Tuesday, May 29, 2012

Cinta Sematang Usia

Bismillahirrahmanirrahiim
Assalamualaikum wbt..

Lately kat facebook, ramai yang update fasal tunang, fasal kawen. And actually, saya paling suke kalo orang publish gamba kawen or tunang. Saya tengok, then saya fikir2, did I do the same or better or how? Tapi secara umunya, sekarang ramai orang buat majlis tunang dah macam majlis kahwin. Sampai my mom getting worried, then she said,

"Habislah kak. Nanti mase kakak bertunang kang nak kene ada pelamin, ada jamuan-jamuan, panggil orang ramai-ramai."

But I still on my stand. Kite buat cara kita. So saya cakap pada mama,

"Buat apa ikut cara orang? Orang, oranglah. Kite, kitelah. Kalau bertunang, Nabi sendiri pun kata takyah nak diperhebahkan. Dan kalo mase bertunang kang, orang2 taman nie takyah berjemput utk jamuan pun tak salah. Bukannya majlis kawen. Tak payah nak sibuk2 ada pelamin bagai. Kalo pihak lelaki yang nak mengada2, mase bertunang nak pelamin2 bagai, bak duit, baru kita buat."

Haha Panjang saya jawab. Taknak mama sakit kepale fikir, mane nak cekau beriban2 untuk bertunang, walhal tunang je baru. Saya siap cakap kat mama, nanti kalo sampai mase nak bertunang ke nak kawen ke, tak yah nak hantar makanan banyak-banyak pun takpe. Anta kek, buah-buah cukuplah. Dulang lain, nak mintak buku je lah, boleh tak? Mama kate tak pernah dibuat orang. Tapi, saya nak buat lah! Hehe

Saya berharap untuk tulis sesuatu yang pendek tapi ringan dan padat tentang cinta.

Nowadays, people easily fall in love, or like someone. That is natural. Tapi, cinta macam mana yang kita apply dalam hidup?

Cinta bukan untuk suka-suka. Bila bahagia, penuhlah facebook dengan madah2 cinta berbunga-bunga. Bila gaduh, pun post kat facebook. Bila clash, buat pengunguman, HELLO GUYS, I'M SINGLE... No need be too childish. Jangan macam budak sekolah rendah punya style bercinta. Bercinta tahap dewasa, buat cara dewasa. Gunakan kematangan.

I'm actually not deserve to talk about love but I want to share my opinion. Saya teringat, saya pernah baca kat blog Ustazah Fatimah Syarha, bila kita suka seseorang bukan dengan satu sebab yang kukuh, rasa suka tu akan senang hilang macam tu aje. Kalau kita suka dia sebab dia pandai, itu bukan suka tapi lebih kepada kagum. I really love that entry but unfortunately, I'd missed the link of the article. So sorry guys.

Sebab tu, bila bercinta berkali2 ramai yang nasihatkan kita, bercinta pada jalan yang betul. Ustazah Huda pulak cakap mase sesi mentoring dulu, kalau kita dah yang punya, setialah pada seorang selagi mampu. Dan saya tambah, kalau kita belum ada yang punya, kita jagalah setia kita untuk diberi pada orang yang terbaik.

Macam mana nak dapat jodoh baik? Ada dua cara. First, minta orang soleh cari kan jodoh untuk kita. Second, kita yang perlu berubah ke arah itu. Kite selalu nak yang calon baik, habis orang yang baik nak ke ngan orang yang kureng~ Ini peringatan khusus untuk diri sendiri.

Last but not least, cinta guna kematangan. Matangnya cinta tak terjamin pada tingginya usia. Dan matangnya cinta juga takkan terjamin dengan  berapa lama berkecimpung dengan dunia percintaan, (maksudnya pengalaman couple clash couple clash ni lah) Matang, bila kita mampu fikir yang terbaik, arah mana nak bawa sesuatu hubungan. Atas dasar apa hubungan itu dibina. Adakah ciri-ciri yang ada pada dia yang buat kita begiu tertarik pada dia tu, selari dengan calon putera agama idaman?

Akhir kalam, mari renungi garis panduan memilih calon yang tepat, menurut Rasul junjungan.

:قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ
 تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ ِلاَ رْبَعٍ لِمَا لِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَا لِهَا وَلِدِيْنِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ 

Telah bersabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan itu dinikahi kerana empat, kerana kecantikannya atau kerana keturunannya, atau kerana hartanya atau kerana agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama, agar selamatlah dirimu.
Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

Cantik itu bukan berfokus pada wajah, kerana jika cinta kerana cantik wajahnya, maka pudarlah cinta saat wajah berganjak usia.

Cinta itu bukan berasaskan pangkal nama, pangkat atau keturunannya, tapi cukup sekadar jelas susur galur keluarganya dari kalangan keluarga yang barakah.

Nilai cinta itu bukan sebesar banglo, tidak diukur dengan berapa ekar tanah yang dia ada, bukan juga diukur dengan takat wang simpanannya. Cukup kita tahu, masing-masing punya aset seadanya untuk terus melangkah dalam medan berkasih sayang.

Yang utama, lihatlah yang beragama. Andai sempurna agamanya, maka itulah  calon yang tepat dan barakah insya Allah. Ada agama, dia sentiasa sejuk mata memandang, dialah harta di kala susah dan senang, dan dia jugalah yang bakal melahirkan keturunan bakal ulama'.

Wassalam. ^__^

2 comments: