Bismillahirrahmanirrahiim..
Assalamualaikum wbt..
Semoga semua yang sudi membaca dalam lindungan Allah hingga ke syurga. Sekali saya tengok tajuk macam best, tapi rase-rasenya, postage saya macam tak selari dengan tajuk je. Takpe, saya nak 'menconteng' dahulu.
Ok, kali nie saya suka nak berkongsi tentang realiti. Sebab apa? Sebab kita (termasuklah saya yang alpa nie) terlalu banyak hidup dalam angan-angan dari berpijak dan berhadapan dengan realiti. Kenapa saya cakap macam tu?
This year, saya tak berpeluang untuk enjoy di book fair. Beli bahan bacaan yang tepat dengan selera dan citarasa saya. Sudahnya, dah habis kerja nie saya pinjam novel adik saya je lah. Novel biasa, Alaf 21. Dulu, memang saya kaki novel jiwang-jiwang nie. Suke membaca, tu kunci utama saya suka baca novel jugak. And not forgettable, I love Sejarah and Mathematics when I'm in secondary school. Tue dulu. Masa belum muncul lagi penulisan novel berunsur Islamik secara total. Realiti novel-novel jiwang sekarang secara puratanya, bertemakan cinta, CUBA menyelitkan unsur ALLAH dalam SEBAHAGIAN SITUASI, dan penuh dengan fantasi.
That is what I get by reading novel without ending. Sorry, sekarang saya kurang minat baca novel macam tu. Sebab, saya rasa jalan ceritanya sama, every novels, although the novels was written by the same person. Jalan cerita yang sama macam mana? Let me share. Kehidupan sebagai student, jatuh cinta dengan seseorang, cinta yang terlalu banyak dugaan. Bila dugaan banyak sangat, minta Allah beri petunjuk. Then, most of the novel shows that the most main characters are from businessman or businesswoman. Punya kareir sebagai bisnes, punya keluarga yang ada syarikat. Dugaan cinta yang pelbagai akhirnya terlerai dan menyatukan cinta yang diimpikan. Ok, that is really fairy tales for me.
Sebab apa saya cakap macam nie. Bagi saya, cerita yang dipersembahkan tak lebih dari imaginasi semata-mata. Mungkin ada sebahagian yang betul, fakta dari pengalaman sendiri tapi diadun dengan fantasi yang tinggi bagi meraih minat dan emosi pembaca. Kosong. Itu saja komen saya untuk novel2 cinta yang terlalu bersepah di pasaran. Cuba membandingkan dengan koleksi novel tarbiyah. Novel tarbiyah tidak menolak kebenaran, kesucian cinta tapi sekaligus mengajar manusia bahawa hidup bukan semata-mata mengejar cinta. Banyak tanggungjawab lain yang harus dilunaskan sebagai manusia, lebih-lebih lagi orang yang beragama Islam. Mana bukti kita ikut corak hidup Islam? Mana bukti kita taat setia pada agama? Dalam novel tarbiyah sering membangkitkan persoalan itu, sambil saya cuba mengukur pada diri saya. Betul, apa aku dah buat selama ni?
Cinta itu kudus. Malah terlalu suci nilainya untuk dipermainkan, untuk dicemari, untuk dikotori oleh kita sendiri. Bukan orang lain. Selalu kita dengar perumpamaan, "sebelah tangan sahaja takkan menghasilkan bunyi tepukan." Jadi hari ini saya nak olah, "maksiat takkan berjalan dengan hanya sebelah pihak."
Lepas tu, saya jugak ada tengok cerita2 cinta non muslim nie. Sangat menyesakkan nafas lah bile saya tengok. Sebab tu saya biasanya pilih TAK TENGOK daripada saya rasa macam nak jadi pengarah baru cerita tue. Contoh, Endless Love, Bobby. Saya tengok motif cerita nie secara kasarnya, dua orang bercinta, tersangat cinta, dan bila family tak restu, tekad lari dengan orang yang dicintai. Dan kalau ada pihak yang frust, bawak kereta laju-laju, makan ubat bunuh diri. Haihhh Paling benci bila sampai part perempuan merayu-rayu pada lelaki yang pernah dia cinta, jangan tinggalkan dia, sebab alasannya tak leh hidup tanpa lelaki tu. Sorry, what's a very stupid reason?
Jadi, saya bukan beragama seperti mereka, dengan hanya membuat kesimpulan mengenai pegangan agama mereka melalui apa yang saya tonton semata-mata. Yang saya dapat simpulkan, mereka lebih mengutamakan cinta mereka walaupun terpaksa membelakangkan restu ibu bapa mereka. Sanggup merendahkan maruah demi mengemis cinta. Ini hanya kesimpulan dari saya. Nampak saya berat sebelah? Ok, macam tu jugaklah sebenarnya realiti yang berlaku dalam media hiburan sekarang nie. Macam mana saya judge diorang melalui lakonan diorang, macam tu jugak non muslim judge kita melalui lakonan2 yang dipersembahkan. TERLALU BANYAK yang boleh saya katakan jumlah lakonan orang Islam yang kononnya mahu memartabatkan Islam sebenarnya, tetapi telah menghancurkan nilai2 murni Islam itu sendiri. Islam difitnah dengan kaumnya sendiri. Paling bengkek nak diingat, cerita Tahajjud Cinta. Haihhh
Ok, rasanya setakat nie dulu saya nak cakap tentang realiti. Hidup di alam realiti, bukan alam fantasi, jadi haus berpijak pada lantai bumi yang hakiki, bukannya girang terbang di langit membiru atau terus merawat rawan dalam gumpalan gemawan.
Thanks for reading. Sorry banyak short form. Thanks pada yang menegur. ^__^
Wassalam.
No comments:
Post a Comment