Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt...
31/10/11 insya Allah perjalanan sebagai seorang mahasiswi akan kusandar lagi. Kali ini, pikulannya kupasti lebih berat... mampukah aku menaiktarafkan standar kualiti pemahamanku terhadap pengajianku ini? Dengar cerita dari kawan-kawan yang IPTA, semua kata susah-susah. Belajar... Takde bidang yang senang. Sume susah, nak kan pemahaman, tumpuan yang tajam, dan minda yang cerdas untuk memproses maklumat.
Risau jugak sebenarnya. Packing pun belom. Bayar entrance fees pun belum... Medical check-up je dah...
Risau jugak nak buat pinjaman mana untuk degree nie. Bila tengok hutang diploma, rase macam nak tercabut nyawa.... =( Tapi, itu je jalan yang aku ada. Loan- Len lah kalau my dad bakal pengganti Pak Jib ke... Ada harapan lah berpoket tebal. Tapi, takyah tebal-tebal sangat. Kang blaja tah ke mane, duet tah ke mana. Apa-apa pun, duit still sangat perlu untuk sambug belajar. Bahkan, keperluan duit nie dah disenaraikan dalam syair pendek oleh.... Alamak, tak ingat pulak nama dia sape. Tapi dalam syair tu sebut 6 keperluan untuk belajar, dan duit salah satu darinya.
Kali ini, aku bukan melangkah ke alam degree dengan bangga nak bagitau sekampung, I am becoming degree holder. Tapi, ini langkah seterusku menggapai cita-cita dan cintaku demi Islam agama yang kucinta. Demi mencapai matlamat yang terlukis dalam segaris rajah di minda sejak sekian lama. Cuma lukisan tu berubah mengikut corak yang ditentukan Rabbi...
Mudah-mudahan perjalananku ini mampu kuteruskan hingga ke akhirnya. Bukan setakat PhD holder, tapi sampai ke akhir hayatku, insya Allah akan ku aplikasikan apa yang aku pelajari selama ini.
Wassalam...
p/s: fokus sekarang, belajar, belajar, belajar, keluarga, kerjaya, belajar... kawen? erk... masuk gak dalam matlamat cuma masa dan 'dia' bergantung pada keizinannya. ok, xmoh pk sal kawen dulu. fokus3 blaja!! dan ingin jugak kutanam sekukuh-kukuhnya dalam hati yang lemah nie, never let ur heart kill ur self silently!
smbung kuis ea? :)
ReplyDeleteinsya Allah.. :)
ReplyDeletesenior kat kuis jugak ke nie? ^_^
kata2 imam syafie
ReplyDeleteaah Imam Syafie.. syukran ^__^
ReplyDelete