Saturday, May 26, 2012

Penulisan Dari Kaca Mata Aku

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt readers!

Ok, bunyi macam mood sangat gumbira saja? Actually, biasa saje. Dok umah best. Sebab boleh try godek-godek dapur. Saya memanglah tak pandai memasak macam Master Chef, kan? Kalau tak, tak menanglah Ezani dalam 1st MasterChef! Ahahaha Try nak masak makanan yang saya suka, yang saya tengok macam best. Name pun TRY kan? Kadang jadi kadang tak jadi. Bile baru first time buat MENJADI, memang agak batak sedikit~ Hepi lah konon-kononnya.

Kali ni, bukan tentang memasak yang saya nak tulis. Sekadar pendapat tentang penulisan. Tak semestinya, menulis mesti ada nama. I mean, famous person lah. Memanglah semua orang ada name masing2 kan? Penulisan walaupun tampak biasa tapi kalau datang dari orang ternama, orang terkemuka, namanya dalam mana-mana bidang di bahagian teratas, tulislah sebaris ayat walaupun cincai, tetap orang puja. Tetap orang suka. Tetap orang ambil sebagai quote. Dan jika penulisannya dibukukan, harganya mungkin lebih 'tinggi' berbanding penulisan orang lain, yang kurang bernama.

Maaf, sekali lagi saya nak tegaskan, apa yang saya tulis ialah menurut kaca mata saya. Bukan sebab saya berkaca mata ok~ Dari kaca mata orang lain, mungkin lain atau mungkin sama? Kalau takde kaca mata, pegilah beli kalau anda rabun, then join the club with me okeh~ Haha Just joking. 

Menulis bukanlah sekadar luahan kosong. Menulis punyai satu nilai yang tersembunyi. Ada mesej yang cuba disampaikan dalam penulisan. Sebab itu, wujudnya banyak media penulisan sekarang. Daripada akhbar, buku-buku, blog. Semua yang berkaitan dunia penulisan. Manusia menulis untuk pelbagai tujuan. Duit, fitnah, memuaskan hati, menikam kawan sendiri, populariti dan seribu satu sebab lagi. Betul, kan? Ini realiti dunia penulisan. Tapi, ramai yang lupa. Penulisan sebenar haruslah bersandarkan pada Yang Maha Esa. Tulislah perkara apa pun, takkan dapat dipisahkan dengan Allah SWT hatta tentang adab dalam tandas sekalipun. 

Saya bukanlah seorang manusia amatur dalam dunia penulisan. Mungkin baru berjinak-jinak. Kenapa saya minat menulis? Sebab saya minat membaca. Saya suka berimaginasi. Maksudnya, kalau saya baca novel, saya boleh bayangkan seakan-akan perkara itu berlaku. Itu saya. Anda mungkin berbeza. Saya masih ingat, penulisan pertama saya mendapat siaran akhbar ketika saya berusia 14 tahun. Akhbar Utusan Harian, bahagian surat khabar kecil yang dikhaskan untuk pelajar. Tak ingat namanya. Itu, bukan kali pertama saya belajar menulis, tapi belajar mempopularkan penulisan saya.

Saya masih ingat, saya diejek dengan teruk oleh budak lelaki, saya tak pasti sebab apa sampai sekarang. Dan saya bertekad, untuk melakukan sesuatu untuk membuatkan saya menjadi popular, sekaligus menutup mulut mereka. Dan bila saya berjaya buktikan, kurang sikit ejekan mereka. Sampai sekarang, kurang selesa dengan mereka-mereka yang terbabit. Ini kisah saya. Awal saya memulakan langkah dunia penulisan, untuk kejar populariti. Untuk tonjolkan saya ada kelebihan. Kemudian, saya memasuki pertandingan mengarang novel, peringkat daerah. Tak berjaya meraih tempat pertama, alhamdulilah sekadar tempat ketiga. Saya juga masih ingat, karya saya berkisarkan kisah cinta. Cinta yang saya tidak kaitkan dengan Allah. Sebab, masa itu bahan bacaan saya  ialah novel-novel yang cintanya tidak mengenal Allah 100%. Cukup mengenali Allah tika dalam kesusahan. Itu karya kedua saya.

Seterusnya, kurang bergiat aktif dalam penulisan. Ada sesekali menulis apabila berpeluang. Allah bagi saya peluang, kenal Dia dengan lebih dekat masa saya di KUIS. Banyak yang saya pelajari daripada usrah, kuliah , dalam kelas. Jujur, jauh beza dari zaman sekolah. Kalau zaman sekolah, nak ada teguran-teguran tentang agama masa kelas Bahasa Arab, QS, PSI. Subjek lain ada tapi jarang sikit. Beza dengan masa IPT. Zaman bergelar mahasiswa. Tapi saya pasti. Bukan KUIS saja yang aplikasi 2 dalam 1, belajar + pendedahan agama. Universiti lain tarbiyahnya pasti lebih mantap dari KUIS. Tapi, KUIS tetap di hati. Teringin juga mengikuti program tarbiyah di universiti lain. Mahukan variasi ilmu. 

Sekarang, dari kaca mata saya, menulis juga memikul beban dakwah yang berat. Ingat, zaman sekarang Islam semakin terfitnah dengan perilaku penganutnya sendiri. Kalau tak, masakan non-Muslim menggelar orang Islam pengganas, orang Islam sendiri yang banyak gugur anak haram, orang Islam yang banyak di Universiti Serenti. Bukti dah ada, apa hujah kita? Dari sudut penulisan macam yang kita sedia tau, sesama Islam sedia mengkafir-kafirkan saudara seakidahnya sendiri. Beginikah ajaran Islam? Islam semakin dipandang enteng, sedarkan penulis-penulis? 

Jangan menulis kerana populariti. Tulislah satu perkara yang benar. Jangan ketepikan hakikat walaupun kita bersalah. Saya sendiri, jika menulis atau terlibat untuk menulis tentang sesuatu, yang kita pasti dunia akan memberi ganjarannya, sama ada nama ataupun wang ringgit. Saya, prinsip saya cuba menjadikan penulisan saya sebagai pedang dakwah saya. Bimbang, bimbang sekali kalau penulisan saya menyembunyikan perkara yang benar di sisi Allah. Apalah guna jika menulis dan mendapat pulangan jutaan ringgit seandainya penulisan itu mesti bercanggah dengan Allah, dengan pegangan hidup sebagai Islam. Mungkin ada yang nampak saya macam tunjuk bagus, actually ni bukan sesi tunjuk bagus, tapi memang sesi saya nak cuba jadi bagus. Bagus depan mata Allah. Ada sesekali pihak-pihak yang meminta saya menulis artikel, mungkin sekadar picisan.  Cuba menerapkan setinggi mungkin unsur-unsur ajaran Islam dalam penulisan yang diminta. Kerana mungkin ramai sekarang yang masih pejam mata dengan segala-galanya dalam kehidupan, pasti punya hubungan dengan pencipta-Nya, Allah Yang Maha Agung. 

Masih jauh perjalanan saya. Maut tidak mengira masa menjemput. Cuba mencari saham akhirat dengan mempertingkatkan kualiti penulisan, terutamanya di blog. Menulis perkara yang baik, mendapat pahala. Dibaca dan mungkin ada pembaca yang mengamalkan, mungkin menjadi investment besar saya di akhirat kelak.

Sibuk SIGN autograf konon2. Haha
Kenangan dalam kelas lughah di Syria. Rindu~

Jadi, mari melabur untuk akhirat. Jangan setakat menabung, kerana jumlah tabungan dengan pelaburan, besar lagi pelaburan kan? ^__^

p/s: terima kasih pada pihak yang bagi peluang saya menconteng idea saya. ^_^

2 comments: