Wednesday, November 24, 2010

Amanah yang Dipikul Kian Bertambah

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...
Hehehe... Waktu di Malaysia sekarang ialah pukul 2.24 pagi...
Saya masih tak tidur lagi sebab tadi habis je meeting (dalam pkul 9.30 malam), singgah ke cafe jap beli makanan and balik solat 'Isyak. Pastu terus berkejar untuk anta assignment law pade classmate yang same group untuk start buat assignment...

Meeting....
Ye...saya nak cakap sikit pasal meeting.
Dalam meeting tadi, ketua kami, Muhammad Firdaus bin Khalid ada pesan (sebenarnya meeting seselum nie pun dia dah pesan..hahaha...) 

"Bila kita buat kerja, buatlah bersungguh2 dan seikhlasnya kerana Allah SWT dan jangan buat kerja sebab nak sijil je.... Tu pemikiran sekolah menegah.." 

Betul dia cakap... Buat kerja biarlah bersungguh2... Kadang-kadang selalu jugak ingatkan diri, supaya jangan pernah rasa hebat, jangan pernah rasa bangga dengan tanggungjawab yang kita ada... Ingatlah, setiap manusia itu adalah pemimpin, raja adalah pemimpin bagi rakyat, suami adalah pemimpin bagi isteri, dan kita juga adalah pemimpin bagi diri sendiri. Dan ingatlah, setiap pemimpin itu akan ditanya mengenai amanahnay ketika di dunia...

Allah.... Meeting baru tadi menyedarkan saya, setiap jawatan yang kita ada akan menjadi tanggungan kita sepenuhnya. Jadi, perlulah buat segalanya bersungguh kerana Allah SWT... Bukan sekadar mahukan pujian daripada kawan-kawan sekitar atau pun mampu dapatkan perhatian daripada para pendidik... Waktu dalam meeting tadi, tugas yang kena jalankan bukan sekadar Biro Akademik sahaja tetapi mendapat juga tugasan lain yang tidak terduga. Start je meeting, ketua kami, Saudara Firdaus buka majlis dan bentangkan mengenai tentatif meeting hari ni (dalam hati doa janganlah meeting panjang-panjang...hahaha) Sebenarnya, saya nie bukanlah seorang yang suke nak turun2 meeting, suruh buat kerja insya-Allah boleh tapi dapat je mesej meeting, rase macam dunia berseronok itu berakhir... hahaha (dahsyat betul...) Tapi so far, saya suka pegi meeting PERMAI nie sebabnye dia TAK LAME, PADAT dan MENCAPAI TENTATIF MEETING... Meeting situasi macam ni lah baru seronok, tak meleret2 dan tak buang masa...

Dalam meeting tadi, Saudara Firdaus bagi kami pembahagian2 tugasan... Mula-mula seronok bile tengok saya tak terlibat jadi ape-ape biro.. Setakat tolong2 mane yang patut, tak kesah sangat... Sekali bile tengok atas sekali....TERBELIAK MATA!!!! Tak sangka sebab saya kena buat kerja yang saya tak pernah rase sebelum2 nie..... Huaaaaaaaaa... Saya telah diamanahkan untuk bersama-sama ketua dan beberapa anggota yang lain mengikuti program ala-ala bedah buku lah, tapi kitab melayu lame atau bahasa mudahnye, kitab kuning... Allahu akbar... Time tue terdiam, tertelan ait liur tak percaya.... Mampu ke saya nak buat tugasan nie???

Betullah... Jawatan bukan setakat untuk seronok dibangga-banggakan... Tapi mengandungi amanah, visi dan misi yang perlu diselesaikan bersama.... Insya Allah saya akan beri kerjasama yang terbaek untuk Persatuan Mahasiswa Akademi Islam (sebab suke meeting dy tak lame...hahaha)

Rasanya sampai sini dulu ye... Mata sudah layu....Katil sudah mula memanggil...Esok nak kena mula buat revision untuk paper law next week, pahamkan balik nizha al-Qadha' yang blaja agak kelam kabut tadi... Huhu dugaan3.... Pastu MAWARITH yang tak tyerhafal-hafal lagi...(tu lah, time banyak masa suke buang mase men game lah ape lah....erm....)

Ok... Konbawwa (selamat malam dalam bahasa Jepun)...

No comments:

Post a Comment