Assalamualaikum semua...
Semoga sentiasa bawah naungan-Nya insya Allah...
Esok sudah start clas!!!!! Owh no!!! Hahaha... Tapi berita baik sebab satu kelas batal esok... Klas tutorial SISTEM PERUNDANGAN JENAYAH... Alhamdulillah (hahahaha walaupun agak tak baek...) Tapi risau jugak sebab kalau ekot schedule, test mid sem untuk paper law will be held on this TUESDAY... Owh noooooooooooooooooooooooooo!!! Eish asyik menjerit je Asyrafiah nie... Huhu...
Kadang-kadang saya selalu jugak mengeluh...
"hari nie penatlah, class pack"
"banyaknye assignment nak kena buat"
"alah...kenapa exam besok? tak leh ke tunda next week?"
Sebab tu sangat penting kesabaran dalam menuntut ilmu... Sebenarnya, walaupun seribu keluhan keluar, takkan mampu ubah tarikh peperiksaan atau boleh ubah gred result anda... Saya nak selitkan kata-kata yang Ustaz Muhidin, ustaz fiqh mirath saya dia pernah cakap,
"kamu jangan buat penyalahgunaan usia dengan membazirkan usia kamu yang sepatutnya kamu gunakan untuk belajar sekarang nie, dengan bergayut di pohonan rimbun dengan buayafriend dan gilafriend kamu..."
Ayat ustaz memang nampak sempoi, sesuai untuk kami faham. Yelah, dia pun mestilah gunakan ayat standard remaja gila2 ala2 kami jugak... Hihi
See?? Simple kan? Jangan salahgunakan usia... Manfaatkan usia dengan sebaiknya... Masa belajar gunakan untuk belajar... Dalam blog Syera, Tuan Hakim dia siap cabar lagi dia kawen LEPAS HABIS MASTER... Sebab ape? Kalau nak duit, bila-bila masa boleh kerja dan dapat duit. Kalau nak anak, bila-bila masa boleh kawen untuk dapatkan anak. Tapi kalau nak ILMU, TAKKAN DAPAT KALAU KITA TAK BELAJAR.
Sementara ada masa, kita belajarlah... Sementara ayah kita mampu nak tanggung sikit2 duit belanja untuk kita belajar. Sementara kita masih muda, otak masih fresh. Sementara kita belum ada tanggungjawab laen selain daripada tanggungjawab sebagai anak, belajarlah.... Mama selalu pesan kat saya waktu saya sekolah rendah, "kakak, takkan ada apa yang boleh ubah seseorang tu melainkan dengan ilmu pengetahuan yang dia ada."
Jom kita contohi Imam Syafie... Beliau seorang yang sangat susah tapi sangat rajin mencari ilmu... Beliau merantau ke banyak negara untuk mencari ilmu. Saya ingat lagi, macam mana beliau pergi dari ke mana-mana tempat untuk mencari-cari kertas-kertas kosong atau kertas-kertas yang sudah tidak digunakan untuk mencatat ilmu-ilmu yang diperolehi. Guru-guru Imam Syafie sangat kagum dengan kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu. Selain itu, Imam Syafie dikurniakan hati yang terang dan mudah menerima ilmu. Subahanallah... Kesungguhannya dalam menuntut ilmu terbukti sehinggalah ilmu-ilmu yang diperolehi mampu membuatkannya menjadi tokoh antara tokoh-tokoh aliran Mazhab... Imam Syafie peneraju Mazhab Syafie... Mazhab yang dipegang oleh majoriti penduduk Islam di Malaysia. Itu baru Malaysia, kalau negara lain? Subahanallah... Jasa dan sumbangannya dalam ilmu sangat besar...
Cara Saya nak share jugak, kepentingan belajar... Ramai orang sekarang belajar sebab NAK CUKUPKAN BILANGAN 'A' dia atau SEBAB NAK LAWAN DENGAN JIRAN SEBELAH, SAPE LAGI BANYAK 'A' atau NAK PECAHKAN REKOD A TERBANYAK atau SETAKAT NAK NAEK PENTAS AMEK ANUGERAH DEKAN. Ingat, belajar bukan setakat nak kejar highest CGPA untuk final semester anda. Saya ingatkan untuk diri saya dan kawan-kawan semua. Tak dinafikan, dengan highest CGPA, kita akan jadi famous. Orang kenal kita, lecturer p0n kenal... Link pon senang nak dapat, kan?
Ustaz Azmi, Pegawai SULH Mahkamah Rendah Syariah Klang pesan, kalau nak tau ilmu yang dah pernah kita belajar tu diniat semata-mata untuk hadapi paper atau niat untuk jadikan amalan, kite tengok pengaplikasiannya masa sekarang. Kalau kita boleh ingat, terangkan dengan baik ilmu-ilmu yang kita dah belajar, insya Allah ilmu itu ilmu yang berkat. Tersentak saya masa ustaz tu cakap macam tu... Betul jugak... Tak dinafikan, saya pun macam tu jugak. Ada subjek yang kita suka dan ada subjek yang kite TERPAKSA PULUN untuk jaga standard GPA kite... So lepas ni same2 lah ye kita tukar niat kita, belajar untuk jadikan ilmu tu sebagai amalan kita kelak....Bukan semata-mata atas kertas...
Same-samelah kita hayati... Semoga kita lepas nie berjaya untuk menjadikan ilmu-ilmu yang kita pelajari sebagai amalan dan pegangan kita selama-lamanys, insya Allah....
Wassalam
No comments:
Post a Comment