Mu ya Allah... Ingatkan aku jua, tugas dalam mendidik itu bukan suatu yang mudah dan menuntut pengorbanan yang amat besar...
Puas kutatap senarai tugasku, terasa sesak seketika nafas ini kerana memikirkan pelbagai peranan yang perlu dimainkan kini dan akan datang... Allah... Bantulah aku... Bimbinglah aku dalam setiap langkahku... Agar aku tidak tersasar walau sedikit dari garis panduan-Mu, agar aku tidak tergelincir dari landasan dengan berbekalkan iman dan taqwa-Mu Ya Allah...
Kerana aku hanyalah hamba-Mu yang amat lemah tanpa bantuan dan rahmat-Mu Ya Allah....
No comments:
Post a Comment