Friday, November 19, 2010

Hobi Saye

Menonton cerita. Salah satunya bertajuk BEYOND A REASONABLE DOUBT
cerita ni sgt bgus untuk para pelajar yg mngmbil jurusan law. 
eventhough cerita ni law civil tp bgus utk ditonton.

Beyond A Reasonable Doubt ni  merupakan salah satu cara pembuktian bersalah yang terpenting bagi kes jenayah (criminal law).Ape yang paling penting ialah pembuktian sama ada yang tertuduh mempunyai keraguan apabila disoal siasat oleh peguam pihak lawan. Dalam kes jenayah sivil, perkataan REASONABLE DOUBT juga boleh digantikan dengan THE SHADOW OF A DOUBT. Selain daripada cara BEYOND A REASONABLE DOUBT, terdapat beberapa cara pembuktian yang lain dalam KES JENAYAH SIVIL seperti GOLDEN RULE, MISCHIEF RULE & RATIO DECIDENDI.

Nak hurai dengan lebih lanjut tentang kaedah2 nie, saya tak berapa arif sangat sebab saya belajar law civil mase sem 1 & sem 2 je iaitu subjek SISTEM PERUNDANGAN DI MALAYSIA diajar oleh SIR FAROUK dan subjek SISTEM PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA, diajar oleh PUAN NORHAYATI BT ABD GHANI.

Saya nak buat sedikit ulasan mengenai sistem perundangan di Malaysia. Sebenarnya sistem kita sekarang sedang menggunakan sistem perundangan BARAT tanpa kita sedari. Tak kiralah sama ada sistem perundangan SIVIL mahupun SYARI'AH. Nak bukti??

Ok, boleh refer dalam peruntukan-peruntukan berikut:
a) SEKSYEN 18, ENAKMEN JENAYAH SYARI'AH NEGERI SELANGOR yang memperuntukkan mengenai kesalahan bagi ORANG YANG MINUM MINUMAN MEMABUKKAN (ARAK), dia boleh dikenakan hukuman yang SANGAT RINGAN iaitu DENDA TIDAK MELEBIHI RM3,000 ATAU PENJARA XLEBIH 2 TAHUN ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI. Berbeza dengan HUKUMAN ALLAH yang mana telah menetapkan hukuman kepada peminum arak berdasarkan sebuah hadis Ashabus Sunan yang bermaksud "Barangsiapa yang meminum arak, maka hendaklah dipukul." Dan terdapat perselisihan jumlah pukulan sama ada 40 sebatan atau 80 sebatan. Di sini, Allah telah memberikan kebebasan kepada PEMERINTAH untuk memilih jumlah sebatan berdasarkan kemaslahatan masyarakat.


b) SEKSYEN 25, ENAKMEN JENAYAH SYARI'AH NEGERI SELANGOR yang memperuntukkan mengenai kesalahan bagi PERSETUBUHAN LUAR NIKAH, denda yang telah digazetkan HANYALAH TIDAK LEBIH RM5,000 ATAU PENJARA TIGA TAHUN ATAU TIDAK LEBIH 6 KALI SEBATAN ATAU MANA-MANA KOMBINASI DARIPADA HUKUMAN BERIKUT. Ringankan??? RINGAN DAN BERCANGGAH DENGAN HUKUM ALLAH yang telah ditetapkan dalm surah An-Nur ayat kedua, iaitu PENZINA YANG BELUM BERKAHWIN HENDAKLAH DIHUKUM DENGAN 100 SEBATAN DAN JUGA DIBUANG DAERAH MELEBIHI DUA MARHALAH. Bagi WANITA, perlulah ditemani dengan mahramnya. MANAKALA BAGI PENZINA YANG SUDAH BERKAHWIN. HENDAKLAH DIREJAM SAMPAI MATI.



Itu baru yang termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Yang perundangan sivil, kompom2 100% amek dari barat...

Jadi, ingin saya ingatkan kepada PARA PELAJAR SYARIAH LAW, tanamkanlah dalam hati, BERTEKADLAH untuk MENGUBAH SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA YANG DIBARATKAN kepada SISTEM BERDASARKAN SYARI'AT. Mudah-mudahan, sebelum kita menutup mata nanti, dapatlah kita lihat MALAYSIA sebuah negara ISLAM yang berteraskan SYARI'AT ALLAH...
Wallahu a'lam.....

No comments:

Post a Comment