Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt...
Mula-mula sekali nak ucapkan setinggi-tinggi syukur buat-Nya kerana kasih sayang-Nya tak pernah jauh dari saya... Alhamdulillah... Masih diberikan nikmat iman dan Islam. Nikmat yang takde pada selain Islam, namun sekalung doa buat teman-teman yang bukan Islam, semoga Allah memberikanmu cahaya kebenaran sebelum maut menjemputmu. Sayang... Ya, saya sayang dengan teman-teman saya yang non-muslim... Pernah satu hari saya menangis melihat kawan-kawan Christian gembira nak pegi church. Saya cuma cakap dalam hati, semoga mereka diberikan hidayah. Kan kalau non-Muslim, Allah dah janjikan untuk jadikan mereka sebagai kayu pembakar bagi kawah neraka yang membahang... Sebab tu saya nangis. Kesian dengan mereka. Kawan non-muslim ni saya kenal masa PLKN kat Sabah...
Ok, itu baru intro pade entry kali nie, *rase-rasenye intro macam out of topic pulak...haha* Petang tadi saya dapat berita dari Iera, dia kata dia pegi KUIS and pihak pentadbiran cakap, yuran untuk pelajar-pelajar yang CGPA 3.5 above ialah FREEE!!! Ya Allah, alhamdulillah sangat2! Dah lah pagi tadi mase bayar registration fees yang berharga RM1,000 *eh macam beli ikan pulak* dah start garu kepale... Aish... Ni belum campur yuran, belum lagi yuran RM170 untuk konvo bagai... Mane nak carik duet... =,=" Mase dapat berita petang tadi, lega sangat-sangat. Sekurang-kurangnya, saya tak payah lah bebankan mama ayah untuk bayar wet konvo.
KUIS memanglah mahal, sebab dia IPTS. Memang jauh mahal dari IPTA. Sebenarnya, IPTA ngan IPTS nie sama je yurannye kalo nak ikut, cuma IPTA dapat subsidi daripada kerajaan banyak. So, jangan ingat belajar dok goyang kaki je ye... Yang IPTA neh... Banyak duit rakyat Malaysia nie yang disumbang untuk korang. kalau yuran dah murah, setakat nak enjoy je kat U bek xyah. Bek bagi peluang pada orang yang betul-betul nak blaja... Kalo IPTS, memang rasa dah sakitnya macam mana. Nak bayar yuran sakit, itu ini mahal. Kalo cam KUIS, subsidi nye berape percent je dari MAIS... Same gak, kalo dok IPTS, dah tau bayar mahal, nak pulak wat loan, ko dok huha huha tak belaja bebetol, bek cabut g carik keje lah daripada menyusahkan parent korang bayar yuran sem korang, atau lebih parah menyusahkan korang sendiri kang nak membayo balik wet pnjmn kome tu...
And tadi jugak, saya ada tengok satu video klip tentang cara solat orang Yahudi dan orang Islam. Nak tengok? Klik sini. Nak komen ape? You may... Cuma komen saya tentang video klip nie, mungkin ini cara solat orang Yahudi masa dorang adalah Bani Israil. Bani Israil nie adalah satu kaum pada zaman nabi Musa a.s. yang diselamatkan daripada kekejaman Firaun. Asalnya kaum yang berdiri di atas jalan yang lurus, dimuliakan dan dikurniakan nikmat yang melimpah-ruah... Sehingga mereka menjadi golongan yang tidak bersyukur dan kejam. Kekejaman mereka kita boleh tau sendiri kan, apa yang dunia media dah tunjukkan? Tu pun baru sikit.
Rase nye sampai sini dulu nak tulis. Barang tak pack lagiiiiiiiiiiiiii. Malas nyeeeeeeeeeeeeeeee ~.~
No comments:
Post a Comment