Tuesday, October 11, 2011

Jadilah LEBIH BAIK Untuk MASA DEPAN

Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...

Hai semua! Lame tak update blog. Pasal tak bape nak sihat and pasal malas nak taip pun ye gak. Kadang idea ade dah mase duk sidai baju ke, mase ngah goreng ikan ke... Tapi asal bukak je lappy, haihhh sungguh! Kemalasan untuk menulis. Rajin nak blog walking je.. Hehe.. Tertunggu-tunggu jugak cerita terbaru dari kawan-kawan DSPI A, macam Syera, Iera, Saini, Tanaa. Yang rajin up date skang ni si Eton je saya nampak. Takpe, I bace jugak.. ^__^ Ini kire geng-geng yang aktif bl0g jugaklah even ada jugak yang paling malas update blog especially Tanaa & Syera! Haha Peace dears!! Jangan marah eh ^_~

Okey, the most top blog yang saya suke nak lawat, nak bace ialah blog NurulBadiah Lai ngan mediaprima tv. Blog Sis Badiah nie bagi saya memang sincere dy tulis dari hati, even ada gak kadang-kadang vocab out of dictionary... Hihi but i feel happy to read her blog. Media prima nie pulak tempat kegilaan saya nak donlod cecite yg best3. Pasai ceq da syok da kat cte Putri Yang Ditukar at tv3! Dan buku yang paling saya suke naka bace pulak novel dari pasangan suami isteri ni, Dr. Farhan Hadi dengan Ustazah Fatimah Syarha. Buku mereka pulak sincere ditulis dari hati yang saratkan dakwah dan kasih sayang.

Dakwah dan kasih sayang... Memang lah tak leh pisah... Rasanya itu memang tema utama untuk novel pasangan suami isteri nie. Selalu rasa tersentuh dan bermotivasi bile bace, cuma persoalannya, sampai bila motivasi itu akan kekal???

Erm... sebenarnya entry kali nie saya nak kongsi pasal kahwin. Kahwin? Again and again??? Huhu Ini adalah persoalan yang takkan pernah terlepas dari kehidupan seorang wanita. Dan saya sangat berpegang pada prinsip saya, kita sangat perlukan pada pembacaan dan bahan bacaan yang menjana pemikiran kita, berfikir ke hadapan selari dengan garisan al-Quran dan as-Sunnah. Wallahi, itulah garis sebenar Islam yang Baginda Rasulullah SAW dah tekankan. 2 benda yang baginda wasiatkan pada kita agar tak lelah dalam perjalanan yang panjang... Tapi kita??

Agak-agaknya, boleh tak babak KAHWIN ini terpisah SEKEJAP dari konsep Quran mahupun Sunnah? Seriously CAN'T! Saya gembira dengar berita ramai kawan-kawan sekolah rendah dah nak kawin, dah kawin tapi dalam masa yang sama saya sedih... Sedih dengan pergaulan sebelum perkahwinan dan juga pemakaian semasa hari yang bahagia. Terasa lemah sendi melihat gambar kemesraan yang membara sebelum alam pernikahan. Akrab dan jitu! Pemakaian semasa pernikahan, masing-masing berlumba-lumba atas kecantikan. Ya Allah...aku mohon dijauhi dengan ujian-ujian begini ya Allah... Sesungguhnya aku hamba yang lemah...

I'm not perfect too tapi bagi saya, hanya kita yang kenal diri kita, justeru, ubahlah kesilapan diri yang kita sedari... Jangan jadikan kebodohan dan kesilapan kita masa lalu, PUNCA UTAMA membantutkan kita untuk berubah, menjadi lebih baik dari masa lalu kita. Saya pasti, mesti ramai yang akan berkata tapi, peduilah ape orang lain nak kata tentang masa lalu kita, membandingkan kita dengan kira yang sekarang. Siapa mereka nak menghukum kita? Sedangakan Allah sendiri tidak menilai kita dengan dosa kita masa lampau, sebaliknya kita akan dinilai dengan siapakah kita pada babak seterusnya dalam kehidupan kita.


Erm...bile bace novel-novel pasangan suami isteri nie, cinta dorang sangat sweet tau! Dorang nie dua-dua pemalu. Sangat komited dengan tugasan pelajaran dan dakwah dalam kehidupan. Yang paling saya suke, dakwah dah menjadi darah yang mengalir di setiap sendi mereka. Wah3! terase hebat pulak ayat nie. Hahaha *Sungguhlah perasan!* macam mana saya nak apply kan dalam hidup saya ye??? Ya Allah, lemahnya saya...

Sebenarnya, kita kena sedar yang kita bukan hamba yang biasa-biasa, sama tahap dengan haiwan atau tumbuhan yang DIA cipta, tapi kitalah SEMULIA-MULIA ciptaan-Nya... Kita dicipta sebagai khalifah di bumi-Nya nie, bukan tugas perlu untuk belajar sahaja. Teringat status seorang sahabat saya. Saya suke bace status dia sebab sentiasa tulis dan mengingatkan orang tentang tanggungjawab kita di usia sekarang tidak terhenti sebagai seorang pelajar sahaja, bahkan juga perlu berdakwah! Sebagai seorang da'ie.. Sekarang, dengan mendalami novel-novel yang boleh membantu memotivasikan saya, saya faham maksud status dia.

Apekah konsep dakwah dalam setiap detik kehidupan kita? Adakah perlu 24 jam berdiri berceramah, atau ke sana ke sini untuk berceramah? Konsepnya tidak terhad setakat itu... Di rumah kita boleh berdakwah. Contohnya, solat on time, pilihkan tudung yang labuh untuk adik perempuan, ingatkan adik lelaki untuk pakai seluar panjang masa nak pegi main bola. Di office pun boleh dakwah, luangkan masa untuk solat sunat dhuha, tampal artikel-artikel tazkirah di bilik pejabat atau di atas meja. Di padang bola pun boleh berdakwah, dengan cara stop main bola awal sebelum masuknya waktu Maghrib, tegur bacaan surah hafazan kawan-kawan yang tersalah. Pendek kata dan cerita, di semua tempat dan setiap saat adalah masa untuk berdakwah. Setiap denyut nadi yang bergerak, seiring dengan aliran darah dalam badan yang tak pernah putus, selagi itulah roh dakwah takkan pernah putus dari jasad kita. ^__^

Okey, tadi cakap entry nie pasal kawen, last2 out of topic pulak kan? Sorry... Back to the main topic, saya kira yang dah berumah tangga, yang dah bertunang, yang dah merancang untuk melangkah ke fasa baru komitmen dalam kehidupan adalah manusia yang sudah bersedia. Alhamdulillah dan congrate, tak lupa saya ucapkan kepada kawan-kawan yang tergolong dalam grup-grup yang saya nyatakan kat atas nie. Jeles lah jugak, bila lah turn saye? Haha Sebenarnya, bila terdetik soalan, "Bile pulak turn saya" terus saya rasa saya masih belum layak unuk melangkah ke gerbang rumah tangga. Pada saya, serba serbi dalam diri saya masih belum cukup kukuh dan ampuh untuk melangkah ke fasa baru. Walhal, saya menginginkan keluarga yang barakah dan makmur. Biarlah saya memperbaiki seribu satu kekurangan diri ini terlebih dahulu sebelum melangkah dengan komitmen lebih tinggi. Sebagai anak sulung, di fikiran saya sekarang, masih belum terlintas lagi untuk berumahtangga, kerana banyak lagi amanah yang saya tak mampu nak laksanakan.

Kahwin itu amanah. Bukan suka-suka. Dalam hidup kita ada banyak amanah yang kita kena pegang. Lunaskan satu per satu. Kenapa nak tambah pikulan amanah andai amanah yang sebelum ini tidak berjalan selancarnya? Renung-renungkan kembali, apakah amanah utama kita sebagai HAMBA ALLAH dan PENGIKUT RASULULLAH, amanah kita sebagai seorang anak, seorang pelajar dah beres? Peringatan buat diri sendiri yang sering alpa...

Last but not least, 



Wallahu a'lam...
Time kasih yang bace ^__^


p/s: Special thanx to Kak Bella yang aja saye cemane nak connect kan person dengan link nye... Hehe

2 comments:

  1. hebat laa ash.. ske entry nieee.. i followw..

    ReplyDelete
  2. maceh bace ^__^
    and maceh follow! ^__^
    sbb ase entry nie mcm mrapu2 je.. *_*

    ReplyDelete