Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamualaikum wbt semua...
Di ambang penghujung Sya'ban dan awal Ramdhan ini, diharapkan dapat memberikan saya seribu satu kekuatan untuk menjalani ibadah Ramdhan kali ini. Moga Allah juga mengetuk hati yang keras ini untuk kembali lembut dengan sinar hidayah-Nya.
Sekarang nak online fb cam xbape nak best je... Blogging pun, manyak mende nak cakap, tapi macam malas nak menulis pn satu hal. Serase macam lately nie, malasnye nak ngadap laptop... Haaa gitulah... Tapi, kali ni saya nak tulis jugak something, sementara saya masih ade mood nak tulis, mudah-mudahan tulisan nie mampu memberi manfaat kepada saya dan pembaca lain walaupun sikit, mudah-mudahan. Entahkan tulisan yang terakhir atau pun ade lagi postage yang menyusul, saya tak janjikan apa-apa. Tengok pada keadaan yang akan saya lalui.. ^_^
Ya Allah...hari tue saya ade dengar kat Tanyalah Ustaz, dia kata, cemane kalau kite nie dok sebok pesan kat orang sini "Ang solat lek lok" orang sane, "Cik xyah lah dok sebok mesej buaye pren cik tue... HARAM couple b4 nikah" orang sebelah, "Eh, mane stokin... pakai3... Aurat3..." Haaaa. Dalam Tanyalah Ustaz tue dia kata, bile kite pesan pada orang suh buat pada kebaikan, Allah akan tengok, kita nie dah buat ke belum kebaikan yang kite dok seru-seru pada orang? Takut kita tak buat lagi ape yang kite dakwahkan pada orang, kite tersangkut depan pintu tak lepas nak masuk ke syurga. Dan di akhirat nanti, orang-orang yang kita dakwahkan tue akan tengok kite masa kite tersangkut dan dia akan kata balik pada kita, "Mengapakah engkau tidak melakukan amalan yang kau pesankan kepada kami di dunia dahulu?" Masa tue kita nak buat apa? Malu? Menyorok? Jika di dunia, YA. Aib kite masih mampu nak ditutup. Tapi di akhirat kelak? Segalanya terbongkar. Dan digambarkan dalm satu hadith, bahawa bila di akhirat kelak, akan dipertontonkan kepada kita, setiap inci amalan kita ketika berada di padang mahsyar. Mase tu, haaa bukan hang sorang dok tengok pa dia hang da buat kat dunia tapi SEMUA manusia, bermula dari zaman Nabi Adam A.S hingga umat yang terakhir sekali.
Kali nie, hati tiba-tiba ingin berfikir sejenak mengenai mati. Astaghfirullahl 'aziim... Betapa teruk dan kerasnya hati ini sebelum ini. Sukar sekali emmikirkan tentang mati. Lekanya diri ini dengan nikmat-nikmat dunia. Nikmat kasih sayang keluarga. Nikmat tidur. Nikmat kebijaksanaan. Nikmat petah berkata itu dan ini. Nikmat menonton cerita. Segala nikmat yang Allah kurniakan sungguh tak terkira, membuat hati ini lalai dan leka dari mengingati mati. MATI... Apakah itu mati? Mati ialah suatu perkara yang datangnya, menghentikan kita dari menikmati segala macam keindahan dunia, memutuskan kita dengan hubungan dunia, memisahkan kita dengan ahli keluarga kita, dan BERMULANYA perjalanan kita untuk menuju Allah. Siapa kata mati itu suatu pengakhiran? Tidak... mati itu suatu permulaan.
Pernah dengar lagu Menanti di Barzakh by Far East? Cube dengarkan... Lagu nie memberi gambaran, bagaimana mati itu seksa. Sakitnya tatkala Izrail memisahkan roh yang lama bersemadi dalan jasad oinjaman Illahi ini, keluar.... Tiada apa-apa bekalan walaupun di dunia pangkat kita Dato' atau YB atau Tuan atau Raja. Sebenarnya kita semua sama sahaja. Kita diciptakan dari benih ibu bapa kita, ditiupkan roh. Walaupun taraf dunia berdarjat berbeza, hakikatnya kita semua hamba Allah... Saat roh keluar dari jasad, maka menangislah semua insan-insan yang menyayangi kita di dunia selama ini. Bekalan kita mane?
Jom kita renungkan... Selama berapa lama kita dipinjamkan umur oleh Allah SWT, apa yang kita dah buat? banyak mana bakti kita pda keluarga? Berapa banyak kali surat cinta Allah kita dah khatam dan hayati dan amalkan dalam kehidupan kita? Berapa banyak sumbangan kita kepada Islam dan juga mengubah sistem barat yang berakar di negara kita? Berapa besar sumbangan kita? Berapa tinggi pengamalan ilmu yang kita aplikasikan dalam hidup kita, sepanjang kita menjalani hidup sebagai seorang pelajar?
Bila direnung kembali... Ya Allah... Kerdilnya diri ini... Perkara pertama yang akan dihisab apabila kita tiba di alam barzakh ialah SOLAT. Ye, memang kita solat cukup 5 waktu sehari semalam. Malah ada jga yang top-up solat dengan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah, tahajjud malam dan dhuha... Alhamdulillah. Kualitinya? Adakah solat kita itu berkualiti dan diterima Allah? Dapat full mark tak dari Allah? Saya? Saya lagilah teruk... Sangat susah untuk merasa khusyuk dalam solat. Menghayati setiap rukun solat dengan hati dan pemahaman, bukan sekadar membaca lafaz-lafaz arabnya sahaja. Realiti sekarang, kalau ditasmi' bacaan arab, sumenye masyi-masyi, masya-Allah! tapi, cube kalau test MAKSUD bacaan solat kite. Sume boleh tak? Saya pun belum tentu boleh. Jadi, ape yang kita perlu buat? Jom sama-sama kita baiki kekurangan dan kelompongan sebab HANYA KITA yang kenal diri kita, tahu kelemahan dan kekuatan diri kita, jadi KITA jugalah yang perlu bergerak untuk mempercantikkan amalan kita. Semoga diterima Allah dengan sempurnanya segala amalan kita, insya-Allah...
Banyakkan ingat tentang kematian, kerana ia mampu menghentikan tawa kita yang ke arah sia-sia. Mampu membuat kita berfikir, apekah ibadah sepanjang umur kita ni penuh berkualiti. Mampu membuat kita takut melakukan dosa kerana kita menjadi manusia yang berfikir, bagaimana kalau kita mati dalam keadaan diselimuti maksiat, sedangkan setiap selepas solat kita berdoa agar matinya kita nanti dalm Husnul Khatimah... Banyakkan dengar selawat, saya nak suggest satu selawat nie, namanya Selawat Tafrijiyyah, leh carik kat youtube. Ade word dalam arab and maksudnya skali. Sesuai untuk kita hayati. Dan saya jugak dah tuka lagu background blog nie sebab saya suka lagu ni, Doa Dhuha by UNIC. Sangat mendalam maksudnya kalau dihayati. Sudahkah kita habis menunaikan semua hak Allah???