Assalamualaikum...
Ehem3...mentang-mentanglah baru je balik dari pernikahan best friend saya, postage asyik nak jiwang je kan?
Hehehe... Sukatilah nak komen ape pon sebab saya memang suka menulis apa yang terlintas di fikiran saya...
So, ini adalah modal untuk saya luahkan fikiran saya dan dipersilakan beri komen yang membina, bukan MENGONDEM (AMARAN KERAS DARI KERAJAAN ASYRAFIAH)
Anda pernah BERCOUPLE? Hehehe... Saya rasa anda pasni xyah lah pulak nak anta komen bgitau saya anda pernah bercouple ke tak... Simpan je jawapan tu buat renungan bersama.... saya nak khususkan cakap bagi yang DAH PERNAH BERCOUPLE. Couple ni kan sebenarnya bermula daripada perasaan suka yang membawa kepada sayang dan perasaan sayang ni pulak dia tak kenal siapa yang dia nak serang.... Semua yang time iman dy terjatuh siket, mesti akan sambut word couple dari pasangan dia (maaf saya bukan ada niat untuk kutuk siapa-siapa, tapi sebagai renungan). Tak kisah lah orang tu berbaju ketat ke, tudung labuh sekali pun, selagi mereka bernama manusia, maka mereka mempunyai seketul darah di dalam badan yang digelar hati. Yang tak dapat dinafikan mempunyai perasaan untuk menyayangi dan disayangi...
Pernah dengar term cinta "Ana Enti"? Erm...ni kononnya CINTA DAKWAH ISLAM yang sebenarnya just tukar name je... Name asalnye ialah COUPLE... Macam saya cakap tadi, tak kisah lah setunduk mane pun anda, as long as u is a human, u still have that feeling... Saya nak tanye siket, anda mesti pernah kagum dengan perwatakan sseorang, dan dalam diam menyukainya dan mungkin anda pernah TERINFORM pulak dekat dia anda suke dia... Pernah tak anda alami camni?
Pastu katekanlah dia terima anda, dan bermulalah kisah anda daripada "aku-ko" bertukar pada "saya-awak", pastu eh2 kite tuka lah bagi nampak islamik, takut kena sound dengan kawan bilik sebelah lah, dia budak masjid, kita gune "ana-enti", pastu nak nampak romantik siket macam kawan sebelah katil, panggi lak "hubby-honey", pastu nampak cam aish de harapan dia nie jadik my future husband / my future wife, praktis awal-awal lah panggil "abang-anje".. Aiseh.... Cemane nih?? Haha... Inilah namanya BUNGA-BUNGA CINTA YANG MENYESAKKAN...
Nak tau sebab ape? Pernah tak anda test (ni untuk pembaca perempuan je ye) tanye ABANG anda tu camni, "kalau ABANG betul2 serious dengan saya, boleh tak abang datang rumah saya esok? saje2 jumpe parent sayang... Sayang slalu cerita pasal abang pada mum and dad... Dorang nak tengok bakal menantu dorg" KATEKANLAH ABANG ANDA tu bagik jawapan camni... "Alah...abang esok busy lah...", "Sayang tak caye kat abang ye..." dan JAWAPAN SEWAKTU DENGANNYA, saya nasihatkan baiklah anda cepat-cepat angkat kaki dari lelaki macam nie.... Nak tau sebab apa? Sebab dia seorang LELAKI YANG TAKUTKAN TANGGUNGJAWAB.... Dan percayalah, dia BUKANLAH LELAKI YANG TERBAIK UNTUK ANDA...
Kenapa dia bukan lelaki yang terbaik untuk anda? Sorang abang kat tempat saya praktikal, Abang Azrul namanye, dia pernah cakap, lelaki ni dia ada satu kelemahan... Kalau diajak jumpe parent mane2 pompuan, dia akan jadik longlai KALAU DIA TAK BERSEDIA NAK SERIOUS DENGAN PEREMPUAN TU. Abang tu cakap lagi, tapi KALAU DIA BETUL2 SERIOUS nak perempuan tu jadi SURI DUNIA AKHIRAT DIA, DIA AKAN SANGGUP BERDEPAN DENGAN ORANG TUA GF DIA. So??? Senangkan? Test aje bf anda cmnie and anda leh tr0s tau jawapannye.. kalau agak-agak nampak dia tak ready, baek anda angkat kaki dan nantikanlah jodoh anda dengan sabar...
Saya nak buat hipotesis bahawa COUPLE ITU TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. Saya nak sokong ape yang saya cakap dengan bentangkan kadar bilangan anak yang tak sah taraf yang DIDAFTARKAN di JPN. Yang tak daftar ape cerita???
Sebelum dapat kesucian gf dia, bukan maen baek, ajak g solat kat msajid, msej sruh tutup aurat, last2 dia mengayat yang power2, dan perempuan pula paling LONGLAI bile terkena dengan AYAT2 bf dia... tak yah susah2 cari minyak dagu, memang KEBANYAKAN WANITA YANG BERCOUPLE akan sanggup ikut permintaan bf dia. Dari suruh bertudung, suruh pulak hantar gambar tak pakai tudung, kononnya untuk dia je tengok, maklumlah 'bakal suami' kan? Pastu, selalu jumpa. Bila selalu jumpa, berdua pulak tu... Bila berdua, akan ada yang ketiga iaitu syaitan... Dan lepastu, akan berlakulah suatu perhubungan haram tanpa nikah yang melahirkan anak-anak luar nikah. Elok pulak tu anak dah keluar, dia sumbat dalam bekas kotak air (Akhbar Harian Metro, Isnin, 20 November 2010)...
Kesian baby tu....
Bertanggungjawab ke COUPLE nie? Kalau dia betul-betul bertanggungjawab, SI IBU takkan bunuh anak dia camtu aje, takkan benarkan mana-mana lelaki menyentuh dia kerana dia tahu dirinya mempunyai harga dan SI BAPA pula takkan mintak COUPLE tapi akan TERUS HANTAR ROMBONGAN MEMINANG kat umah perempuan tu.... Tunang dan kawen... Kan senang.... Teratur mengikut syara'...
Saya nak kongsi cerita kawan saya... Saya pernah tanya dia, apa yang membuatkan suami dia sangat bersungguh-sungguh nak jadikan dia sebagai isteri? Dia kata, suami dia pernah kata pada dia, pertama kali dia tengok kawan saya (kawan saya nie perempuan lah...isteri dia sekarang..) dia terus niat dalam hati bahawa kawan saya nie lah yang akan jadi isteri dia suatu hari nanti... Alhamdulillah... Allah perkenankan niat suci tu dan selamatlah mereka diijabkabulkan....
Sweet sangat!!
Saya rasa setakat nie je lah dulu ye...
Conclusionnye, COUPLE ITU LANGSUNG TAK BERTANGGUNGJAWAB...
=)
No comments:
Post a Comment