Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt
Panjangnye tajuk. And blog saya dah berwarna suci~ Haha Sebelum nie warna hitam pun ok, cuma bile saya baca, entry yang panjang, lama, background hitam, mata saya berpinar. So, saya tuka putih. Still match with my blog name right? Dunia Hitam Dan Putih. I'd be in the black, so now I wanna stay in the white. Hehe.
Dalam hidup kita banyak perkara yang memerlukan kita buat pilihan. Semuanya. Tak terhenti pada pilih pasangan hidup sahaja *sebab bila orang cakap pilih, orang biasanya kaitkan dengan pasangan hidup*
Contohnya:
Nak makan, lauk ikan ke ayam?
Nak tambah subjek nie sem nie ke sem depan?
Nak guna duit yang ada untuk enjoy ke simpan?
Nak beli buku novel dulu ke buku pelajaran?
Nak suka dia sekarang atau belajar dulu?
Terkadang, kita silap dalam percaturan. Mendahulukan apa yang tidak begitu penting daripada yang utama. Saya mungkin suka bermain dengan kata tapi cukup sekadar untuk melahirkan pandangan saya, bukan nak main kata nak ngorat anak teruna orang *aik, ade pulak den nak poei ngorat ank truna orang!!!*
Ok, realitinya, saya sendiri hakikatnya lebih suka mendahulukan apa yang kita nak daripada apa yang kita perlukan. Contoh, ada duit dalam tangan. Duit pinjaman pelajaran. Duit masuk banyak nie mulalah mata berpinar-pinar. Nampak semua macam ringan tangan nak ambil. Tapi bila check baki duit dah sikit, mula lah gelabah. Baru ingat yuran tak bayar lagi, baru ingat buku tak beli lagi, assignment nak guna banyak duit, thesis lagi. Maaf, tiada niat nak sindir siapa-siapa, cukup sekadar sindir diri sendiri, kerana hanya saya, keluarga, sahabat terdekat dan Allah yang mengenali saya.
Sebab itu, saya tiru ayah saya, conteng2 lah ape yang sepatutnya didahulukan dan dikemudiankan. Tapi, dugaan datang lagi bila masuk shopping complex atau pun kedai buku. Masa tu, ketegasan terhadap diri sendiri perlu diutamakan.
Saya nak share satu cerita, saya pernah buka akaun di sebuah bank. Seperti yang kita semua tahu, majoriti rakyat Malaysia akan memohon untuk membuat menggunakan kad apabila membuka akaun. Tapi saya mungkin sedikit berbeza. Setelah saya tanya, charge yang dipotong daripada perkhidmatan kad ialah RM8 setahun. Mungkin orang lain pandang sikit, tapi banyak bagi saya, sebab saya telah pertimbangkan awal-awal, akaun yang ini biarlah untuk simpan sahaja jangan keluar-keluar. Officer bank tu tak puas hati, cuba promote dan provok saya, kurang berteknologi, tetapi jawapan saya tetap sama. "Thank you sir. I'm prefer without bank card. Kalau ada kad, laju je saya nak keluarkan." So, those officer can't do anything. Saya berbangga sekejap dengan diri saya sebab I still on my stand. Yeah!
Anda nak buat itu? Ini? Ya, nasihat daripada yang lebih dulu makan garam itu perlu tapi kepuutusannya tetap di tangan anda. Yang penting, jangan tolak untuk pilih istikharah, mohon petunjuk dari-Nya kerana itu yang utama.
p/s: nak beli novel Hilal Asyraf ke nak beli buku law? takyah nak tanya, sebab jawapannya mestilah kene beli buku law dulu...kan? :'(
No comments:
Post a Comment