Monday, June 4, 2012

Islam Hari Ini

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt

Lately dok umah, keje saya sama ada ngadap tv atau ngadap laptop. *ok, tapi keje umah lain dan solat sume always dlm list lah* Ngadap tv, tengok cerita Anugerah, yang petang2 tu *kadang2 kalo rajen. malas sgt nak tgok cte Indon pasal panjang gile lah!!* pkul 3 tengok cerita Endless Love, cte Filipin. Actually, like Dingdong Dantes *cube sebut laju2, best n klaka pulak, haha* dgn dia punye heroin.

Kalau mengadap laptop, cerita yang ada saya suka tatap, KCB off course first choice, then Masterchef. Kuch Kuch Hota Hai, 3 Idiot. *tapi kuch2 hota hai pun xde lh nak ngadap penuh. tengok part mane2 yg rse nak tengok je. paling suka part anak dia baca surat dari mak dia tu.*

Banyak2 cerita saya tonton, saya nampak betapa keberlumba-lumbaan manusia dari setiap agama menyebarkan dakyah agama masing-masing.

Tak percaya???
Jom analisis, apa yang kita tonton dan bagaimana kebersungguhan mereka menyebar dakyah agama masing-masing.

Tengok video klip lagu Barat especially, lakonan-lakonan Barat, dan juga lakonan non-Muslim. Saya bagi pujian TIP TOP pada mereka. Kebersungguhan mereka dalam menyebar dakyah agama mereka melalui dunia penyiaran, iaitu medium yang menjadi pilihan ramai sekarang. Mungkin, majoriti populasi dunia sekarang berupaya dipengaruhi dengan medium penyiaran.

Saya tengok, pelakon Kristian, UKIR TATU BESAR-BESAR pada badan diorang *korang ingat, tak sakit ke pakai tatu, even aku tak bertatu. sedang potong sayur, kalau terkena pisau je berdarah, menjerit. apetah lagi TATU.* Selain tu, dorang pakai PALANG SALIB SEBESAR YANG BOLEH kat leher dorang. Tau tak ape motif dorang pakai? 

Mereka bangga dengan agama yang mereka percaya. Mereka 'mengimani' agama mereka sepenuh hati.

Kalau yang hindustan pulak, every single of their movie, TAKKAN TINGGAL PART DORANG SEMBAHYANG. Ada jugak part dorang kawen lari, tapi MESTI TUNJUK PART DEPAN PATUNG even dorang kawen lari.

Kagum dengan kebersungguhan mereka, berlumba-lumba menyebarkan agama masing-masing.
Orang Islam? Cerita ISLAMIK? Mana hilangnya nilai-nilai Islam yang Allah dah ajar pada manusia.


Islam itu unggul, teratas di sisi Allah SWT. Islam tak ajar kita untuk kahwin lari. Juga tidak mengajar kita mendedah aurat untuk menunjukkan tatu atau apa-apa sebagai tanda dia beriman dengan agamanya. Yang paling jelas, ISLAM tidak pernah menghalalkan sesi bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang boleh berkahwin, tak kisahlah korang sepupu ke mak cik pak cik ke. 

Kecewa sebenarnya dengan adegan ISLAM yang dipaparkan oleh orang-orang Islam sekarang. Masuk pub, merempit, berpeluk-pelukan, seakan hilang norma manusia waras. Jelas jauh tersasar dari garis panduan hidup. Cuba berfikir dengan matang, kalau ini cerita yang sering dijadikan santapan, cerita begini yang sentiasa digembar-gemburkan, ditonjolkan, seolah-olah menceritakan betapa teruknya tradisi kehidupan umat Melayu. Sentiasa disogok dengan hiburan melampau.

Saya perhatikan kebelakangan ini, cerita yang cuba ditayangkan di pawagam seperti sudah habis idea. Seperti sudah habis cerita berdasarkan tuntutan agama yang hendak dibuat. Sebab apa? Sebab yang membuat cerita, yang berkarya itu bukan dari acuan agama. Bukan hendak mendabik dada, tapi LAZIMnya, jika seseorang itu merupakan acuan agama, adunan agama sebati dalam jiwanya, mana mungkin dia akan mengeluarkan idea untuk membuat cerita tontonan ramai, bertentangan dengan ajaran Islam.

Saya tak boleh berhenti untuk mengkagumi cerita Ketika Cinta Bertasbih, Mihrab Cinta, Hafalan Solat Delisa. Yes, I'm not Indonesian, still Malaysian. Tapi yang paling penting, I'm MUSLIM illal abad biiznillah. Orang sekarang, banyak belajar sesuatu dari cerita. Termasuk saya. Saya suka memerhatikan, apa tema utama yang diketengahkan dalam sesuatu cerita, *dan biasanya saya kutuk cerita-cerita sekarang*. Dalam tiga cerita yang saya nyatakan menurut pandangan saya, cerita yang mantap! 

Islam tak pernah ketepikan soal cinta dari diri manusia. Bukan perlu menjadi seperti Father atau Sister dari kristian, mengharamkan perkahwinan untuk mengabdikan diri kepada Tuhan. Tapi, yang sering umat Islam ketepikan, HUKUM ISLAM. Aplikasi sesuatu hukum ikut suka, mana tak suka, mana ak kena dengan selera, ditoal mentah-mentah. Tak sealiran dengan zaman katanya. Nauzubillah. Walhal, awal-awal lagi Allah SWT menegaskan, al-Quran itu syumul (sempurna) dan relevan hingga akhir zaman. 

Fenomena sekarang, orang menghalalkan couple, bermadu kasih, berpimpin tangan, bersayang abang, berjanji setia, bergerak rancak ikut rentak tarian bermandi lampu malam. Katanya, untuk hiburan. Manusia perlukan hiburan, takkan agama je setiap masa. Lalu, apa fungsi nasyid-nasyid yang ada? Bukankah untuk hiburan dan sebagai mata dakwah? Kemudian, sampai masa peperiksaan, *fokus kepada para pelajar* baru sibuk bersengkang mata mengulang pelajaran. Doa tak lupa supaya diberi kejayaan. Selepas puas bercanda ria, berdoa untuk mohon kejayaan? Teknik yang salah! Ingat satu perkara, maksiat dan taat takkan bersatu hingga akhir dunia.

Jadi, mari jadi pemerhati dan penggerak, bukan sekadar penonton.
Back to Allah, dont turn your backs to Allah. -Aiman Azlan-

No comments:

Post a Comment