Thursday, May 31, 2012

Tali Ukhwah Itu

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Rindu dekat best friend kat Unisza. Rindu pada kelas dulu yang berjaya masuk IPTA, USM, UIAM. Tapi macam senyap je semua. Busy kan? Nak exam kan sekarang. Takpelah, masing-masing dah ada haluan hidup masing-masing, kan?

Membina tali ukhwah itu mudah tapi mempertahankan sebuah ukhwah yang dibina sangat susah. Macam-macam dugaan. Sabar dan toleransi sebagai bekal utama. Terasa seperti terasing, diasingkan, atau aku sendiri yang mengasingkan diri?

Bagus juga novel Terasing, menekankan bagaimana ukhwah yang begitu utuh perlu dipertahankan, menarik kembali rakan yang tergelincir dari landasan kerana berpegang pada stau janji. Novel yang menjadi panduan dalam berukhwah.

Kita? Punya teman juga. Sebelum berpisah saling berjanji juga. Saling menghubungi. Saling bertukar khabar. Tapi, berjayakah janji-janji yang diungkap sebelum berpisah ditepati? 

Baru sedar erti sebuah janji. Ia menjadi hak orang yang kita sudah berjanji dengannya. Boleh dituntut. Jika dituntut di dunia, tidak mengapa. Boleh dilangsaikan. Bagaimana jika yang menuntut itu, menuntutnya di mahsyar? Tinggal selangkah dua mahu tiba di firdausi, tapi kaki disekat dengan tuntutan janji yang tidak pernah terlunas? Lalu, jatuh ke bawah, di mana api neraka tinggi menjulang. Nauzubillah. 

Maka di sini teman-teman, siapa yang aku ada berjanji dengannyatapi aku lupa tepati, beritahulah aku. Akan cuba aku lunasi selagi mampu. Tapi bila aku tidak mampu, aku mohonkan keuzuran darimu, teman yang aku berjanji. Maafkan aku. 

Hati, cubalah berlembut maafkan orang, kalau dia salah. Biar kita sentiasa tenang. Biarlah orang macam mana pun, kita cari ketenangan dengan cara ini, boleh?

Sungguh, bila hati sekeras batu, bagaimanakah mahu melenturnya? Kalau sekeras gula batu, takpe. Sedap lagi nak dirase. Dimakan. Kalau batu di jalanan, siapa yang sudi menjamah? Memandang pun belum ada yang mahu.

Semoga sahabat-sahabat yang sangat sibuk di sana sini terus berjaya dengan cemerlangnya. Banyak lagi sahabat lain yang ada di sana sini untuk support anda, kan?

Sampai sini dulu.
Salam dhuha semua. Semoga dengan melaksanakan ibadah sunat ini akan meningkatkan lagi keakraban kita dengan Yang Esa. Semoga diperluaskan rezeki masing-masing. ^__^
Wassalam.

No comments:

Post a Comment