Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt...
Bila saya mahu belajar menulis dengan formal? Saya juga membaca hasil tulisan saya. Sambil saya mengkritik gaya penulisan saya yang masih kurang sempurna. Apa yang saya dapati kekurangan pada tulisan di blig ini, ya! Bahasa yang saya gunakan, bahasa rojak. Bahasa pasar. Tidak formal.
Saya menulis sedemikian, kerana ada masa kita perlu formal tapi kebanyakan masa kita perlu santai. Lebih mudah orang menerima (insya Allah) jika penyampaian kita bersikap santai, saya kira.
Saya sendiri, tidak suka pada yang skema, penyampaian kayu. Santai itu menarik. Tapi, lebih mantap bila yang santai itu padat dengan isi.
Sakit rupanya hilang nikmat idea untuk menconteng. Jadi, contengan kali ini sedikit hambar.
Maaf. Sedang mencari idea untuk menconteng cerita esok.
Rasa semacam mahu menjerit, NO IDEA NOW!!! ~.~
Sebelum tu, saya nak kongsi satu status kawan di facebook, pendek tapi menyentuh hati.
"Kalau dalaman kita bersih, kita cakap sikit pun orang akan terima."
Jadi... Masa memuhasabahkan diri.
Mari membuat koreksi diri.
Membersihkan dalaman sebagai persediaan lebih akrab dengan-Nya.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment