Salam semua....
=)
Waktu first saya wt blog nie, saya tak tau nak pilih lagu ape yang ok untuk saya buat background
Saya nak letak lagu Amir Dhiab Tamally Ma'ak or Nancy Ajram, Min Ghairi Ana tapi tak jumpe (atau pun saye yang tak reti cari...hehehehe)
And saya pon dengan berat hatinya, decide mek lagu nasyid lah... Haha... So search lah lagu nasyid, (sebenarnya xmoh letak lagu malay kalau boleh). Saya pun cari dan terus cari lagu ape yang sesuai... Mula-mula saya nak letak lagu UNIC Mahligai Kasih tapi macam dah penat dengar lagu tu... SO saya pun terus dan terus mencari... At last alhamdulillah!!! Saya jumpe lagu Maher Zain (Allah dengar suara hati saya xmoh letak lagu Malay...hehehe). Lagu yang paling saya suke lagu Maher Zain ni lagu Barakallah (lagu tema saya time kawen nanti...hehehe) Tapi, macam bosan pulak. So, saya MAIN PILIH JE IKUT JARI, trus KLIK kat lagu FOR THE REST OF MY LIFE... Dan sampai saat ni lah, lagu tu menjadi lagu tema blog saya nie...
Memang lagu nie dah lama... (xlah lama sangat, maksudnya klu saya kate baru nak hayati, mesti de yang kata saya nie ketinggalan kan?) Hehehe... So beberapa minit tadi, saya baru terbuka hati nak HAYATI LIRIK DIA... Semalam dah start carik lirik dia tapi Allah tak izinkan lagi saya hayati lagu nye... And tadi, saya dengan full lagu nie sambil tengok lirik (maklumlah English xhebat sangat), saya tarik nafas dalam-dalam, cuba tahan air mata tapi dia jatuh juga.... Kenapa air mata saya senang jatuh sekarang ye?
Saya terharu bila baca lirik dia. Seorang lelaki yang dahulunya seakan-akan tak percayakan wanita dan cinta serta-merta berubah menjadi seorang yang sangat mencintai isterinya, menghargai isterinya dan berjanji akan sedaya-upaya bahagia bersama dengan bimbingan Allah... Subahanallah...... Sebagai seorang perempuan. ye saya memang cukup sensitif bab2 macam nie... Ape yang saya tengok sekarang nie, lelaki banyaknyer berjanji sebelum kawen, bile dah kawen janji entah ke mane baran je yang ade...Ini kisah realiti alam perkahwinan sekarang. Waktu saya praktikal di Mahkamah Rendah Syariah Klang, SETIAP HARI, akan ade kes PENGESAHAN LAFAZ CERAI atau CERAI SECARA BAIK, CERAI TA'LIQ, macam-macam lagi tau....
Sejujurnya, bila saya tengok kes2 macam nie depan mata saya, saya jadi agak berhati2 dengan perasaan saya, supaya saya tak tersalah orang untuk berikan kesetiaan saya, kasih sayang saya.... Ya Allah... Aku tak tahu siapa bakal suamiku... Tak tahu di mana dia sekarang... Tak tahu bagaimana keadaan dia sekarang... Tak tahu bagaimana hubungannya dengan-Mu Ya Allah... Cuma aku hanya mampu berdoa pada-Mu Ya Allah... Jika dia alpa seketika pada-Mu, sentiasalah ingatkannya bahawa Kau sentiasa ada untuknya susah senangnya... Jika dia terdetik melakukan perkara yang tak sepatutnya, Kau ingatkan dia Ya Allah... Bahawa dia seorang lelaki penyambung generasi Umat Muhammad, penyambung generasi Ulul al-Bab, bakal menjadi ketua bagi keluarganya kelak dan ingatkanlah dia bahawa ada seorang wanita yang sentiasa menunggunya untuk dibimbing.... Moga dengan peringatan Kau padanya, mampu membantutkan gerak salahnya Ya Allah..... Ya Allah...apabila aku bertemu dengan bakal suamiku kelak, Kau temukanlah kami dengan rahmat dan redha-Mu... Kau tingkatkanlah rasa cinta kami pada-Mu... Amiin ya rabbal 'alamiin...
Saya nak tulis rangkap lagu yang paling menyentuh hati saya sebagai seorang perempuan... (lagi best kalau lagu nie dihadiahkan oleh bakal suami saya satu hari nanti... ;p)
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
Kadang-kadang bila bincang dengan kawan-kawan pasal bakal zauj ni, conclusionnye mesti dorang akan cakap, blajarlah dulu.... Kita muda lagi... Kadang buat saya terfikir... Salah ke kalau kita fikir mende2 camni walaupun kita muda lagi? Dalam usia 20 nie, ok lah kot nak start fikir pasal masa depan... Ye...memang kite kena belajar, dan saya tak lupa amanah mama dan ayah, belajar dan dapatkan keputusan yang cemerlang.... Ye...memang kita muda lagi. Baru 20... Tapi berfikir untuk mase depan tak perlukan suatu umur tertentu kan? Kalau perlukan suatu umur tertentu untuk fikirkan masa depan, takkan adalah orang yang kahwin muda. Orang yang kahwin muda, mesti dia dah lama fikirkan masa depan dia sebelum dia kahwin... Takkan nak main kahwin je kan...
Bapa Imam Syafie pun dia sediakan diri dia selama 40 tahun untuk membentuk anak dia, yakni dia latih diri dia untuk buat macam-macam amalan supaya amalan yang dia buat, akan menjadi mudah diamalkan oleh anaknya kelak (Imam Syafie)... Ape persiapan kita untuk anak-naka kita nanti? Cukup ke dengan lima enam gulung diploma, degree, master, PhD untuk make sure anak kita seimbang duniawi ukhrawi??? Setiap orang mesti ada cara masing2 kan? =)
Sampai sini dulu lah ye semua...
Nak sambung kemas barang nak balik ke KUIS...
Nak fikir sekejap pon tak kisah untuk masa depan tapi SEKURANG-KURANGNYA luangkanlah sikit masa untuk bakal keluarga kita nanti (tak semestinya kena tunggu de couple baru rase sesuai nak fikir mase depan...)
Ingat, kita hanya merancang, Allah yang Menentutkan
Ingat, kita hanya merancang, Allah yang Menentutkan
Wallahu a'lam...
No comments:
Post a Comment