Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt..
Praise to Almighty Allah because at last, saya berjaya jugak mengahbiskan tempoh kerja selama sebulan setengah di kilang Samsung. Bermacam-macam kerja yang saya buat. Gaji sebelah pagi RM50, sebelah malam RM52. Ingat, ada orang senang-senang nak kasik 50 hengget tu kalo kau dok tercegat macam patung cendana? Memang takkan ada. Nak dunia akhirat, perlu ada usaha. Bukan kerja semata-mata duit, tapi saya cuba menyelami kerjaya ayah saya selama nie.
Saya kerja sebagai kuli. Dengar pon macam low class kan. Serius penah masa awal-awal saya kerja, saya agak sombong cakap dalam hati, "Actually, I'm not deserve to be here. Step on here and do anything as a servant." Memang kerja kuli, kerja orang bawahan, tapi diri satu saya dapat memotivasikan diri. Orang takkan ada kat atas kalau tak pernah jadi orang bawah. As like my father. Before this, he just as a production operator, step by step be a supervisor, then chief of supervisor after that alhamdulillah as an officer. Ramai orang cakap kat saya, "Alah ayah Siti kan gaji dah besar. Siti tak kerja pun tak ape." And I just smile. Orang memang pandang officer gaji macam tinggi, orang tak tau ape tanggungan yang ayah perlu langsaikan dengan gaji yang ada. Malas nak komen banyak, saya cakap kerja sebab nak belajar berdikari.
Sepanjang bekerja nie, banyak sangat yang saya perhatikan. Macam mana perjalanan hidup pekerja kilang yang beragama Islam. Adakah semata-mata kerja untuk dunia atau kerja tu dijadikan satu wasilah untuk dapat saham di akhirat? Macam saya, kerja yang saya pegang ialah conduct 2 mesin, IK Machine Auto, ID Machine. Siap check diode guna mesin IK, saya kena balut diode yang terkumpul sebanyak 3000kg then kene tarik gune troli truck kat tempat simpan diode yang dikhaskan. Mulanya, sorang akak Indon nie yang buat. Lagi kecik dari saya tapi gile boleh tarik dlm12 000kg per day diode2 tu. Mulanya, saya pun tak boleh. Saya cakap tak larat dan tak tau nak handle troli truck. Tapi saya cuba belajar, and akhirnya saya berjaya tarik at least 9000kg per day.
At first, saya sendiri tak percaya. Gile ke aku boleh buat macam nie? Sehari 9000kg diode aku tarik. I'm a girl. Kalo lelaki tu tak kesah sangat lah kan. Bukan nak cakap, aku boleh jadi Badang abad 20 tapi the most important point, mind set. Jangan jadi manja dan mengada-ngada. Jangan jadi manusia yang tak boleh berdikari, sentiasa nak hidup dilindungi orang, dibantu orang lain. Cant to depend on yourself. Yes, we cant do everything lonely but we did not do everything with everyone, right? Bagi saya, selagi mana kita boleh buat sendiri, selesaikan masalah sendiri, please settle it by yourself guys.
Ada jugak isu kat kilang tu, biaselah ramai gak budak yang part time, especially budak2 yang gap cuti sem nye agak panjang cam saya an budak2 lepasan SPM. Ada satu isu ini, memang agak membakar jiwa saya jugak. Ada sorang budak perempuan ni, adik saya kata dia anak cikgu sekolah rendah dulu *btw aku pon tak ingat sangat cikgu tu. May be aku tak belajar dengan dia kot.* Anak dia kerja seklai kat tempat tue. Sembang punya sembang, aku tau lah result SPM dy. Then dia kata nak amek course nursing dekat UiTM. Lepas keputusan UPU kuar, dia bagitau aku dengan muka hampanya dia tak berjaya dapat U. Aku just cakap, sabar je lah. Ada rezki kat mana2 tue *tapi dalam hati aku nak gelak sebenarnya. sebab biaselah UPU nie orang yang result tinggi pun belum tentu lepas dapat U.* One day, that girl told me, dia dapat UiTM tapi guna orang dalam. Masuk sama standard dengan budak2 first intake. Itu satu hal.
Lepas tu dia dapat course campak je lah sebab awal2 lagi 'orang dalam' bagitau, dia mungkin tak leh bawak course nursing. Course yang dia pun blaja dalam BI gak. Dia kata dia tak minat BI. Nie lagi satu masalah budak sekarang. BI tak minat letak tepi. Hello, aku pun tak hebat BI tapi kita tau bahasa tu sebagai 2nd languange untuk communicate, belajar lah slow2. Aku slow talk ngan dia, nape dia tak try college len yang tawarkan nursing. Yelah, banyak kan kolej len. Dia kata, mak dia tak nak kolej swasta. Tak standard, sijil dia takde harga. Part nie paling aku bengang gile. Amboi, selama aku diploma sampai degree duk kolej swasta, alhamdulillah aku tak tergolong dalam manusia yang kelas bawahan pun. So, aku share satu cerita dengan dia.
Aku nak masuk degree, aku hanya mohon bidang syariah law je. Aku tak mohon bidang lain sebab aku aim aku memang fokus pada syariah law. IPTA tak dapat, rayuan dapat tapi sebab guna orang dalam. Aku cakap kat dia camni, "Kalau nak kejar nama UNIVERSITI, nak kejar MURAH, memang kite dah lama masuk U yang kita dapat. Tapi kita rasa macam pengemis kalau kita masuk U guna orang dalam, bukan guna result kita sendiri." Aku tak tau dia terasa ke dia takde perasaan ke tapi aku bengang bila orang pertikaikan KOLEJ ni macam sampah. Kau ingat dok UNIVERSITI standard sangat lah? Kalau tak belajar, dok U hebat mane pun, same gak. Belajar bukan bergantung TEMPAT yang kita nak belajar tapi bergantung dengan EFFORT kita untuk gali ilmu, faham dan amalkan. Aku macam nak bagi free talk aje kat mak dia. Berdabel-dabel bengang dengan statement camtu. Banyak je kawan seangkatan aku yang sambung Degree kat KUIS sekarang bukannye orang yang low class, tapi tergolong dalam golongan excellent student mase diploma dulu. tapi semua bergantung pada rezeki.
Adik aku pun bising, masuk guna orang dalam memang menyusahkan orang lain yang sepatutnya lebih layak dari kau masuk kat U tu. Dan teringin aku nak tau, pointer budak tu habis diploma kang. Standar tak dengan gelaran U yang dia kejar sangat.
Common. Ilmu bukan ada kat U aje tau. Kolej kat Malaysia semua diiktiraf, KUIS antara yang the best bagi aku walapun aku angin jugak dengan yuran asrama yang menggila. Kalau dapat U, tapi tak study, kau kerja asyik nak ponteng kelas, exam nak lulus je memang hancurlah. Tu je key dia. Belajar kat mana-mana pun sama, yang penting masa study, kau fokus, Grab ilmu sedalam-dalamnya. Jaga adab dengan lecturer. Paling pentin, jaga aurat kau, batas pergaulan, dan hubungan dengan Allah kene smooth. tak kisah belajar kat mana pun, Allah akan bagi ganjaran setimpal dengan usaha kita, bukan standard kita.
Panjang betol aku celoteh nie. Meluahkan ketidakpuasan hati terhadap pandangan sesetengah manusia yang terlampau KEJAR STANDARD sampai LUPA KEJAR KUALITI. Last but not least, saya nak ucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH buat kawan2 seperjuangan, kawan2 sekelas yang result masing2 alhamdulillah gempak-gempak. Ain, Atul, Ejat, Mariam, Kak Wa, Nisah, Hashlinsyah, Hariz. Kita dah usaha, Allah balas sebagaimana kita usaha. Dean list, alhamdulillah guys. Tu hadiah penat lelah pada diri sendiri dan paling special, untuk kedua ibu bapa. Terima kasih ya Allah untuk segala nikmat yang Kau pinjamkan pada diri ini. Semoga aku tergolong dalam manusia yang tau bersyukur, tak lupa diri dan tak kedekut ilmu.
p/s: Berdebar-debar nak bukak sem baru. Ada subjek undang-undang kontrak dengan undang-undang keluarga I. ^__~
tq..tahniah gk ea..=)
ReplyDelete;) maton, ak hadapi masalah besar. apsal ak tekan2 xleh follow ko eh. huhu
ReplyDelete