Thursday, October 20, 2011

Hebat Sangatkah Kita??

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt to all readers!
Thanks for reading this entry.

For this time, i would like to comment about a story, a drama actually that I follow to watch it. Even if I'd missed to watch at television, I will watch it via internet. Haha macam semput pualk nak cakap BI. That's my weakness, not very well in English. Cukup-cukup makan aje... Ok, then, sambung cerita tadi. Sekarang saya tengah addicted lah dengan cerita Putri Yang Ditukar. Serious! Saya sangat suke kan cerita nie.

Serba sikit tentang cerita nie *even tak habis tayang lagi kat tv*. Dia ceritakan tentang Wisnu, seorang lelaki yang berdendam dengan orang kaya, Prabu Wijaya. *sebena nye, mase 1st time dengar name Prabu Wijaya macam nak gelak, becoz it's look alike Kerabu... hihi jangan marah ye...*. Wisnu nie dendam kat Prabu sebabnye Prabu dah wat dia ngan best fren dia, Ikhsan accident. Prabu nie jugak dah pisahkan dua cinta sejati, iaitu Ikhsan & Aini, Aini tu sekarang jadi isteri nombor 2 Prabu Wijaya. Prabu jugak yang bunuh Ikhsan sebab dia taknak Aini tu terungat-ingat langsung kat ex dia tu. ikhsan pun kahwin lah dengan perempuan lain, nama nya Utari. Disebabkan dendam Wisnu pada Prabu, dia dah tukar anak Prabu dengan anak Ikhsan *sebab director sruh bini masing-masing bersalin kat tempat yang same lah pulak kan...*. Dia dendam bila dia tahu, yang kemalangan antara dia dengan Ikhsan mase nak larikan Aini dari kene kahwin dengan Prabu dlu, adalah kemalangan yang dirancang oleh Prabu Wijaya. Dan konon-kononnya, di Wisnu ni nak kasik pengajaran pada Pak Prabu, betapa dia akan menyesal satu hari nanti bila dia tau, anak yang dia besarkan, anak si Ikhsan, dan dia akan memusuhi anak dia sendiri *sebab kan dah dijaga dengan Ikhsan* and dia takkan tahu yang anak mereka dah ditykar oleh si Wisnu.

Bagi saya, dalam cerita nie, yang paling jahat ialah WISNU, bukan Prabu Wijaya. Even Prabu nie dah merancang nak bunuh orang, tapi lagi kejam si Wisnu nie pasal dia dah pisahkan kasih sayang antara anak dan bapak. Dan suka mewujudkan rasa bermusuh dalam diri *teremo sudaaa*. Tue yang tak eloknya. Dah lah miskin, jahat pulak tue. Ini lagi rugu dari manusia kaya yang jahat. At least, kalo kaya dan jahat, dia ada lagi kelebihan lain - kaya. Kalau orang miskin jahat??? Tak ke useless??

Tau tak kita, betapa tak baiknya kita simpan dendam pada orang, sebab dengan wujudnya dendam, kita sendiri yang takkan tenang dengan perasaan tua. Biasanya orang dendam sebab dia tak puas hati dengan apa yang someone dah buat pada dia dalam masa lalunya. Means, macam waktu kecik ke, atau dulu mase jadi best fren ke atau jugak dulu mase jadi couple ke... And so on... Yang pernah berkaitan dengan kite lah maksudnya...

Buat apa kita nak simpan dendam atau kita nak dengki, sedangkan orang yang kita dendam atau kita dengki itu go on with their life happily ever after. Memang, kita nie manusia biasa, tak sampai tahap nabi. Mungkin susah nak maafkan kesalahan orang atau perbuatan orang, nak-nak lagi bila ia meninggalkan kesan dalam kehidupan kita, such as kita buta ke cacat ke tempang ke... Sebab itu Islam nie indah. DIA dah tunjuk contoh  kat kite supaya belajar, dari kekasih-Nya. Ditohmah, hampir dibunuh, menjadi buruan, dicerca, dimaki... Ada Nabi balas balik?? Tak kan... Malah, Nabi akan jadi manusia lebih baik kepada orang yang bersikap buruk pada dia.

Revenge will give nothing to us.

Tiba-tiba teringat cerita tentang macam mana Nabi menyuap bubur kepada seorang wanita buta yang tua dari kalangan non-muslim. Perempuan nie, sambil Nabi suap, dia cerca Nabi. Dia cerita pada orang yang tengah suap dia tu, Nabi nie tak guna and macam-macam cercaan. Tapi, dia tak pernah tahu, bahawa orang yang suap dia selama nie ialah manusia yang dia dok kutuk selama nie. Sampailah satu masa, Nabi wafat, dan pekerjaan menyuap itu disambung oleh Saidina Abu Bakar. Bila mask je makanan tue ke mulu perempuan tua tu, dia ludah balik. Dia kata, "Kamu bukanlah orang yang selalu menyuapku.." Saidina Abu Bakar terkejut, dia kata, "Bagaimana kamu tahu bahawa aku bukan orang yang selalu menyuapmu?" Perempuan tu jawab, "Cara suapan yang berbeza. Orang yang biasa menyuapku, akan melumatkan nasi itusebelum aku telan, kerana aku tidak berupaya mengunyah." Saidina Abu Bakar pun menerangkan, "Benar, aku bukan orang yang selalu. Orang itu telah meninggal dunia." Perempuan tua itu terkejut dan bertanya, "Siapakah dia yang selalu menyuapku itu?" Saidina Abu Bakar pun menerangkan, itulah Rasulullah SAW. Lagilah perempuan tue terkejut. Manusia yang dihina, dicerca selama nie, itulah yang sudi menyuapkannya makanan. Dan dengan sikap yang Nabi dah tunjukkan, maka terbukalah hati wanita itu untuk menerima Islam sebagai agama anutannya. See?

Tunjuk contoh baik, orang akan sayang, orang akan hormat. Balaslah perbuatan jahat dengan seribu kebaikan.
Wassalam... ^__^

No comments:

Post a Comment